December 29, 2014

Aku yang cerewet!

Cerita malam ini.
SASA YANG CEREWET!
Assalamualaikum n selamat malam.
Yes, aku semakin cerewet.
Bila mengandung ni, hormon mesti berubah dan perangai pon mesti jadi luar biasa mengada-ngadanya!
Tapi yang aku pasti, aku paling cerewet bab makanan! Susah beno aku nak adakan balik selera makan aku seperti sedia kala yang sangat naga itu.
Aku sekarang asik nak makan nasi yang panas je. Nak nasi tu betul2 baru masak n panas, baru aku nak makan. Kalau nasi tu dah dimasak terlebih dahulu dari lauk, memang aku takkan makan sampai ke petang lah jawabnya! kekwat sungguh sasa!
Aku ni memang suka makan makanan yang panas dan pedas, dan ramai orang cakap tak elok. Aku tahu tu tapi hanya itu je yang buat selera aku naik.
Kalau tak dpt nasi panas, aku akan masak bubur nasi. Makanlah bubur nasi panas-panas tu sampai puas!
Paling hairan, aku suka pulak makan masakan yang aku masak sendiri! hahaha ini rare ok sbb ntah apa yang sedapnya pon aku tak tahu! Tapi, Kalau aku masak sendiri lauk tu mmg aku laju je nak abiskan.
(Eleh sa, nak jimat la tu!)
Lagi satu, aku ingin sangat nak makan ikan patin masak lemak tempoyak. Ok aku paham skrg bukan musim durian dan memang agak mustahil orang jual tempoyak berkeliaran. Aku cakap ngan ibu aku nak makan ikan patin. Ibu beli dan siap masakkan lagi. Tapi aku tetap tak puas hati.
Aku nak jugak ikan patin masak lemak tempoyak!!!
Mengada-ngadakah aku?
RUTIN MAKAN YANG TIDAK MENENTU
Bila dah terlampau memilih makanan sangat, time makan aku pon tak menentu.
Kalau aku kerja mmg aku takkan skip breakfast tp kalau dekat rumah mmg aku sanggup berlapar sampai nasi panas dan lauk tghari siap! Nak minum air masak? Lagilah boleh buat aku muntah! Apa yang aku kesedapan nak telan sekarang adalah nescafe ais, dan air gas!
KESIAN ANAK AKU DALAM PERUT NI!
Hmmmm aku tahu tabiat makan aku yang tidak bagus ini mungkin akan effect baby dalam perut aku.
Sbb tu aku kena ambil makanan tambahan.Ini aku bukan nak promote (ala, kira promote la sa!) tapi memang terbukti berkesan dan sesuai dengan aku yang ada habit cara makan yang tidak sihat!
SUPLEMEN SHAKLEE MAKANAN TAMBAHAN TERBAIK
Thanks to Shaklee supplements, aku masih ada tenaga dan kekuatan nak aktifkan diri buat kerja harian. Masih lagi boleh berdiri dalam tren setiap pagi even orang tak bagi duduk walaupun nampak perut aku semakin membesar. Masih lagi dapat berjalan dari titiwangsa ke stesen bas. Masih lagi boleh turun naik bas ke ofis, dan boleh lagi berulang alik balik kampung setiap minggu without miss!
-masih lagi tak dapat ikan patin masak tempoyak. please, sedekah sikit tempoyak korang dlm peti ais tu ke aku!


gambar hiasan kakak kawasan.sila tatap dengan penuh berhemah!

December 27, 2014

Cerita seminggu tak update blog, apa masalahnya?

DAH NAK SEMINGGU BARU NAK UPDATE BLOG?
Hmmmm, kena salahkan diri sendiri nih sbb pemalas lak sejak-sejak ni.
Lagi nak closing bisnes lagi menjadi-jadi malas dia! huhuhu....
Sebenarnya, aku ni bercuti dari kerja hakiki dari start hari isnin sampailah sekarang. So, balik jb ni pepaham la nak melayan anak lagi dan dengan takde wifi kat rumah aku so memang lagi susah aku nak update blog pakai hp.Hp ni pulak tunggu nak kena campak dalam sungai je ni! Ada anak dan melayan kerenah anak adalah perkara yang aku paling cinta sekali walaupun penat! So, penyakit malas nak kerja semakin membuak-buak!!!
Cuti aku pulak, cuti yang saja dicari.Kebetulan mata aku ni bengkak sebelah dari hari sabtu lepas, so sampai isnin pon tak baik (alasan ko kan sa?cakap je la malas!malas menguasai segala-galanya) so aku pon ambil la mc 2 hari untuk hari isnin dan selasa. Dan paling kebetulan dan membuatkan aku semakin malas nak balik kl, adik aku enot dah balik sini sebab nak beranak! So memangla aku happy enot balik ngan perut dia yang beso itu! Time aku update entri ni pon, actually enot baru je admit ptg td sbb dah keluar darah but sampai jw hospital td jalan masih tak buka lagi.cmner pon stil kena admit masuk hospital sbb dah keluar darah kan? Aku doakan semuanya selamat saja.
Ok, dah mc sampai selasa aku membawakkan cuti tu sampai ke rabu (malas nak balik kl sebab membazir duit kerja ari rabu pastu khamis cuti krismas then jumaat kerja balik then ulang alik semula jb) So i feel like a robot! Alang-alang nak akhir tahun dan aku pon tak dpt bonus akhir tahun sbb bos aku sayangggggg sangat kat aku, aku pon dengan bangganya sambung je cuti tanpa gaji! Hmmm, sasa cari sebab nak diberhentikan nih!
sayangnyaaaaaa bos perempuan aku kepadaku!
TETAP BERNIAGA MACAM BIASA DI INSTAGRAM
Bagaimanapun, bisnes online Shaklee aku still on mcm biasa.Aku tetap aktif di kedua-dua instagram aku #sesamaseriussihat dan personal ig aku #innashaaini
So, kalau ada yang whatsapp tanya pasal nak joim ahli dan nak buat pembelian, aku akan layan sebaiknya dan berikan servis yang terbaik untuk semua customer aku.
Esok, aku nak balik kl semula dah.
Bercakap isu banjir, aku risaukan mangsa banjir dan masalah bencana alam ni. Aku cuba ikutinya dan bantu mana yang mampu. kat kampung aku, ibu sedang usahakan untuk kumpulkan baju-baju lama dan disedekahkan kepada yang memerlukan. Masih dalam proses dan aku harap ianya sampai pada mangsa.
Kerisauan aku juga bertambah bila fikirkan bilik sewa aku di kl. BOCORRRRR BILIK MAHAL TU!!!
so, aku risaukan harta aku dalam bilik tu dan takut ada wayar short ke sbb aku tak sempat nak tutup suis elektrik utama. So Mesti baldi takungan air tu dah penuh dan banjirrrr sebab kawan aku kat kl gtau ujan di sana pon tak berhenti!
Allah!

