November 25, 2014

BETUL-BETUL LAH! : KENAPA AKU BERNIAGA DAN MEMILIH SHAKLEE?

Assalamualaikum.
Selamat pagi selasa dan semoga ceria semuanya!
Sesambil aku dalam tren nak sampaikan ke titiwangsa plus dapat duduk pulak arini (dapat duduk sebab mmg ada kosong bukan sbb orang tgk aku n bagi aku duduk), boleh lah aku godeh-godeh blog kejap.

Malam tadi, sebenarnya aku menangis tgk satu video yang di post oleh master beeha dalam secret group kami pasal seorang anak yang masuk Indon idol junior dan telah kehilangan ibu bapanya.
Dia menyanyi dengan penuh perasaan khas buat ibu sampai judges semua menangis dengan serius! Allah! Kuat betul budak tu!
One of the juri tanya dia samada dia sekolah atau tidak, dia cakap dia tak sekolah xpe tapi biar adik dia pegi sekolah sbb dia dah janji ngan ibu dia nak jaga adik dia....
Hmmmm sampai juri tanya mcmana dia boleh kuat smp macam tu skali?
Dia jawab, semuanya sebab doa ibu dan bapa dia. Dia mahu walaupun ibu dan bapa dia dah xde, dia mahu buktikan yang dia boleh berusaha dan berjaya (actually dia cakap indon pekat bangat so aku tak bpe faham dan translate mana yang aku paham je)

So, thanks kak bee sbb post video tu! aku menangis mcm baby!

Lepastu....
Aku terfikir, kenapa aku buat Shaklee ni?
Sebenarnya memula time aku join buat Shaklee ni adalah sebab kehebatan dan keberkesanan produk Shaklee yang aku ambil (time tu ambil omega, alfalfa, lecithin dan oste) membuatkan aku rasa teruja nak jual sesuatu yang bagus!
Sebab sebelom aku start nak beniaga ke aku mesti nak try produk tu dulu lelagi ini adalah produk kesihatan kan?

Aku join Shaklee, and slow2 aku promote dekat kgkawan. Tapi masa tu aku xde pikir apa la just untuk suka-suka.
Bisnes makin ok dan dalam 2 bln je aku dah ada pangkat "Supervisor"! Alhamdulillah berkat pertolongan mummy aku si Aswin (org yang kenalkan aku ngan Shaklee)

Dalam tempoh masa aku join jadi ahli, aku belajar cara marketing, cara nak cari customer, cara nak berayat dengan customer, cara yang benar untuk berbisnes online dan mcm2 lagi lah cara untuk maju dan buat orang kenal yang aku adalah pengedar Sah Shaklee!
Memang seronok, dan aku rasa mcm ketagih nak upload segala macam info pasal penyakit dan banyak blog aku bukak semata-mata nak belajar pasal bisnes yang aku pilih ini!
Mencabar? Memang mencabar...
Masa terhad amat mencabarku tapi leader selalu pesan bila kt nak buat sesuatu yang serius sebenarnya xboleh ada ALASAN!!!
Yes, betul tu! Aku belajar untuk tidak merungut dan beralasan walaupun seringkali aku nak give up!

Masa tu, aku xde pon nak minta ibu atau suami aku doakan aku untuk buat bisnes ni.Semua doa aku sendiri.
Padahal bila aku pikir balik, doa adalah permintaan.Sesuatu yang harus diminta. Macam komen kat group semalam kak bee cakap kt kena minta suami doakan kita, ibu doakan kt supaya kt rasa bersemangat nak buat bisnes.

Dan setelah setahun aku buat bisnes ni, barulah aku tahu bisnes ni bukan sekadar bisnes saja. Tipulah aku cakap kalau berniaga ni manjang ada duit!!!! Mana ada wei, kurang usaha kuranglah duit!

Dalam tempoh aku berniaga Shaklee ni (almost a year), banyak benda aku belajar.
-Banyak sangat ilmu baru aku dapat.
-Aku dapat kawan baru.
-Strangers become family.
-Yang tak kenal pon jadi rapat dan jadi ahli bawah kita even tak pernah bersua muka.
-Ada masalah je kt rasa mcm ada tempat untuk mengadu (especially pada leader aku la aswin selalu jadi mangsa)
-PALING HAPPY, BERNIAGA SHAKLEE BUAT AKU RASA BAHAGIA DAN HAPPY SEBAB DAPAT BANTU ORANG LAIN JADI LEBIH SIHAT DAN CERIA!

Macammanapon, bermula hari ini aku nak berubah.Sebab aku rasa ups and down bisnes aku ni mesti kerana sebab aku tak cukup amalan rohani dan berdoa.
Aku sebenarnya cuba dan usaha sehabis baik untuk bisnes ini tapi rasa mcm ada yang kurang je.
Betullah orang cakap, kena cukupkan soulfood dalam diri kita ni baru kt maju ke depan.
Jangan asik dok ketatkan perut sendiri ngan makanan je.Tapi hati lapar....

So, secara menyeluruh dari cerita kenapa aku buat Shaklee ni sebenarnya banyak sedarkan aku untuk jadi lebih positif, jadi orang yang kental dan berusaha dan hilangkan sikap negatif!
Macam-macam woooo aku belajar!
Terima kasih kengkawan Shaklee yang banyak bantu aku.
Terima kasih kerana Shaklee buat aku rasa kurang bosan dengan life aku ni.
Terima kasih kerana akhirnya aku ada sesuatu untuk dibuat dan dikongsikan kepada orang lain.

Terpulang pada orang lain samada dah nauk menyampah ngan post Shaklee aku ke tidak, janji aku semakin lama semakin happy dan bersemangat nak berkongsi dan beritahu kepada sume yang aku hanya nak bantu mereka!

Gyeahhhhh!!!!

No comments:

Post a Comment