February 09, 2015

VITALEA IRON FORMULA SHAKLEE : MULTIVITAMIN TERTUA ALL IN ONE!



Firstly,
 
“Pakar kesihatan mencadangkan  orang dewasa wajib mengambil multivitamin bagi menyokong kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun,pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan berkualiti tinggi”

AKU SEBAGAI PENGAMAL SETIA MULTIVITAMIN VITALEA!

OK, memandangkan sekarang aku tgh sarat mengandung anak kedua, penting bagi aku untuk dapatkan nutrisi yang cukup untuk kesihatan aku dan juga baby dalam perut ni. Aku ni memang suka makan jajan, apatah lagi minum air sejuk lelagi yang Nescafe ais.huhuhu…so benda ni aku dah lalui masa pregnant first baby lagi. Dengan takde ilmu pasal pentingnya mengambil makanan tambahan sewaktu mengandung, dan juga tabiat pemakanan aku yang tidak menentu buatkan pengalaman mengandung anak pertama yang sangat menyakitkan badan.
Masa tu pulak HB dan BP reading aku pun tak berapa nak cantik, berat badan turun naik mendadak, selera makan kejap ok kejap tak, kulit kusam dan badan asik rasa lemah je.

NOW!
Perbezaan jelas ternyata dengan pengambilan makanan tambahan Shaklee especially Multivitamin VITALEA nih! Aku ni kalau nak diikutkan memang payah nak telan apa jenis pil pun lelagi pil-pil yang bersaiz besar. Memang ambil masa untuk biasakan diri dengan suplemen Shaklee ni tapi Alhamdulillah aku merasa kelainan yang positif bila aku start amalkan pengambilannya.Akhirnya ianya jadi seperti rutin harian dan kalau aku terskip satu hari je mesti aku akan rasa menggelabah!


Multivitamin Vitalea betul-betul banyak membantu aku untuk kekal cergas dan bertenaga. Multivitamin pertama dan paling tua di dunia ini ada kesemua khasiat yang diperlukan tubuh badan. Perasaan yang paling aku suka bila ramai tegur yang muka aku semakin berseri masa mengandung! Ada juga yang tegur dan tidak percaya bila aku katakan yang aku sudah mengandung 9 bulan dan hanya tu masa untuk melahirkan sbb mereka lihat susuk tubuh dan perut aku yang tidak berapa besar. Yang paling best, susu badan aku sudah mula keluar dan aku berharap sangat untuk susukan anak keduaku ini dengan susu badan aku sendiri. Almaklumlah, nikmat susukan badan ini tidak dapat aku rasakan sewaktu anak pertama dulu…

Aku memang sarankan korang untuk mengamalkan multivitamin Vitalea ni untuk kesihatan dan tenaga berpanjangan. Dunia semakin moden dan macam-macam jenis jangkitan dan penyakit boleh hinggap kepada tubuh badan kita. Sekarang ni bukan kira penyakit akan mengikut keturunan je boleh terjadi, kadang pergaulan dan aktiviti social kita setiap hari juga mendorong kita mendapat penyakit!

JOM CEGAH DARI MERAWAT.


No comments:

Post a Comment