December 20, 2014

Semuanya mengenai Shaklee : SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK NUTRISI PENTING DALAM BADAN

PALING ASAS

Sekiranya korang memang seorang yang terlampau aktif setiap hari dan kurang mendapat makanan yang berkhasiat dan baik untuk tubuh, aku amat galakkan korang start ambil suplemen tambahan untuk bantu korang kekalkan kecergasan. Mana taknya, badan digunakan hampir setiap hari tapi makanan yang masuk ke dalam tubuh langsung tidak membantu meningkatkan taraf kesihatan. 
So badan akan semakin lemah dan tidak bermaya takpun kerap mengalami sakit badan yang kronik. Senang cakap, kereta pun perlukan minyak untuk bergerak, lagikan manusia biasa ye tak???

SUPLEMEN CADANGAN UNTUK MENAMBAH NUTRISI DALAM BADAN

ESP SHAKLEE


VITALEA IRON FORMULA


SUSTAINED RELEASE VITA- C PLUS


OMEGAGUARD




Semuanya mengenai Shaklee : SUPLEMEN ANTI PENUAAN TERBAIK

SEMAKIN MENINGKAT USIA?

FASA NORMAL.

Kita manusia biasa yang semestinya akan melalui fasa kehidupan dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan beralih ke status warga emas (sekiranya diizinkanNya)

Ianya pasti berlaku dan perubahan fizikal juga akan semakin ketara apabila menginjak dari satu fasa ke satu fasa yang lain.

YES,
Kita tetap akan semakin tua dan tua. Hormon akan sentiasa berubah-ubah. Tekstur kulit akan semakin mengendur dan tidak tegang. Kolagen di dalam badan akan sekain berkurang dan hilang.

Jadi, bagaimanakah kita dapat menjaga tubuh badan kita supaya nampak muda dan sihat walaupun sudah berusia?

JOM AMBIL SUPLEMEN KESIHATAN YANG TINGGI DENGAN ANTIOKSIDAN

Antara suplemen cadangan ANTI PENUAAN adalah VIVIX & COLLAGEN POWDER

VIVIX


COLLAGEN POWDER




December 19, 2014

Pentingnya air yang bersih! Berulang alik dari KL-JB membawa water pitcher Shaklee!

Salam Jumaat.
Arini kerja santai-santai je sebab hari ini hari Jumaat. Hari Jumaat biasanya tak banyak call so mata cam ngantuk je.So lunch 2 jam lebih arini boleh pegi singgah Sogo jap.hehe...xde nak membeli apa pon, just nak g makan n window shopping. Malas lah duduk ofis ni lelama, terasa panas je punggung kakak kawasan! Lelagi banyak sangat cas negatif kat sini, better hirup udara sale kat Sogo tuh! hahaha...
Dah mc dari dari Isnin sampai Rabu aritu (and baru sampai kl ari rabu malam), dan semalam aku baru start kerja balik, arini seperti biasa lepas waktu bekerja aku akan balik kulai balik semula sebagai rutin mingguan! Dari xde buat apa kat bilik sewa aku yang maha mahal dan panas itu, baik aku balik jb dan jaga anak aku.
MENGANGKUTLAH!!!
Dengan bawak perut, sambil bawak beg sandang yang sangat setia naik tren dari ofis sampailah ke TBS aku takkan lupa nak bawak sekali jag air hebat yang disayangi kulur kilir!
Husband aku selalu pesan, jangan nak bawak banyak barang nanti sakit badan. Tapi aku ni degil. Ditambah lak ngan naluri keperempuanan aku yang memang menggelabah kalau tertinggal satu barang pon (terutamanya pengetip ketiak) so aku kalau boleh satu bilik nak bawak ulang alik ke rumah kulai!
PENTING
Jag air ni memang sangatlah penting untuk aku. Aku ni mmg susah nak minum air yang dimasak dalam cerek, or air yang dijerang semula (kecuali kena minum air panas la) sebab aku dah terbiasa minum air mineral mahal dan bertapis. Aku tak suka kalau time aku minum air cerek tu, nanti terbau air yang tak sedap dan rasanya pon payau. Dan paling aku terasa sekarang, air mineral dah jadi semakin mahal!!! Lebih-lebih lagi, nak kena pegi kedai dan mengangkut berbotol-botol air mineral... Lagi aku tak larat!
Aku rela bawak jag air hikmat ni sebab dia tak berat pun, dan paling best sebab air yang ditapis dari jag ni lebih sedap dan sejuk jeeeee!!! INI BETUL OK, SEBAB TU AKU SANGGUP BAWAK SANA SINI!
Aku ni pemalas nak masak air, lagipun kat rumah aku tu cuma ada pemanas air dan kalau nak tunggu air tu sejuk punyalah lama! Anak aku boleh menangis-nangis menunggukan aku nak buat susu dia. So ada jag ni memang banyak bantu aku dptkan air yang lebih bersih dan sihat!
JANGAN RISAU, TAK ROSAK PON!
Aku dah beli lama dah, so far ok dan tak rosak pon jag ni. Senang nak guna, plus tak payah nak guna elektrik. Aku dah pakai lama, tapi so far masih lagi cantik dan penapis tu aku xperlu tukar lagi sebab belum sampai waktunya. Kalau nak tukar pon, alahai senangnnya!!! Boleh tukar sendiri je.
-happy me, xpelah bawak kesana sini pon. Janji, aku sihat, anak sihat, suami sihat dan keluarga aku sihat!

December 18, 2014

Apa yang buat aku makan suplemen kesihatan Shaklee? Sharing dari hati...

