Showing posts with label herbal blend. Show all posts
Showing posts with label herbal blend. Show all posts

January 22, 2015

BANYAK GARISAN HODOH DISEKITAR TUBUH BADAN? - Set Selulit Shaklee



APA ITU SELULIT/STRETCH MARKS?

Selulit adalah gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit. Sel-sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit dan menyebabkan tekstur kulit anda menjadi seperti menggerutu. Selulit biasanya berlaku pada usia antara 25 hingga 35 tahun dan ia akan menjadi lebih banyak apabila umur semakin meningkat.

Selulit boleh dikurangkan dengan pemakanan yang sihat dan aktiviti bersenam. Lazimnya, golongan wanita lebih ramai yang mengalami masalah sesulit berbanding lelaki. Ini kerana sel lemak pada kulit lelaki agak jauh daripada lapisan atas kulit.




APAKAH FAKTOR PENYEBAB SELULIT

  • ·         Faktor hormon

Terjadinya perubahan hormon seperti estrogen yang merupakan salah satu penyebab timbulnya selulit. Terbentuk selulit ketika berlaku perubahan hormon pada wanita dalam masa akil baligh, hamil, dan menopaus. Hal-hal lain yang menyebabkan perubahan hormon seperti mengambil pil kb juga boleh menyebabkan selulit.

  • ·         Faktor genetik
  • ·         Diet yang tidak sihat
  • ·         Gaya Hidup

Gaya hidup dan stress yang tinggi akan menyebabkan peningkatan dalam tahap catecholamines, yang juga telah dikaitkan dengan evolusi selulit.
  • Faktor fizikal
Terjadi apabila adanya perubahan pada lapisan lemak di bawah kulit. Olahraga dan diet sihat tidak selalu berhasil untuk menghilangkan selulit, hidup tidak sihat dan kurang sumber nutrisi boleh memburukkan lagi keadaan selulit.

  • Sering duduk

Ia juga boleh menimbulkan selulit apabila kita duduk dalam posisi yang salah, kurang bergerak sehingga sendi - sendi dari tulang tubuh menjadi kaku contohnya apabila terlalu lama duduk didepan komputer

  • Faktor penyakit
Obesiti & Diabetis
Sering mengambil makanan manis, masin dan alkohol.


SUPLEMEN SHAKLEE YANG MEMBANTU UNTUK MENGHILANGKAN SELULIT





January 15, 2015

LOSYEN SERBAGUNA SHAKLEE : HERBAL BLEND

SEDIKIT INFO BERKENAAN HERBAL BLEND SHAKLEE
  • Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
  • Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
  • Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.


KEGUNAAN HERBAL BLEND
1. Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga
Sapukan nipis pada kulit anak atau kulit anda yang digigit serangga atau nyamuk.


2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
Sapukan 2-3 kali sehari pada bahagian tumit yang merekah dan bahagian kulit lain yang kering. Penggunaan yang kerap akan menghasilkan kesan yang positif dan cepat.


3. Ubat luka / lecur
Boleh diguna menggantikan minyak gamat. Samada dicakar kucing, terhiris pisau at
aupun terluka akibat jatuh, semestinya herbal blend adalah pilihan tepat dan setiap rumah wajib ada satu!

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Memang dah terbukti, apabila ada luka pada puting akibat gigitan anak, pedih yang teramat. Jadi selepas ni, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, wajib ada herbal blend di sisi. Herbal blend ni sangat semulajadi, jadi jangan risau. Tiada bahan sintetik dan dijamin selamat.

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah akan pudar dan hilang.

6. Ruam pada bayi
Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Bayi mempunyai kulit yang lembut dan nipis. Jadi ianya sangat sensitif dan sekiranya terdapat ruam sapukan sahaja Herbal Blend. Ia akan melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam. Elakkan sapuan krim steroid yang membahayakan nyawa bayi.

7. Losyen harian
Gunakannya sebagai losyen tangan dan badan untuk kulit yang lebih lembut dan mulus!