December 29, 2014

Aku yang cerewet!

Cerita malam ini.
SASA YANG CEREWET!
Assalamualaikum n selamat malam.
Yes, aku semakin cerewet.
Bila mengandung ni, hormon mesti berubah dan perangai pon mesti jadi luar biasa mengada-ngadanya!
Tapi yang aku pasti, aku paling cerewet bab makanan! Susah beno aku nak adakan balik selera makan aku seperti sedia kala yang sangat naga itu.
Aku sekarang asik nak makan nasi yang panas je. Nak nasi tu betul2 baru masak n panas, baru aku nak makan. Kalau nasi tu dah dimasak terlebih dahulu dari lauk, memang aku takkan makan sampai ke petang lah jawabnya! kekwat sungguh sasa!
Aku ni memang suka makan makanan yang panas dan pedas, dan ramai orang cakap tak elok. Aku tahu tu tapi hanya itu je yang buat selera aku naik.
Kalau tak dpt nasi panas, aku akan masak bubur nasi. Makanlah bubur nasi panas-panas tu sampai puas!
Paling hairan, aku suka pulak makan masakan yang aku masak sendiri! hahaha ini rare ok sbb ntah apa yang sedapnya pon aku tak tahu! Tapi, Kalau aku masak sendiri lauk tu mmg aku laju je nak abiskan.
(Eleh sa, nak jimat la tu!)
Lagi satu, aku ingin sangat nak makan ikan patin masak lemak tempoyak. Ok aku paham skrg bukan musim durian dan memang agak mustahil orang jual tempoyak berkeliaran. Aku cakap ngan ibu aku nak makan ikan patin. Ibu beli dan siap masakkan lagi. Tapi aku tetap tak puas hati.
Aku nak jugak ikan patin masak lemak tempoyak!!!
Mengada-ngadakah aku?
RUTIN MAKAN YANG TIDAK MENENTU
Bila dah terlampau memilih makanan sangat, time makan aku pon tak menentu.
Kalau aku kerja mmg aku takkan skip breakfast tp kalau dekat rumah mmg aku sanggup berlapar sampai nasi panas dan lauk tghari siap! Nak minum air masak? Lagilah boleh buat aku muntah! Apa yang aku kesedapan nak telan sekarang adalah nescafe ais, dan air gas!
KESIAN ANAK AKU DALAM PERUT NI!
Hmmmm aku tahu tabiat makan aku yang tidak bagus ini mungkin akan effect baby dalam perut aku.
Sbb tu aku kena ambil makanan tambahan.Ini aku bukan nak promote (ala, kira promote la sa!) tapi memang terbukti berkesan dan sesuai dengan aku yang ada habit cara makan yang tidak sihat!
SUPLEMEN SHAKLEE MAKANAN TAMBAHAN TERBAIK
Thanks to Shaklee supplements, aku masih ada tenaga dan kekuatan nak aktifkan diri buat kerja harian. Masih lagi boleh berdiri dalam tren setiap pagi even orang tak bagi duduk walaupun nampak perut aku semakin membesar. Masih lagi dapat berjalan dari titiwangsa ke stesen bas. Masih lagi boleh turun naik bas ke ofis, dan boleh lagi berulang alik balik kampung setiap minggu without miss!
-masih lagi tak dapat ikan patin masak tempoyak. please, sedekah sikit tempoyak korang dlm peti ais tu ke aku!


gambar hiasan kakak kawasan.sila tatap dengan penuh berhemah!

2 comments:

  1. nice shawl.. hehe rasanya kat umah mak org ada tempoyak x guna sangat pun.. tapi tak tau camane nak pas ke sasa.....

    ReplyDelete
  2. Kena gi temerloh ni.situ syurg ikan patin dan mmg sgt sedap

    ReplyDelete