Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

February 11, 2015

#ceritaoftheday - ANAK IBU YANG INDEPENDENT

Korang pernah rasa berjauhan dari anak tak?
Wahai hati ibu, aku tahu even surirumah atau ibu yg hanya bekerja dari rumah akan cepat sahaja merasa rindu pada anaknya walaupun anak itu sedang tidur! Kadang, baru seminit tak tatap wajah anak pun kita dah rasa rindu kan? sebab itu anak-anak tidak pernah lepas dari ciuman dan pelukan kita!

Bayangkan pula perasaan aku yang terpaksa meninggalkan anak di Johor dan dijaga oleh pengasuh atas sebab tuntutan kerjaku di KL! sebenarnya aku nak hadapi benda ni. Anak kan, sapa tak sayang anak. Ingat aku suka-suka nak tinggalkan pada orang ke? Kalau boleh nak sangat aku jaga anak dari tangan aku sendiri! Tapi apakan daya, aku duduk di KL ini juga terpaksa menyewa bilik yang kecil sahaja, takde kereta dan public transportation sahajalah keretaku, dan memang husband tak benarkan aku membawa Ratu ke KL sebab upah pengasuh di sini sahaja dah berapa mahal ditambah lagi kalau sakit pening anak sapa pulak nak hantar kami ke klinik! So, terpaksalah kami buat keputusan untuk hantar Ratu kepada kawan ibu aku yang memang pandai menjaga kanak-kanak. Husband aku kan bawak lori, kerja masuk Singapore so dia juga mcm aku, hanya jumpa anak pada sabtu dan ahad je.

Aku kadang risau sangat kalau anak aku buat perangai kat rumah orang (walaupun dia dari kecil memang jarang menangis dan sakit) tapi yelah aku tanak la orang cakap anak aku susah dijaga dan degil.
Alhamdulillah, sejak pengasuh Cik Wati yang menjaga Ratu, anak aku pandai menyesuaikan diri. Cik wati tak pernah kompelin apa-apa. Anak aku bersih di jaga, dan paling penting anak aku semakin bijak dan pandai bergaul dengan kawan-kawan lain!

AKU PULAK YANG SEDIH!
Yela, mana tak sedih. setiap kali aku nak antar anak aku balik semula ke rumah pengasuh (biasanya hari ahad petang la) dia seperti sudah faham yang aku akan kembali bekerja. Aku memang takkan lama-lama berada dalam rumah cik wati sebab aku takut Ratu akan start nangis. So, lepas angkat barang-barang dia je aku akan terus beri tgn aku untuk dia salam, kiss dia banyak- banyak dan lambai dia sampailah aku tak nampak muka dia lagi. Cik wati pula memang akan get ready dan tunggu Ratu sampai sebab aku memang suka mesej cik wati terlebih dahulu sebelum hantar sebab takut dia bz or ada kerja lain nak diuruskan.

Ekspresi muka ratu? Dia akan senyap je tapi matanya tak lepas dari tgk aku dengan muka yang sedih. Allah!!!!!!

Biasanya sebelum hantar aku memang akan pesan awal-awal pada dia yang aku nak pergi kerja;

'baby, ibu nak g keje tau. Nanti baby duduk ngan ibu wati ya. Jangan nakal-nakal dan jadi budak baik. Baby kan goodgirl ibu'

Dia akan angguk tapi mulutnya akan petah bercakap 'tayahhhhhh ibuuuu' (tak payah ibu)

Aku kena ulang-ulang cakap benda yang sama supaya dia faham dan tahu yang ibu dia bekerja untuk dia. 

Lama-lama dia boleh faham.
Aku tahu anak aku bijak.
Dia pun dah pandai bawak diri dia.

Aku tak sabar nak berhenti kerja di KL dan cari kerja di JB so aku boleh jaga anak aku sendiri. DOAKANLAH UNTUK KAMI SEKELUARGA YA!

*Latest pic. Gambar ni pun anak pengasuh yang hantar. hmmmmm sekejap je dah besar anak ibu...

#tbt masa ni dia baru lahir. Fresh from my belly!!!Rasa mcm baru semalam lahirkan anak cinta ibu ni...
I LOVE U, NUR IRIS RANIA

January 21, 2015

60 tips untuk hidup luar biasa hebat dari Robin Sharma

Sesama serius tambah ilmu jom!

Tadi petang time dalam tren dok scrolldown newsfeed fb, ternampak lah ada orang share pasal tips untuk hidup jadi luar biasa hebat!

