November 27, 2014

TERIMA KASIH, KELUARGA SHAKLEE SAYA!

Assalamualaikum dan selamat hari Khamis nan mulia...
Baru lepas breakfast kueteow tapau dari warong makcik nasi lemak ganja yang biasa kat tren pandan jaya.
Biasanya, aku memang suka sarap nasi lemak dia sebab mmg sodapppppp.
Arini rasa sebu perut so kasi tukar sama kueteow lak. Pon tak abis sbb rasa perut stil meragam.
Dah sarap, rehatkan perut jap then aku terus telan sebiji Vitalea, 2 biji vitamin C, dan sebiji B-Complex untuk bilas balik dari makanan begoreng yg tidak sihat itu.
Atleast, jap lagi mesti perut aku akan selesa balik.
Aku nervous sebenarnya sebab kurang lagi 3 hari, nak closing bisnes utk bulan ni.
Hmmmm, 'mummy' (leader aku Aswin →http://www.superohsemsupplements.com) awal-awal dah whatsapp bagi semangat dan pesan kalau boleh jangan sampai point lebih berkurang dari bulan lepas.
Bagi tips, bagi cadangan dan bg support yang sangat banyak untuk aku jangan give up buat bisnes. Aku ni pulak, tak tahu nak cakap apa.Xreply lagi whatsapp 'mummy' aku tu. Aku rasa bersalah. Sebab aku terfikir, kenapa masa memula aku buat bisnes ni bukan main hebat dan kebabooom abis sales aku. Apa yang kurang ya? Orang dah boring ke baca post kat fb aku yang mengganggu newsfeed dorang? Aku menyemakkan wall dorang ke ngan iklan aku sampai rasa menyampah dorang nak tgk iklan Shaklee aku lagi?
Aku tak follow up ke ngan customer aku?
Aku takde bagi good service ke?
Konsultansi aku ke tak cukup bagus?
Aku rasa aku dah bagi yang terbaik, aku ikut semua yang diajar dan aku belajar setiap hati.
Tapi,
AKU TETAP RASA MESTI ADA YANG KURANG!
Ya...
Memang. Aku tak perfect so byk benda lagi aku kena perbaiki.
Hubungan aku dengan Allah.
Hubungan aku dengan keluarga, suami dan anak.
Hubungan dengan ibu.Dengan ayah.Allah! Lama betul tak call ayah! :(
Kadang, aku rasa berjauhan dengan keluarga lelagi suami dan anak buat diri aku ni tidak diredhai.Maksud aku, bisnes turun naik sebab tanggungjawab hakiki tak dipenuhi.
InsyaAllah, aku cuba perbaiki.
Cuba tingkatkan usaha.
Cuba berubah dengan positif.
Jauhi orang yg negatif.
Terima kasih pada semua keluarga Shaklee yang banyak bantu aku.
Dari nak buat bisnes sampailah ke buat blog pon mereka ajarkan.
Nikmat Allah apa yang aku dustakan nih!
'Sahaja aku berniaga kerana Allah Taala'
Doakan aku kuat, sabar dan berjaya.
-sasa xkan mengalah!

3 comments:

  1. Sasa kuat! Akak percaya! Kita buat dan jadi yang terbaik, selebihnya serahkan pada Allah ye dik. Jaga hubungan dengan Allah dan orang-orang yang kita sayang. Insya-Allah urusan kita yang lain Allah akan jagakan. Take care Sasa. We love you! :)

    ReplyDelete
  2. Sasa jangan give up tau! Kita sgt inspired dgn kamu!

    ReplyDelete