Selamat malam.
Sebelum tidur dan sambil blogwalking support kawan-kawan seangkatan Shaklee yang lain, hati aku terdetik nak share pasal sebab musabab aku nak start makan suplemen.
KENYATAAN HAKIKI
Sebenarnya setahun lalu iaitu sebelum aku join jadi ahli Shaklee dan consume makan Shaklee, iaitu bersamaan 27 tahun la umur aku masa tu, aku nak tegaskan di sini bahawa aku memang tak makan apa-apa suplemen!
Aku tak pandai makan jamu, aku tak pandai makan vitamin c, aku tak pandai nak minum air-air kesihatan lagikan nak suntik-suntik botox ni dan kalau korang nak tahu kulit aku memanglah tak cantik! Setakat putih tapi jerawat penuh satu muka, dengan bekas parut yang banyak dan sememangnya aku terpaksa bermake up tebal untuk tutup cela kat muka aku ni sebab lagi skali aku nak bagitahu yang aku sememangnya ada masalah jerawat yang serius dan parut susah sangat nak hilang sebab kulit aku putih! Putih pon salah ye takkkkk!!!!
So? Aku malu.
Bila aku dah kawin, aku malu ngan suami aku. Dia memang lah takde pernah berbunyi pon pasal kulit aku yang tak cantik ni, tapi aku sendiri rasa yang dia pandang aku semacam je. Aku pernah pikir samada jijikkah suami aku bila cium aku.
huhuhu sampai cmtu skali ok!
MENGANDUNG ANAK PERTAMA
Bila aku pregnant, masalah kulit aku makin menjadi-jadi. Aku stress sangat dan masa tu pulak aku memang tak tahu langsung pasal Shaklee (nampak tak sebenarnya ramai je tak tahu pasal Shaklee ni lagi).
Kulit aku gatal dan tumbuh ruam dan bintat yang banyak dimuka. Nak kata jerawat, bintat-bintat yang ada kat muka aku semua takde mata so kalau aku usik sikit je memang akan lambat surut dan parut hitam pon muncul! Hmmmmm kena make up lagi!!!
Orang kata ibu mengandung berseri-seri, tapi aku tak rasa langsung aku cantik. Buruk lagi ada lah!
Dan aku pon semakin gemok...
Bila aku gemok, stress pon semakin bertambah! Dah la aku ni setiap minggu kena berulang alik dari kl-jb (yang baca previous entri aku tahu la yang aku ni berstatus PJJ bersama suami) so memang lah jerawat seronok nak tumbuh melata kat dahi dan sampai ke leher masalah kulit aku ni...hmmmm sedih kalau ingat!
SELEPAS MELAHIRKAN RATU MY ANAK
Lepas beranak je, masalah lain pulak muncul. Air susu aku hanya keluar selama seminggu je. Ya Allah, masa tu jgn cakap lah betapa aku sedih mengenangkan yang anak aku takkan dapat menyusu badan dariku. Aku cuba mcm-mcm jenis breast pump, aku minum air banyak tapi susu aku seakan kedekut mahu keluar. Akhirnya lepas seminggu susu aku pon stop dengan sendirinya. Alahai, time tu aku pon bodoh juga sebab takde langsung effort nak google pasal teknik penyusuan susu ibu (now dah pandai dah! ramai kgkawan Shaklee aku pro-pro belaka!)
So anak aku pon dalam usia seminggu dah terpaksa merasa susu formula. Jangan cakap berapa banyak kali aku terpaksa tukar susu sampai hari ke 8 aku berpantang, aku dan suami keluar ke Mydin sendiri untuk cari susu yang sesuai. Dari mahal sampailah yang paling murah, anak aku yayak tetap keras. Oh Allah, kalau diingat balik boleh menangis bila bayangkan muka anak yang masih bayi, bertarung dengan sembelit! Aku yang tua ni pon tak tahan sembelit lagi lah baby!
Hari ke 20 berpantang, ada lagi dugaan aku.
BUASIR.
Hmmmmmm, sakit buasir lebih hebat dari sakit jahitan beranak ya!
So, aku taknak lagi rasakan nikmat buasir yang tersangatlahhhhh hebat kesakitannya!
SEKARANG
Ok aku cite pepanjang ni bukan apa, aku just nak compare pengalaman aku sebelum consume produk kesihatan which is Shaklee la produk pertama yang aku cuba.
Thanks to mummy (leader Shaklee) aku yang rajin post kat FB dia pasal Shaklee.So aku tahu apa itu Shaklee dari FB dia. Aku risik-risik tanya dia pasal suplemen untuk kurus dan hilangkan sakit badan sbb aku ni memang 100% gunakan tubuh badan aku tanpa rehat yang cukup.
Masa tu, aku start beli Ostematrix, alfalfa dan lecithin.
Alhamdulillah!!!
Aku rasa kesan yang positif seawal sebulan pengambilan suplemen Shaklee ni lelagi penangan Ostematrix (feveret sbb aku tak minum susu!)
Paling aku suka, jerawat kat muka aku makin berkurang dan badan aku mula maintain tak bertambah gemuk.
Aku amalkan apa yang mummy aku pesan, kena minum air masak banyak-banyak!
hehehe memula nak muntah juga lelama biasa dah!
Yang buat aku join Shaklee ni lepas aku dah consume 3 produk tu, aku tgk mummy aku post pasal keahlian Shaklee dengan belian sewaktu promosi. Masa tu tak silap aku promosi Omegaguard. So aku pon join jadi ahli, dan dpt omegaguard dengan harga paling rendah dan mampu beli!
Allah, lepas makan Omega aku jadi semakin bertenaga dan sejak itu lah aku suka promote Shaklee kat family. Bila dah promote gitu, orang tgk kita pon makin cantik so apa lagi aku pon start lah bisnes ni sampailah sekarang!
LATEST
Bagi yang tak tahu (ramai je tak tahu)
aku skrg mengandung anak kedua.
Aku tak pernah stop amalkan Omegaguard, Vitamin C, Ostematrix dan Vitalea iron formula.
Alhamdulillah, sejak 2 menjak ni air susu aku dah mula keluar balik & aku dah rajin nak pump start dari skrg sbb aku baca blog master beeha dia kata sebulan sebelom deliver baby kt dah boleh pump susu kt supaya first day beranak susu akan keluar dengan senang dan anak dapat menyusu dengan kenyang!
Misi aku kali ni, nak susukan anak aku sampai dia 2 tahun!
Paling best, aku takde masalah sembelit masa pregnant, aku takde masalah buasir, aku tak bertambah gemuk dan aku paling happy skali sebab aku rasa lebih baik dan cantik dari sebelum ini.
hahahaha...
Sekian, cerita aku malam ni.
So, makanlah suplemen atleast sejenis.
Baru korang tahu perbezaannya.
-sasa is feeling better!