Menarik sangat dan serius memang betul apa yang diperkatakan oleh Robin Sharma nih!

Enjoice!

January 20, 2015

CERITA OF THE DAY - Sila berikan tempat duduk anda kepada mereka yang lebih memerlukan



BERSIHKAN HATI, MURNIKAN JIWA.
#sesamaseriussihat otak, hati dan berperasaanlah!

Sign popular yang bertaburan dicermin-cermin LRT dan bas;

“ SILA BERIKAN TEMPAT DUDUK ANDA KEPADA MEREKA YANG LEBIH MEMERLUKAN”

FIRST, siapalah aku untuk menegur!!!

Kepada pengguna pengangkutan awam (xkesahlah bas or tren) please be considerate…
Cerita yang aku nak sampaikan ni bukan nak memburukkan pengguna pengangkutan awam, tapi lebih kepada ingatan dan cadangan je. Nak terima atau tidak, terpulang. Aku juga pengguna tegar yang semestinya perlukan tren dan bas untuk ke mana-mana di area KL ni. Hari-hari pun aku gunakan perkhidmatan awam untuk ke tempat kerja. Dah naik tren, lepas tu naik bas pulak then barulah sampai ke ofis nun jauh di Jalan Ipoh, KL. Almaklumlah, aku tidak pandai memandu dan kereta pun dekat JB kan…Lagipun, duduk dekat KL ni aku rasa kalau takde kereta pun boleh hidup sebab bersepah-sepah bas dan kemudahan tren dan lrt yang panjang mcm ular. Hendak kemana-mana pon boleh!

Aku cerita ni bukanlah sebab aku rasa dianiaya ke apa (ya, korang mungkin rasa aku melepaskan perasaan sebab aku wanita mengandung), tapi hanya sebagai pemerhati gelagat manusia yang pelbagai dan macam-macam jenis manusia aku temui sepanjang masa aku menggunakan perkhidmatan awam ini.

PENGALAMAN SENDIRI SEBAGAI WANITA MENGANDUNG

Biasanya setiap pagi aku akan naik STAR LRT dari stesen Pandan Jaya, so biasalah sapa yang tahu waktu pagi adalah ‘peek hour’ di mana time tu ramailah manusia keluar nak pegi kerja. Tren akan bergerak dari Ampang dan biasanya sampai je kat stesen Pandan Jaya, gerabak tren memang akan ‘full’ dengan orang. Aku nak taknak memang akan naik je la walaupun aku tahu memang chances aku untuk dapat duduk adalah nipis.hahaha… Iye, kalau nak tunggu tren takde orang semata-mata nak duduk bagai alamatnya memang pukul 11 pagi lah baru sampai ofis.

Aku faham, ramai yang rasa perut aku ni buncit dari memikirkan bahawa aku ni mengandung so biasanya memang aku takkan pernah merasa dapat duduk diwaktu pagi dalam lrt tu. Hmmm, sebenarnya kalau nak diluah memang aku nak duduk sangat sbb tempoh perjalanan dari stesen Pandan Jaya ke Titiwangsa akan ambil masa lebih kurang 20-25 minit. Lama dan bersesak dengan orang memang buat aku tak selesa. Lebih-lebih lagi keadaan aku yang sarat dan tren yang kerap brek mengejut, AKU MEMANG NAK DUDUK DAN REHATKAN KAKI AKU. Wanita mengandung, anda mungkin faham perasaanku bukan? 

Ok tu takpelah, tapi aku nak cerita jugak gelagat orang ramai yang dapat duduk ni.Aku imun dah dengan manusia yang perasan ada perempuan mengandung kat depan dia, dan dia akan buat-buat tidur macam tak Nampak apa-apa? Hmmmm, pernah pulak ada satu hari tu aku dan 2 orang lagi kakak yang sama-sama mengandung berdiri berderet bersama tapi hampa sangat perasaan kami sebab tak dapat duduk. Aku sempat jelling kaki kakak sebelah aku yang mengandung itu. Allah, dah bengkak kaki dia. Tunggu masa nak beranak je tu. Tren pulak kalau tak brek mengejut setiap 2 minit memang tak sah!!!! Geram aku.Aku ni sampai terpaksa minta izin salah sorang manusia yang duduk itu untuk tolong beri kakak yang tadi itu duduk. Alahaiiiiiii….takkan benda ni pun tak Nampak kan?

