October 20, 2014

AKHIRNYA BUDAK YANG SELALU BERANGAN ALA-ALA FYNN JAMAL SUDAH ADA BLOG!

Assalamualaikum WBT & Selamat sejahtera juga...

KATA-KATA ALUAN (Wah, dah macam novel!)

Finally, dapat jugak aku nak bekarya di blog sendiri padahal sebenonya terkial-kial aku nak mencari ilmu macammana nak buat blog! Susah rupanya! (lengkap pakej dengan google siap, tanya kawan-kawan dalam group bisnes, tanay lagi leader) Semua cukup lah! Dan ternyata.....aku adalah manusia yang masih buta IT, post yang ini juga aku tak sure samada berjaya atau tidak dipaparkan dalam blog nih. So, kira tawakal je lah dalam menaip-naip seperti budak darjah enam yang baru dapat laptop dari maknya dan tak menyabo nak buat diari maya cite pasal boipren...GITEWWWWW!!!! Ini pon dah berapa kali edit, berapa kali delete, tulis balik dan yang ntah keberapa kali aku teragak-agak nak post ke tidak kat sini! (hampeh)

Macamanapun, aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga pada the one and only kakak kesayanganku iaitu Kak Ain (ntah dia baca ke idak) sebab selalu yakinkan yang aku sebenarnya boleh bekarya dengan buat blog. Dialah selalu menjadi penasihat aku, asik cakap,

 " sya pandai tulis, pandai cakap so kenapa tanak buat blog? Kalau buat blog mesti ramai yang baca. Sebab sya ada banyak cerita kan? Sambil tu boleh kembangkan bisnes Shaklee sya. Sya kan kakak kawasan!" (Ok ayat last tu aku tambah hahahaha)

Terima kasih Kak Ain, kita sayang akak. Kita nak akak tahu yang kita sentiasa ingatkan akak... ( oh, mana kain lap air mata tadiii...)

So, aku ni baru dalam belog membelog. Kalau ada kesalahan tatabahasa atau kata-kata yang silap atau mcm terover ke, aku minta maaf sebab aku hanya cuba sesempoi-sempoinya  untuk sampaikan mesej supaya korang akan lebih mudah faham, dan sambil tu dapat bayangkan mcmana pulak intonasi aku kalau bercakap (hahahaha especially untuk kawan-kawan yang rapat mesti tahu gaya percakapan aku yang sentiasa over itu) HMMM.....Aku nak naip ni pon terkial- kial lagi, iyelah budak baru!!!


TUJUAN AKU SEBENARNYA...

Aku ni buat blog atas sebab pertama sekali adalah kerana aku nak kembangkan bisnes online Shaklee yang aku buat secara part time. Aku nak lebihkan sharing berkenaan produk Shaklee, sebab aku sendiri sebagai consumer yang consume produk Shaklee ada banyak benda nak cerita dan share berkenaan pentingnya mengambil suplemen tambahan. 

Pada yang tak tahu (memang ramai pon tak tahu kan?) aku sebelum ini berniaga suplemen Shaklee melalui medium menggunakan personal FB aku sendiri iaitu Innasha Aini (Jom kita jadi kawan!) dan ada satu official Instagram untuk bisnes Shaklee online aku iaitu Sesama Serius Sihat @sesamaseriussihat (BANGGA OK!) So, pada yang nak tahu detail pasal produk, aku akan berusaha bersungguh-sungguh setiap hari untuk update mengenai kebaikan setiap produk dan apa yang bestnya buat bisnes Shaklee yang amat aku cintai ini. Kepada yang tak tahu Shaklee ini bendaalah apa, secara general nak bgtahu yang aku adalah pengedar sah produk kesihatan Shaklee dengan ID No 1090031. Shaklee adalah produk nutrisi semulajadi terkenal di US dan dah lebih 50 tahun berada dalam pasaran. Terdapat suplemen (makanan tambahan), produk penjagaan kulit, dan produk penjagaan rumah yang dihasilkan dari bahan semulajadi, selamat dan semestinya berkesan setanding dengan tagline Shaklee, ''Always works, always safe and always green" Nanti aku akan update new post lengkap berkenaan Shaklee ok? (ni baru introduction)

Lagi satu, maafkan aku kalau korang baca kejap aku bahasakan diri aku 'kakak' kejap pulak 'aku' kejap pulak 'saya'. Aku ni penulis santai (wah, belum pape dah gelar diri itu penulis)  sebab kadang banyak sangat identiti panggilan tu (tapi perwatakan still sama ok, bukan macam duit syiling depan lain belakang lain!)

soooooo...sotong...hahahaha. Biasakanlah ya wahai anda-anda yang sedia membaca. Lelama korang kenal lah aku ni macamana longkangnya ayat!! 

TUJUAN LAIN... 

Bak kata Kak Ain, aku ni memang suka berkongsi cerita (with my own way). Macam-macam cerita aku ada. So dalam blog aku ni lengkap aku nak cite pasal semua benda. Dari cerita pasal diri aku sendiri, pasal anak aku (eh, alaaaaaa dah kawin ke?) pasal kerja, pasal kawan-kawan dan senang cakap kebanyakan next post aku dalam kategori yang ini adalah personal, jujur dan benar-benar berlaku (aku nak cite banyak pasal anak aku yang sentiasa wangi-wangi masam itu) So mungkin akan post pasal tips membeli mainan ke (ntah aku pon kena belajar banyak benda ni even nak beli mainan anak),bagi tips untuk mengelak ditipu ke (ini kes tipu duit aku pernah dikencing kawan baik) so kena bagi tips untuk mengelak ditipu dan berkawan dengan manusia penghasut dan sebagainya (ok nampak dah emo di situ...)

Ok senang cite banyak benda aku nak share. Aku baca " Setiap orang perlu ada blog, tak kira anda adalah CEO, artis, pekerja awam, wartawan, pekerja swasta, pelajar, orang berniaga dan sesiapa sahaja kerana ianya adalah medium untuk anda belajar mencari siapa anda, menambah ilmu dan sambil itu berpeluang menjana pendapatan hanya dengan menulis blog"

Sebab tu aku mencuba. Aku akan usahakan sampai berjaya dan profesional! Tak cuba tak tahu. Tak usaha tak dapat hasil, yetak? 

KATA-KATA PENUTUP UNTUK POST PERTAMA

Takde apa, just nak cakap terima kasih sebab baca. Ada banyak nak kena tambah, nak kena edit, nak kena perbaiki. Masih dalam stage 'bertatih' dalam industri blog. hahaha... ok bai.


 

 

No comments:

Post a Comment