HANYA YANG TERBAIK - Packaging lengkap dengan pembelian produk Shaklee di Sesama Serius Sihat

Assalamualaikum.
BUAT APA TU, DAH AMBIL SUPLEMEN IKUT TIME TAK?

Fyi, kuota internet aku ni sangat laju je abis, jadi mcm leceh sikit aku nak update entri pakai hp. So ni pon aku tawakal cam biasa samada berjaya publish ke tak, aku redhakan jelah.

PAPER BAG/PACKAGING

Ok, aku ni memang seorang yang sangat teliti dan kemas. So apa juga yang aku buat, or jual aku mesti nakkan yang terbaik untuk customer aku. Samalah macam aku sendiri yang juga sebagai customer, aku beli apa pon aku mesti nakkan packaging yang elok dan molek, contoh kalau beli barang make up macam compact powder ke, eyeshadow ke or papelah and beli pulak secara online, aku mesti nak seller balut cecantik supaya tak bergerak dan pecah-pecah bila sampai ke tangan aku. Ala, sama kes cm kita pegi pasar beli sayur pun ada plastik kan? lagikan beli barang mahal sikit kat Pavilion ke, korang mesti nak show off paper bag kat semua orang kan tunjuk yang korang beli barang mahal! hahaha...
eleh jangan tak ngaku pulok! Pastu lelaju hapload kat fb or insta dengan caption " aduh letihnya bershopping arini" huhuhu tapi letak gambar paper bag Chanel, Zara, or Dr.Martens. MOTIFFFFF????

So, nampak tak pentingnya packaging yang hebat di situ?

CARA PACKAGING DENGAN SETIAP PEMBELIAN SUPLEMEN/PRODUK DI SESAMA SERIUS SIHAT

First, produk Shaklee bukan produk pasar malam! Aku sanggup bermodal keluar duit sendiri tanpa cas seposen pon pada customer untuk berikan packaging yang sempurna. So takde isu aku markup harga dari harga retail ya!

Aku tahu aku jual suplemen/produk kesihatan. So aku nak bila orang dah bagi komitmen nak membeli produk kesihatan, mesti aku nak deliver yang terbaik untuk customer. Presentation kena cantik, maklumat pengambilan kena lengkap, dan info berkenaan produk kena ada atleast flyers.

So dengan setiap pembelian produk Shaklee dengan legasi aku (Sesama Serius Sihat), aku akan pastikan setiap suplemen dimasukkan dalam paper bag yang cantik supaya tak bersepah dan selain tu ada jugak:

1- Info lengkap berkenaan setiap produk (flyers)
2- Jadual pengambilan lengkap
3- Resipi ESP
4- Resipi mealshakes
5- Name card
6- Special free item

Pada yang tanya-tanya cara pengambilan suplemen yang betul memang biasanya aku akan sediakan siap-siap sekali dengan produk yang dibeli.
JANGAN RISAU YA!

Aku sangat pentingkan setiap customer aku, so hanya yang terbaik akan ku berikan...

RAWAT DAN CEGAH MASALAH OBESITI ANDA DENGAN SHAKLEE

APA ITU OBESTITI?

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Obesiti telah menjadi suatu trend yang semakin membimbangkan di kalangan rakyat negara ini. Obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetis, dan kanser.

Kajian mendapati hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan atau obesiti pada tahun 2000.

Di Malaysia, kadar obesiti paling ketara di kalangan kaum India, iaitu sebanyak 25.6 peratus, diikuti Melayu sebanyak 22.4 peratus dan Cina, 19.5 peratus.

Sebuah pusat penjagaan kesihatan ditubuhkan bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai berat badan yang sihat melalui aktiviti fizikal, pemakanan yang sihat dan pengendalian berat badan untuk jangka masa panjang.

-from wikipedia

SUPLEMEN SHAKLEE YANG DAPAT MEMBANTU MENGAWAL DAN MENCEGAH MASALAH OBESITI

●NUTRISI PENTING
ESP Shaklee
Vitalea Iron Formula

●DETOX
Herblax
Alfalfa Complex
Vivix

●PEMECAHAN LEMAK & MENINGKATKAN METABOLISME
Lecithin
Omegaguard

●MEMBENTUK TUBUH BADAN
Cinch mix shake
Cinch mix Tea

●MENGAWAL KOLESTEROL
Phytocol-ST

-so apa lagi? Jom kurus!

December 16, 2014

BELI 3 KOTAK COLLAGEN POWDER, DAPAT KEAHLIAN PERCUMA DAN BONUS SHAKLEE!

KEJADIAN SEMALAM

Aku dapat ahli baru dalam legasi Sesama Serius Sihat.
Kawan aku ni setiap bulan mmg tak pernah miss belikan wife dia Collagen Powder (sbb sayang bini oiiii) so bulan ni mcm biasa dia order sekotak.
Bila aku dpt sms dari Shaklee yang inform start dari 10 Dec 2014-31 Dec2014 promosi Collagen powder beli 3 percuma 1, aku terus offer dia untuk dptkan penjimatan berganda.
Memula dia nak tambah jadi 2 kotak, tapi lepas aku buat penerangan yang bestnya beli 3 dpt percuma 1 terus dia setuju nak daftarkan wife dia sebagai ahli.
Eh, husband aku tanya la kenapa dia tak daftar diri dia je jadi ahli?

Hehehe...meh sini aku explain kebaikan mendaftar dan keuntungan pembelian semasa promosi:

1- Sekiranya korang sudah berkahwin dan mendaftar sebagai ahli, pasangan korang akan automatik menjadi ahli secara percuma

2- Belian dengan rm500 keatas (150uv) layak untuk mendapat keahlian percuma!

3- Dan bulan berikutnya korang akan nikmati bonus dari Shaklee yang akan dikreditkan terus dalam akaun simpanan korang!

SO, masa tengah promosi collagen powder ni better korang grab peluang ni untuk jadi lebih cantik dan jelita serta bijak dalam membuat pembelian! Tak rugi tak beli sekarang, boleh buat stock juga sebab Collagen powder tahan lama.

-collagen powder is the best!

December 13, 2014

Kejap panas, kejap sejuk...