PENGALAMAN LAIN

Time balik kerja, aku berdiri sebelah seorang wanita Myanmar rasanya sambil dia mengendong bayinya dalam kain batik. Kesian, berpeluh-peluh dan merah muka dia. Mungkin berjalan jauh sebelum dapat naik tren. Pun aku tgk takde siapa pun yang offer tempat duduk mereka kepada wanita itu. Aku pulak yang nak nangis time tu. Yang dapat duduk tu pula kebanyakannya masih lagi muda dan kuat. Kenapa? Korang kuat dan muda tapi butakah mata korang? Nak beli carotomax tak ngan aku? Hmmmmm….

Sebagai manusia biasa, aku pun faham keadaan korang. Sapa cepat dia dapat ye tak? Tapi, kita hidup bermasyarakat. Kita bukan hidup berseorang di dunia ni sampai kita kena pentingkan diri kita tanpa memikirkan atau melihat kesusahan orang lain. Yes, tak salah pentingkan diri sendiri tapi tgklah keadaan kan. Orang lain kadang memang perlukan belas kasihan korang. Ada juga yang cuba ingin berbuat baik tapi bagi aku ianya tidak kena. Contoh biasa yang aku alami, orang yang duduk tu memang akan cuba offer untuk berikan tempat duduk mereka. Tapi, kalau dia hanya tanya tanpa bangun untuk terus bagi tempat duduk dia kepada dia, korang rasa korang akan kata ‘YA, SAYA NAK DUDUK’
Semestinya korang akan cakap ‘eh, takpela saya ok je berdiri’ tapi dalam hati tu rasa macam alahaiiiii kenapalah aku tanak duduk. Hello, aku pun ada perikemanusiaan ok!

Dan orang itu pun terus tutup mata and tido seperti tiada apa berlaku…

So, aku percaya gerenti korang mmg tanak duduk kalau orang offer kita seperti acuh tak acuh je kan? Apalah salahnya kalau satu hari if kita dapat duduk tak kiralah dalam bas or tren, then kita ternampak orang tua ke, wanita mengandung ke, orang yang dukung anak ke, KITA TERUS BANGUN DAN PAKSA MEREKA DUDUK!

KAN SENANG!

Nak buat baik pun kita mesti fikirkan cara yang terbaik, betul tak?

Jangan ambil hati, ini Cuma luahan dari hati aku.Aku takdelah cakap setiap kali nak naik tren tu kena dapat duduk, tapi aku cuma nak highlight kepada mereka yang masih tak faham apa itu hidup bermasyarakat.

KADANG,AKU RASA WARGA ASING LEBIH SOPAN DAN FAHAM.
Hehehe….sekian

*pinjam pic dari google.  
 

January 13, 2015

Cerita of the day : Lelakiku yang tetiba gila game Clash of clans!

MENGGILA BETOL GAME CLASH OF CLANS!!!

Hmmmm....

Selamat malam.
Rasa mcm nak hapdate gak pasal hobi baru lelaki kakak kawasan nih! Tetiba je pulak minat game Clash of Clans (COC) yang macam seakan ada pawang yang menjaga game no sampai para-para lelaki kalau aku tgk main game ni sampai tak tido dibuatnya!

Laki aku pon satu hal, bukan main lagi dia bercinta ngan game tu. Sebenonya, game tu orang lain yg downloadkan dalam ipad ktorang 2 tahun lepas. By time to time laki aku pulak takde la nampak mcm serius nak main game tu.Lelagi sejak broadband kat ipad tu kami dah mampuskan, so mmg kalau balik rumah ibu aku baru dia akan makan minum depan game tu (umah ibu aku ada wifi cite diaaa)

Ditambah pulak bila aku selalu ulang alik bawak balik ipad tu, xdelah laki aku cam nak tgk je game dia.Aku sendiri pon mmg tak reti main game tu (kalau game smurf aku pandai lah!)

BUT LATELY,
sejak dia dah pandai nak sinc kan akaun game coc dia tu masuk dalam hp, wahhhhhhhhhhhh! BUKAN MAIN SERIUS LAGI DIA KEJEKAN GAME TU!

Tak cukup tidur takpe asal dapat kutip duit dan minyak dalam game tu. Aku sampai perli ;

" Ha, bagus jugak tu kumpul duit ngan minyak kat game tu.Kang kt nak g becuti ke apa boleh pakai je duit clans awak"

PERLI OK, PERLI!

Paling tak boleh blah, siap pesan ngan aku kalau dia tak boleh online kat umah (sebab coverage kat rumah kampung kami is very2 limited) dia mesti suro aku bukak game dia tu and kutipkan duit dia! Hahaha aku sebenarnya cuba jugak nak belajar main game ni tapi serius aku tak suka game yang complicated cmtue.Baik aku buat bisnes aku hahaha!!!

