December 27, 2014

Cerita seminggu tak update blog, apa masalahnya?

DAH NAK SEMINGGU BARU NAK UPDATE BLOG?
Hmmmm, kena salahkan diri sendiri nih sbb pemalas lak sejak-sejak ni.
Lagi nak closing bisnes lagi menjadi-jadi malas dia! huhuhu....
Sebenarnya, aku ni bercuti dari kerja hakiki dari start hari isnin sampailah sekarang. So, balik jb ni pepaham la nak melayan anak lagi dan dengan takde wifi kat rumah aku so memang lagi susah aku nak update blog pakai hp.Hp ni pulak tunggu nak kena campak dalam sungai je ni! Ada anak dan melayan kerenah anak adalah perkara yang aku paling cinta sekali walaupun penat! So, penyakit malas nak kerja semakin membuak-buak!!!
Cuti aku pulak, cuti yang saja dicari.Kebetulan mata aku ni bengkak sebelah dari hari sabtu lepas, so sampai isnin pon tak baik (alasan ko kan sa?cakap je la malas!malas menguasai segala-galanya) so aku pon ambil la mc 2 hari untuk hari isnin dan selasa. Dan paling kebetulan dan membuatkan aku semakin malas nak balik kl, adik aku enot dah balik sini sebab nak beranak! So memangla aku happy enot balik ngan perut dia yang beso itu! Time aku update entri ni pon, actually enot baru je admit ptg td sbb dah keluar darah but sampai jw hospital td jalan masih tak buka lagi.cmner pon stil kena admit masuk hospital sbb dah keluar darah kan? Aku doakan semuanya selamat saja.
Ok, dah mc sampai selasa aku membawakkan cuti tu sampai ke rabu (malas nak balik kl sebab membazir duit kerja ari rabu pastu khamis cuti krismas then jumaat kerja balik then ulang alik semula jb) So i feel like a robot! Alang-alang nak akhir tahun dan aku pon tak dpt bonus akhir tahun sbb bos aku sayangggggg sangat kat aku, aku pon dengan bangganya sambung je cuti tanpa gaji! Hmmm, sasa cari sebab nak diberhentikan nih!
sayangnyaaaaaa bos perempuan aku kepadaku!
TETAP BERNIAGA MACAM BIASA DI INSTAGRAM
Bagaimanapun, bisnes online Shaklee aku still on mcm biasa.Aku tetap aktif di kedua-dua instagram aku #sesamaseriussihat dan personal ig aku #innashaaini
So, kalau ada yang whatsapp tanya pasal nak joim ahli dan nak buat pembelian, aku akan layan sebaiknya dan berikan servis yang terbaik untuk semua customer aku.
Esok, aku nak balik kl semula dah.
Bercakap isu banjir, aku risaukan mangsa banjir dan masalah bencana alam ni. Aku cuba ikutinya dan bantu mana yang mampu. kat kampung aku, ibu sedang usahakan untuk kumpulkan baju-baju lama dan disedekahkan kepada yang memerlukan. Masih dalam proses dan aku harap ianya sampai pada mangsa.
Kerisauan aku juga bertambah bila fikirkan bilik sewa aku di kl. BOCORRRRR BILIK MAHAL TU!!!
so, aku risaukan harta aku dalam bilik tu dan takut ada wayar short ke sbb aku tak sempat nak tutup suis elektrik utama. So Mesti baldi takungan air tu dah penuh dan banjirrrr sebab kawan aku kat kl gtau ujan di sana pon tak berhenti!
Allah!

No comments:

Post a Comment