1- Cuaca
Pagi tadi, bukan main panas meletops kat area gunung pulai nan indah ini.
Aku dan ratu sampai mandi dua kali.
Tepat pukul 3, ujan pon turun dengan lebat.
2- Suhu badan anak aku
Malam tadi sampai je dari KL, suam-suam badan dia time aku ambil dari rumah emak.
Pagi ni berlambak tahi mata warna hijau sampai tak boleh bukak mata dia.
Nak tido pon meragam, pukul 4am baru dia tidur semula.
Hari ni nampak ok pulak, molek je rasa badan dia.
Tahi mata? Stil ada.
Means stil ada baki panas dalam dia.
Lepas ni kt reward dia dengan mealshakes lagi ok?
3- Mood aku
Disebabkan tak cukup tidur (sbb tidur lambat, anak aku takmo tidur) mood aku pon tak bape nak good.
Hari ni pon hanya masak bubur ayam + kentang untuk lunch aku and anak.
Cuaca pulak panas rentung.
Lepas mandi, ujan pon turun.
Belanja diri ini tidur, now mood dah sejuk balik.
Hahaha.
-sajasaja hilangkan mood panas.

December 11, 2014

BETUL-BETUL BEST : OMEGAGUARD SHAKLEE

I LOVE OMEGAGUARD SHAKLEE.

Aku kalau ditanya, memang sangat mencintai Omega ni. Kalau sehari tak ambil, aku rasa bersalah pulak. huhuuuuu...
Bukan apa, sebab badan kita sendiri boleh rasakan kelainannya antara ambil suplemen, dengan tak ambil suplemen.

Apa kelebihan Shaklee Omega Guard berbanding minyak ikan jenama lain?

    • Merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi kesemua 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuklah EPA, DHA dan ALA.
    • Rata-rata minyak ikan diekstrak melalui kaedah penyulingan tekanan tinggi yang memusnahkan kebanyakan nutrient dan tidak mampu menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.
    • Shaklee Omega Guard diesktrak melalui proses penyulingan 3 peringkat berteknologi tinggi yang bukan sahaja mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen malah menyingkirkan bahan-bahan logam berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik dan lain-lain. Maka Shaklee Omega Guard adalah minyak ikan paling tulen.
    • Tidak diekstrak dari hati minyak ikan yang mengandungi toksik.


Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan  otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout



Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:- 

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


GET CLEAN DISH WASH CONCENTRATE : PENCUCI PINGGAN MANGKUK YANG MEMELIHARA TANGAN ANDA!

SETIAP RUMAH WAJIB ADA SATU!

Tahukah Anda?
  • Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
  • Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain



Keunikan Shaklee

Selamat
  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak
  • Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

GET CLEAN BASIC-H SHAKLEE : Pencuci hebat 1001 pelbagai kegunaan!


Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan. Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.
 
Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan 


Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air


Tingkap dan cermin

Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
 

Lantai 
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
 

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam





Perbezaan Shaklee 
 

Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

3 PROMOSI HEBAT AKHIR TAHUN SHAKLEE (DECEMBER 2014)

PROMOSI AKHIR TAHUN BERLIPAT KALI GANDA DENGAN SHAKLEE !

Yes, bulan ni promosi 3 item sekaligus yang memang 'rare' sangat Shaklee nak buat.
Demi menghargai semua pelanggan, bulan ini Shaklee buat promosi sempena akhir tahun untuk suplemen yang memang LARIS, TERBAIK, DAN MAMPU MILIK!

PROMOSI DEC 2014





1- Sustained Release Vita-C Plus
(Lebih dikenali dengan vitamin untuk kulit dan popular bagi perokok)

Beli 6 percuma 1 @
Beli 2 Diskaun 5%


2- Vita-E Complex
(Lebih dikenali sebagai vitamin cinta dan baik untuk tenaga seks lelaki dan elok untuk memudarkan parut)
Beli 6 percuma 1 @
Beli 2 Diskaun 5%








3- Collagen Powder 
(Lebih dikenali dengan vitamin awe muda dan special untuk kulit dan memberikan kolagen dalam badan)
Beli 3 percuma 1

KENAPA KENA BELI WAKTU PROMOSI?

- Harga lebih jauh murah berbanding bulan lain
-Harga set bajet dan set lengkap juga akan turut sama dalam mood promosi
- Penjimatan berganda
- Boleh buat stock
- Berpeluang mendaftar keahlian secara percuma dan,
- Berpeluang menerima bonus Shaklee yang akan dikreditkan terus ke akaun anda!

Kepada mereka yang nak dapat lebih penjimatan wang, jom mendaftar keahlian! Harga lebih rendah, dan semestinya konsultansi percuma diberikan seumur hidup!

INI SERIUS!
-Sasa nak bantu.so jom dapatkan suplemen anda sekarang!




Bila rindukan anak, Al Fatihah la penemanku


Al-Fatihah...
Harini, aku rindu sangat anak aku. Naluri seorang ibu, macam ada yang tak kena tapi takde pulak pengasuh Ratu call ke apa gtau pape problem. So aku rasa semuanya ok je la. Tup-tup magrib tadi ibu call beritahu yang Ratu demam panas (mungkin sebab penangan pegi mandi-manda ari ahad lepas kot) Ibu aku pun tahu dari pengasuh Ratu (sbb pengasuh Ratu tu kawan ibu) so aku menggelupur la call pengasuh anak untuk tanya kabar. Dia cakap dia taknak susahkan aku sebab dia tahu aku jauh dan tak boleh balik ke Kulai sbb itu dia msg ibu aku. Suami aku pula sedang bekerja dan ada masalah lain yang tidak dapat dielakkan.
ALLAH...
Terima kasih ibu sebab ibu bawa Ratu ke klinik. Kesiannya anak ibu...


Pic hari ahad bebaru ni, kami g mandi-manda kat Lotus Hotel, Desaru


FYI.

Pada yang tak tahu, aku ni seorang ibu yang bekerja di Kuala Lumpur sementara anak aku Ratu berada dalam jagaan pengasuh. Suami aku juga berada dan bekerja di Johor so memandangkan keadaan waktu kerja dia yang tak menentu, kami buat keputusan untuk hantar ratu ke pengasuh. Ratu akan duduk di rumah pengasuh dari hari ahad petang sampailah ke Khamis malam (kira makan tidur dirumah pengasuh la) Kiranya, aku tak dapat jumpa ratu, suami aku even dia di Johor pun dia tak dapat jumpa ratu. Bukan suami aku tidak mahu menjaga anak kami, akan tetapi tugas dia sebagai pemandu lori yang jadual kerjanya tidak menentu membataskan masa untuk dia 100% bagi perhatian pada anak. So, kira adil lah, aku tak jumpa anak, dia pon sama.
Baru suami aku tahu bagaimana perasaan aku seorang ibu yang berjauhan dari anaknya...