TAPI,
ada jugak baiknya game coc dia tu ada dalam hp! Hahahaha sebabnya takdelah susah aku nak contact dia.Biasanya, hp dia tu memang akan manjang xde bateri sebab malas nak cas or alasan dia takde orang pun nak call! Ai, geram pulak aku!
Buatnya aku nak beranak ke nanti aku call tak dpt memang aku jerit dari kl ni terus dengo sampai jb!

Bila dah ada coc dalam hp dia, amboiiii senang pulak nak whatsapp or call dia! (bagus jugak sebab dia mesti cas hp sbb nak online game dia tu!)

SO, BAGUS KE TAK DIA MAIN GAME NI?

Ada baik buruknya. So far, takde lah laki aku sampai abaikan aku n anak sebab semata gilakan game.Dia orang yang kuat bekerja.So aku tak marah kalau sesekali dia balik dan baring sambil rehat main game dia. Dah cukup baik dah dia duduk rumah! Macamanapun aku kadang hangin la jugak kalau dah asik teperuk dalam bilik macam anak dara sampai time makan pon aku kena jadi mcm nenek tua menjerit2 panggil suroh makan punya pasal!

So, peringatan untuk suamiku;
"Ingat sikit, master game ni dalam ipad saya. Kalau awk degil or sy call susah nak dpt, saya deletekan je coc ni.Abis cerita!"

Sekian.

January 07, 2015

Muhammad Mikhail : Ahli keluarga baru kami!

Assalamualaikum.
Selamat malam dan semoga ceria dan sihat hendaknya. Kepada mereka yang sedang menderita dan sengsara akibat bencana alam banjir yang berlaku baru-baru ni di negara kita, aku doakan kalian tabah dan kuat menghadapi dugaan dariNya. Korang tahu tak Allah sayangkan korang? Sbbtu Allah uji korang! Korang manusia hebat sebab boleh melalui bencana alam yang digambarkan sebagai malapetaka yang belum pernah terjadi lagi kat Malaysia ni...
Kalaulah aku yang melaluinya, ntahlahhhhh!
SENYAP SUNYI TANPA ENTRI TERBARU?
Maaflah, bukannya aku g luar negara pun.Cuma aku sibuk sedikit dengan pelbagai hal. Baru-baru ini (29/12/2014) keluarga kami menerima ahli keluarga baru. Adik aku enot selamat melahirkan bayi lelaki yang sangatlah comel dan diberi nama Muhammad Mikhail(maaf tak dpt letak pic walaupun hati meronta-ronta nak tunjuk kat korang betapa comelnya baby mika atas sebab menghormati ibu bapanya)
Enot cakap beranak sakit! Hahaha....
Kalau tak sakit bukan beranak namanya!
Dia bertarung nyawa lebih kurang 12 jam dalam labour room sebab darah dah keluar dulu dari air ketuban. Dan paling merisaukan yang enot ni ada masalah semput. Thats why lama betul kami tunggu dia keluarkan baby mika! Alhamdulillah, berjaya juga enot beranak secara normal dan merasa nikmat dan adventurenya erti menjadi seorang ibu!
Lepas enot dan baby mika balik ke rumah, sangat ramailah sedara mara dan rakan taulan yang datang nak melawat adik aku dan baby. Aku dan ibu? Berperang di dapurlah apa lagi! Segala macam jenis masakan kami hidangkan kepada tetamu. Marathon abissss!
So, aku sangatlah bz sampai nak tgk hp pon tak sempat. Tapi alhamdulillah, ada juga new customer yang percayakan aku dan tanya pasal Shaklee. Ada yang siap dah bankin duit lagi baru whatsapp aku nak beli barang! Murah rezeki aku bulan ni walaupun tak kerap buat sharing mcm yang kebiasaan aku buat di FB atau Instagram!( promosi bulan ni pon best nanti aku update kat entri selepas ni ok?)
Sebelum itu,
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG DATANG MELAWAT YA, DAH MACAM HARI RAYA RUMAH KAMI!
Seronok tau tetamu datang rumah ni, mcm ada je rezeki untuk kami sekeluarga!
So aku sangat bersyukur pada yang sudi datang ke rumah kami dan akan kami layan sebaiknya insyaallah!
*Nantikan update promosi Shaklee bulan Januari 2015 kakak kawasan yang hebat ok!

December 29, 2014

Aku yang cerewet!