So, rutin mingguan kami biasanya, hari Khamis malam suami aku akan ambil anak di rumah pengasuh dan aku pula akan berulang alik dari KL-JB pada hari Jumaat (selepas waktu bekerja) dari TBS terus menaiki bas sampai ke Kulai. Then baru aku akan jumpa dan cium anak aku semula...

PAYAH!!!
Kalau nak diungkapkan erti penat, Allah! Aku memang penat!

Banyak mulu yang bertanyakan soalan ''sampai bila nak kerja di KL?''
ataupun "tak sayangkan anak ke tinggal-tinggalkan?" or paling sakit hati "kerja dekat KL tu bukannya glemer pun, so pentingkan kerja lagi dari anak ke?''

aku dah biasa...
aku dah biasa dengan soalan cmnie walaupun sebenarnya aku sangatlah sakit hati dan stress kalau difikirkan.

Maksud aku dah biasa tu, bukan maksudnya aku tak kisah apa orang cakap or apa orang nak nilaikan diri aku. Tapi, aku terpaksa tempuhinya sebab hanya aku dan suami dan keluarga yang rapat sahaja faham kenapa aku dan suami perlu membuat pengorbanan sebegini.

INGAT AKU GEMBIRA DUDUK DI KL NI?

Mungkin mudah bagi orang untuk berikan pendapat masing-masing dan mengatakan bahawa kami (especially aku) sebagai ibu ayah tidak pandai menjaga anak sehingga sanggup menyerahkan anak yang berusia setahun setengah kepada orang lain untuk dijaga.
Ingat aku bersenang lenang duduk di sini?
Ingat aku lena tidur walaupun tiada anak dan suami?
Ingat aku ada selera makan?
Ingat aku sentiasa bahagia dengan bershopping diKL?
Ingat aku bergelak ketawa sambil makan aiskrim di sini?

Aku seorang ibu.
Jadi, tidak pernah sesaat aku lupakan anak aku.
Aku rela tak cukup tidur janji anak berada disebelah.
Walaupun kadang bila mandi pun tak sempat nak korek-korek hidung or bersihkan taik mata sebab anak duk sibuk minta dukung, aku rasa bahagia lagi bila anak berada di sisi...

KENAPA BUKAN KAMI SENDIRI SEBAGAI IBU BAPA SENDIRI YANG MEMBESARKAN ANAK?

Banyak faktor yang aku perlu fikirkan. Bukan mudah untuk menukar pekerjaan lain skrg. So aku perlu fikirkan banyak perkara sebelum aku boleh berhenti dan balik semula ke Johor and maybe cari kerja di sana.
Ingat aku tak fikirkan ke semua itu?

Aku pun kadang sampai tak dapat nak berikan full commitment pada kerja. Asik mc, el tu benda yang dah terlampau biasa dah. Sampai ada juga mata-mata yang memandang kau dengan pandangan sinis (seperti suruh aku berhenti kerja je)
Tapi apa yang boleh aku buat, kerja hakiki ini masih lagi punca rezeki utama aku. Aku sedang berusaha untuk mengubahnya.

Orang mungkin boleh cakap, "rezeki ada di mana-mana, bukan di KL je"
Alahai, susah juga kalau asik didampingi oleh manusia-manusia negatif ni.
Aku kadang sampai menangis hampir setiap hari sebelum tidur kerana rindukan anak sambil kadang fikirkan kata-kata negatif orang lain.

SUSAH NAK DESCRIBE PERASAAN AKU TIME NI.

Jadi, bila aku rindukan anak, apa yang mampu aku lakukan saat ni hanyalah menyedekahkan al-fatihah padanya, dan pada suamiku juga.
Sesungguhnya aku amat risau dengan keadaan anak aku sekarang. Ibu cakap doktor dah masukkan ubat dipunggung Ratu sebab badan dia panas dalam.

Kalaulah boleh, aku memang rasa nak balik sekarang.
Nak jaga sendiri anak aku, taknak susahkan pengasuh atau ibu aku.
Ibu banyak tolong kami untuk tgk-tgkkan Ratu sebab jarak rumah yang dekat dengan pengasuh cuma ibu memang seorang yang kuat bekerja jadi dia tak dapat nak jaga Ratu. Takpe ibu, akak faham bu. Ibu tolong akak bawa ratu pegi klinik pun akak dah cukup bersyukur.

Ratu, ibu pegi kerja tau nak.
Ibu tahu sayang budak yang independent dan susah nak sakit. Sekarang pun ibu tahu sayang cuba untuk tidak menangis bila ibu balik ke KL untuk pegi kerja dan lambai ibu dengan muka yang sedih seperti terpaksa relakan ibu balik. Jadi, sayang cepatlah baik ok?


THIS IS THE REASON WHY I'M DOING SHAKLEE BUSINESS!

-sasa seorang ibu





December 10, 2014

SET GASTRIK SHAKLEE : Selesakan perut, cegah gastrik!

Permulaannya, I HATE NIKMAT SAKIT PERUT!!!

APA ITU GASTRIK?

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

PUNCA LAIN PENYEBAB GASTRIK

Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen

  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:


1. Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.

2. Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

*Sumber dari google

BAGAIMANA SUPLEMEN SHAKLEE BOLEH MEMBANTU MENCEGAH DAN MENGAWAL MASALAH GASTRIK?

Suplemen cadangan yang elok untuk diamalkan sekiranya kita mengalami masalah gastrik adalah;



ESP SHAKLEE : Protein yang membina sel baru menggantikan sel yang telah rosak dan terhakis oleh asi hidroklorik



OSTEMATRIX : Bersifat alkali, yang membantu meneutralkan asid



PEPPERMINT GINGER PLUS : Bantu melegakan ketidakselesaan perut.


December 09, 2014

MENDAFTAR KEAHLIAN DENGAN SHAKLEE : KELEBIHAN DAN KEUNTUNGAN BERPANJANGAN!

UNTUNGNYA!
Assalamualaikum.
Tak sabar rasanya nak update entri pasal untungnya mendaftar keahlian dengan Shaklee!
Alhamdulillah, sepanjang aku mendaftar (dah setahun) memang banyak benda aku dapat dan belajar especially interms of niat aku nak tambah duit poket. Hehehe...
Ramai tanya aku, bagus ke buat bisnes Shaklee? Bagus ke pulangannya? Murah sgt ke harga yang boleh kita dapat bila kita join membership Shaklee ni?
Jawapan aku mudah je.
JOM JOIN DULU, BARU TAHU APA YANG SHAKLEE TAWARKAN!
Tapi, secara basicnya keuntungan yang korang boleh dapat once join Shaklee dengan hanya bermodalkan RM75 untuk bag permulaan bisnes Shaklee adalah:
1- Dapat harga barangan (produk Shaklee) dengan harga paling rendah!
2- Pembelian mudah secara online/offline. Produk akan dihantar terus kerumah anda!
3- Setiap barangan mempunyai point dan korang boleh kumpul point tersebut setiap bulan
4- Bonus Shaklee dari point terkumpul setiap bulan (menepati minimum point yang ditetapkan)
5- Berpeluang menjana pendapatan tambahan
6- Bonus dari untung jualan (bonus Shaklee dengan bonus jualan lain tau so mmg korang akan enjoy more bonus!)
7- Penjimatan berganda (beli 6 percuma 1 atau beli 2 diskaun 5%) untuk produk promosi setiap bulan dari Shaklee.
8- Berbisnes tanpa perlu keluarkan modal ataupun menyimpan stock.
9- Bonus 3C (cash, car, convention) bersama empayar bisnes Shaklee
-Berpeluang mendapat pengiktirafan sejajar dengan usaha dan kenaikan pangkat.
MANFAAT LAIN
● Berpeluang belajar ilmu perniagaan baru dengan leader hebat Shaklee
●Konsultansi percuma setiap hari
●Bisnes coaching paling mudah secara online/offline
●Korang akan di add dalam group terbaik untuk bisnes Shaklee
●Berpeluang membantu orang lain menjadi lebih sihat dan ceria
SIAPA YANG BOLEH MENDAFTAR?
1- Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas
2- Lelaki ataupun perempuan
3- Mereka yang mementingkan kesihatan dan mahukan produk kesihatan dengan harga mampu milik dan berterusan
4- Mereka yang mahu menambah pendapatan tambahan
5- Pelajar
6- Surirumah
7- Mereka yang memang bekerjaya
8- Mereka yang ingin membantu meringankan beban keluarga
9- Mereka yang ada bakat berniaga
10- Mereka yang rajin berusaha dan sentiasa tidak pernah putus asa!
SO, apalagi? Jom mendaftar!
Tak rugi ok, dan aku akan bantu sampai korang rasa selesa dan rasa kemanisan bisnes ini!
Hubungiku for more details ya!
013.394.0574

 

December 08, 2014

KELEBIHAN VIVIX SHAKLEE : TRANSFORMASI MENGAGUMKAN DENGAN VIVIX SHAKLEE!

AMAZING TRANSFORMATION WITH VIVIX!
Ingin menjadi lebih sihat dan pakej awet muda?
Mahu cuba cabaran 14 hari detox dengan Vivix?
Nah, lihat saja gambar dan perubahan mereka yang hanya detox dengan sirap mewah Shaklee ini!
Kesan seawal 2 hari boleh dilihat secara fizikal dan terbukti dengan pengambilan berterusan selama 14 hari dengan 7 botol vivix sekaligus!
14 hari konsisten dan rasakan kelainannya!!!
Apa yang membezakan Vivix dengan cecair suplemen kesihatan yang lain?
4 MEKANISMA PENUAAN PADA TAHAP SELULAR!
1. Melindungi dan memperbaiki kerosakan DNA
Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel.
Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki selular DNA.
2. Mengaktifkan pengawalan genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap selular. Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular.
3. Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel
Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria (penjana tenaga) untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.
4. Melambatkan penimbunan protin AGE
Penimbunan berlebihan protin AGE (Advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.
Ramuan Vivix adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukan protin AGE.
JOM AWET MUDA DAN RASA PERUBAHAN KETARA DENGAN VIVIX!
Innasha Aini
#sesamaseriussihat
013.394.0574

 

December 05, 2014

Hakikat yang benar seorang Call Centre Officer

Salam Jumaat.
Hari ini, boleh zikir semudah Ya Allah ya!
Baca 1000 kali or more and more untuk dimudahkan segala urusan harian! InsyaAllah!

Kerja macam biasa. Yang masih tak tahu, aku adalah seorang pengangkat telefon dari customer (lebih mudah nya Pegawai Khidmat Pelanggan "Call centre Officer) untuk salah sebuah syarikat insurans di Malaysia ini!(malas la nak sebut syarikat apa kang kena warning letter pulak!)

So, rutin harian aku adalah terima call dari pelanggan yang nak check insurans polisi dorang dan ajen yang nak check polisi untuk customer dorang tak kiralah samada insurans hayat atau motor insurans. So, bahasa kena jaga, tutur kata kena lembut dan nak greet orang pon ada caranya.Bukan main hentam je angkat call "hello hello hello cik nak apa????"
Aku sebenarnya suka dengan kerja aku sekarang, cumanya kadang-kadang rasa nak muntah sikit sbb hari-hari boleh dikatakan aku jawab benda yang sama dengan masalah yang sama dan kadang-kadang dengan orang yang sama je call!

Realiti seorang Call Centre Officer (more to insurance la kot)

-kadang orang yang call, tak prepare langsung no polisi ke or lupa tujuan sebenar dia call. Bila ditanya, mulalah tergagap-gagap dan terhegeh-hegeh baru nak cari maklumat dan info dalam handbag! Yang ini betul-betul buat aku angin sebab nak kena menunggu lama untuk dorang check. Paling tak boleh blah, ada yang request suro kami pulak call mereka balik sebab kredit nak abis katanya..... hahaha adoiiii!!!

-Ada yang pulak, call dan terus mengamuk pasal masalah dorang n salahkan kami-kami yang terima call ni seperti kamilah pemunya syarikat ini! Apani????

-Ada pulak yang call dan rasa kami ni adalah pusat kaunseling dan tempat meluahkan perasaan. Bila kami cuba membantu, jawapannya adalah "saya bukan nak minta bantuan apa-apa, saya nak mengadu je dan awak dengar"
SO IT WAS LIKE, HAHHHH?