Cerita malam ini.
SASA YANG CEREWET!
Assalamualaikum n selamat malam.
Yes, aku semakin cerewet.
Bila mengandung ni, hormon mesti berubah dan perangai pon mesti jadi luar biasa mengada-ngadanya!
Tapi yang aku pasti, aku paling cerewet bab makanan! Susah beno aku nak adakan balik selera makan aku seperti sedia kala yang sangat naga itu.
Aku sekarang asik nak makan nasi yang panas je. Nak nasi tu betul2 baru masak n panas, baru aku nak makan. Kalau nasi tu dah dimasak terlebih dahulu dari lauk, memang aku takkan makan sampai ke petang lah jawabnya! kekwat sungguh sasa!
Aku ni memang suka makan makanan yang panas dan pedas, dan ramai orang cakap tak elok. Aku tahu tu tapi hanya itu je yang buat selera aku naik.
Kalau tak dpt nasi panas, aku akan masak bubur nasi. Makanlah bubur nasi panas-panas tu sampai puas!
Paling hairan, aku suka pulak makan masakan yang aku masak sendiri! hahaha ini rare ok sbb ntah apa yang sedapnya pon aku tak tahu! Tapi, Kalau aku masak sendiri lauk tu mmg aku laju je nak abiskan.
(Eleh sa, nak jimat la tu!)
Lagi satu, aku ingin sangat nak makan ikan patin masak lemak tempoyak. Ok aku paham skrg bukan musim durian dan memang agak mustahil orang jual tempoyak berkeliaran. Aku cakap ngan ibu aku nak makan ikan patin. Ibu beli dan siap masakkan lagi. Tapi aku tetap tak puas hati.
Aku nak jugak ikan patin masak lemak tempoyak!!!
Mengada-ngadakah aku?
RUTIN MAKAN YANG TIDAK MENENTU
Bila dah terlampau memilih makanan sangat, time makan aku pon tak menentu.
Kalau aku kerja mmg aku takkan skip breakfast tp kalau dekat rumah mmg aku sanggup berlapar sampai nasi panas dan lauk tghari siap! Nak minum air masak? Lagilah boleh buat aku muntah! Apa yang aku kesedapan nak telan sekarang adalah nescafe ais, dan air gas!
KESIAN ANAK AKU DALAM PERUT NI!
Hmmmm aku tahu tabiat makan aku yang tidak bagus ini mungkin akan effect baby dalam perut aku.
Sbb tu aku kena ambil makanan tambahan.Ini aku bukan nak promote (ala, kira promote la sa!) tapi memang terbukti berkesan dan sesuai dengan aku yang ada habit cara makan yang tidak sihat!
SUPLEMEN SHAKLEE MAKANAN TAMBAHAN TERBAIK
Thanks to Shaklee supplements, aku masih ada tenaga dan kekuatan nak aktifkan diri buat kerja harian. Masih lagi boleh berdiri dalam tren setiap pagi even orang tak bagi duduk walaupun nampak perut aku semakin membesar. Masih lagi dapat berjalan dari titiwangsa ke stesen bas. Masih lagi boleh turun naik bas ke ofis, dan boleh lagi berulang alik balik kampung setiap minggu without miss!
-masih lagi tak dapat ikan patin masak tempoyak. please, sedekah sikit tempoyak korang dlm peti ais tu ke aku!


gambar hiasan kakak kawasan.sila tatap dengan penuh berhemah!

December 13, 2014

Kejap panas, kejap sejuk...

1- Cuaca
Pagi tadi, bukan main panas meletops kat area gunung pulai nan indah ini.
Aku dan ratu sampai mandi dua kali.
Tepat pukul 3, ujan pon turun dengan lebat.
2- Suhu badan anak aku
Malam tadi sampai je dari KL, suam-suam badan dia time aku ambil dari rumah emak.
Pagi ni berlambak tahi mata warna hijau sampai tak boleh bukak mata dia.
Nak tido pon meragam, pukul 4am baru dia tidur semula.
Hari ni nampak ok pulak, molek je rasa badan dia.
Tahi mata? Stil ada.
Means stil ada baki panas dalam dia.
Lepas ni kt reward dia dengan mealshakes lagi ok?
3- Mood aku
Disebabkan tak cukup tidur (sbb tidur lambat, anak aku takmo tidur) mood aku pon tak bape nak good.
Hari ni pon hanya masak bubur ayam + kentang untuk lunch aku and anak.
Cuaca pulak panas rentung.
Lepas mandi, ujan pon turun.
Belanja diri ini tidur, now mood dah sejuk balik.
Hahaha.
-sajasaja hilangkan mood panas.