-Yang ni paling aku hangin, bila customer or ajen call mereka rasa merekalah yang paling pandai! Bila kami nak bercakap, dia pon sibuk nak bercakap! Bila kami terangkan, sibuk bagitau yang kami salah! Bila kami nak cakap lagi, dia lagi banyakkkkkkk cakap! Wah!!!!! SO , APA MOTIF U CALL KAMI HAH?

-Yang call dengan nada berlagak? Wah, sangat ramai! Seolah-olah mereka nak ingatkan yang kami ni sedang bercakap dengan dewa dewi dari gunung ledang. So mesti kena hormat mereka! (Apa kami tak hormat ke?)

-Yang call kata kami PENIPU pon ramai...
Hahaha orang cmnie sedih sgt!

Actually, aku bukan nak burukkan customer yang call kami. Ini hakikat.aku juga customer (biasa memang muka aku je call astro dan celcom)
Aku cuma nak bgtahu nature of work tentang apa yang kami buat. Sebab, ada yang rasa kami jawab call ni adalah benda yang mudah.Yang simple.Mereka yang tiada ditempat kami takkan tahu bagaimana dan apa yang kami lalui.

Memang...
Customer is always right.
Tapi, kita juga pernah menjadi customer kan? Kita memang nak mengamuk tp end up after kt cut the conversation, kt mestu akan rasa sedikit menyesal.Paling tidak pon kt mesti akan mengeluh, " tak pasal-pasal budak call centre tu kena jeritan harimau ngan aku padahal dia tak salah pun"

So, we behave la like a normal human being ok?

Aku tetap hormat semua customer dan ajen yang call, tetap team kami berikan yang terbaik dalam servis kami walaupun sebenarnya ada yang sampai menangis-nangis tak tahan dengan kerja ini.
Dan walaupun kami dimaki setiap hari, dimarahi setiap hari, walaupun mereka yang call itu yang sebenarnya meminta bantuan kami, kami akan tetap akhiri perbualan kami dengan ucapan,

" Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu? Jika tidak terima kasih kerana memanggil kami and have a nice day!"

-stress free dengan B-complex n ostematrix la sasa!

December 04, 2014

APA ITU KRISIS PEMULIHAN (HEALING CRISIS)?

JANGAN RISAU!
Assalamualaikum.
Cerita hari ni pasal krisis pemulihan diawal pengambilan suplemen. Tak kesahla suplemen apa pon, setiap orang mempunyai antibodi berbeza-beza & cara pemakanan pon berbeza. So, krisis pemulihan yang dihidapi setiap orang juga mestilah lain-lain mengikut bahan yang terkandung di dalam suplemen itu sendiri.
Ramai yang fikir atau takut bila krisis ini terjadi, bermakna suplemen itu TIDAK BAGUS atau TIDAK BERKESAN dan terus korang takut nak continue makan/guna, yetak????
Jom belajar sikit apa itu krisis pemulihan.
APA ITU KRISIS PEMULIHAN/HEALING CRISIS?
Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.
Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.
Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?
Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.
Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.
Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.
Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?
Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.
Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.
Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.
Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.
Berapa lamakah krisis pemulihan akan Berlangsung?
Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.
Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Suplemen, Tetapi Saya Telah Mengamalkan pengambilan Suplemen untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?
Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:
1. Anda tidak mengambil dengan konsisten
2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan
3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus
4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
6. Keadaan tubuh yang kronik
*Sharing from google.
So kalau setakat pada peringkat awal kita mengalami krisis pemulihan, BERSABARLAH!
InsyaAllah sekiranya kita konsisten dengan pengambilan air yang mencukupi dan pengambilan suplemen mengikut waktu yang betul, kesan positif akan dapat dilihat dari masa ke semasa.
-sasa'feeling good after healing crisis gone!

 

December 03, 2014

INI BETUL-BETUL : BERMASKER DENGAN SUPLEMEN SEMULAJADI SHAKLEE!

BOLEH BUAT MASKER? HEBAT!
Ya! Suplemen Shaklee memang ada yang boleh dibuat masker. Masa mula2 aku join Shaklee, aku pon tak tahu. Masa tu aku beli vitamin c, dan vitamin e. Bila baca-baca and tanya leader, yes terbukti memang suplemen Shaklee ada yang boleh dibuat masker!
Ada yang macam tak percaya, tapi inilah hakikatnya. Penat aku selalu dok canang yang suplemen Shaklee ini adalah suplemen semulajadi, selamat dan berkesan.
Motto Shaklee "Always safe, always works, and always green" pon dah boleh describe bahawa Shaklee tidak berbahaya kepada kita.
SUPLEMEN YANG BOLEH DIBUAT MASKER KULIT
●ESP Shaklee
Jangan tak tahu pula, protein Shaklee ini juga sesuai untuk dijadikan masker kulit!
-Hanya ambil sesudu dan campurkan dengan air biasa atau yogurt segar, dan sapukan keseluruh bahagian badan dan muka untuk kulit sihat dan cantik! (Mcm skrub harian la)
●VIVIX
Biasanya, ambil sedikit cecair vivix dan sapu terus di bahagian muka samada waktu pagi ataupun malam sebelum tidur.
Biarkan selama 30 minit hingga 1 jam dan selepas itu bilas muka dengan bersih.
Vivix special untuk awet muda!
Boleh dimixkan juga dengan sedikit serbuk collagen powder untuk hasil lebih power!
●Collagen powder
Suplemen kolagen dari pati sisik ikan merah terbaik ni boleh digunakan juga sebagai masker. Hanya ambil sedikit serbuk mewah ini, dan campurkan dengan air biasa dan sapukan rata keseluruh wajah. The best untuk kedut-kedut dan garis tua, serta pori-pori yg terbuka.
●Sustained Release Vita-C Plus
-Patahkan tablet kepada 2 bahagian (simpan satu bahagian lagi untuk kegunaan seterusnya)
-Hancurkan tablet dengan sudu dan campurkan dengan air biasa
-Biarkan selama 3-5 minit
-Sapukan rata keseluruh muka.
-Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan bersih
* Boleh dilakukan setiap hari sebelum tidur
●Vita-E Complex
-Picit atau tebuk dengan jarum kapsul gel Vita-E complex
-Sapu ke muka atau bahagian anggota badan yang berparut dan bermasalah.
-Biarkan selama 1 jam dan bilas dengan bersih!
*special sangat untuk parut-parut lama atau kulit yang bermasalah!
Serius jangan risau, takde semut pon nak gigit muka korang tuh! Hahaha...
-sasa loves Shaklee's natural masker!