December 11, 2014

Bila rindukan anak, Al Fatihah la penemanku


Al-Fatihah...
Harini, aku rindu sangat anak aku. Naluri seorang ibu, macam ada yang tak kena tapi takde pulak pengasuh Ratu call ke apa gtau pape problem. So aku rasa semuanya ok je la. Tup-tup magrib tadi ibu call beritahu yang Ratu demam panas (mungkin sebab penangan pegi mandi-manda ari ahad lepas kot) Ibu aku pun tahu dari pengasuh Ratu (sbb pengasuh Ratu tu kawan ibu) so aku menggelupur la call pengasuh anak untuk tanya kabar. Dia cakap dia taknak susahkan aku sebab dia tahu aku jauh dan tak boleh balik ke Kulai sbb itu dia msg ibu aku. Suami aku pula sedang bekerja dan ada masalah lain yang tidak dapat dielakkan.
ALLAH...
Terima kasih ibu sebab ibu bawa Ratu ke klinik. Kesiannya anak ibu...


Pic hari ahad bebaru ni, kami g mandi-manda kat Lotus Hotel, Desaru


FYI.

Pada yang tak tahu, aku ni seorang ibu yang bekerja di Kuala Lumpur sementara anak aku Ratu berada dalam jagaan pengasuh. Suami aku juga berada dan bekerja di Johor so memandangkan keadaan waktu kerja dia yang tak menentu, kami buat keputusan untuk hantar ratu ke pengasuh. Ratu akan duduk di rumah pengasuh dari hari ahad petang sampailah ke Khamis malam (kira makan tidur dirumah pengasuh la) Kiranya, aku tak dapat jumpa ratu, suami aku even dia di Johor pun dia tak dapat jumpa ratu. Bukan suami aku tidak mahu menjaga anak kami, akan tetapi tugas dia sebagai pemandu lori yang jadual kerjanya tidak menentu membataskan masa untuk dia 100% bagi perhatian pada anak. So, kira adil lah, aku tak jumpa anak, dia pon sama.
Baru suami aku tahu bagaimana perasaan aku seorang ibu yang berjauhan dari anaknya...

So, rutin mingguan kami biasanya, hari Khamis malam suami aku akan ambil anak di rumah pengasuh dan aku pula akan berulang alik dari KL-JB pada hari Jumaat (selepas waktu bekerja) dari TBS terus menaiki bas sampai ke Kulai. Then baru aku akan jumpa dan cium anak aku semula...

PAYAH!!!
Kalau nak diungkapkan erti penat, Allah! Aku memang penat!

Banyak mulu yang bertanyakan soalan ''sampai bila nak kerja di KL?''
ataupun "tak sayangkan anak ke tinggal-tinggalkan?" or paling sakit hati "kerja dekat KL tu bukannya glemer pun, so pentingkan kerja lagi dari anak ke?''

aku dah biasa...
aku dah biasa dengan soalan cmnie walaupun sebenarnya aku sangatlah sakit hati dan stress kalau difikirkan.

Maksud aku dah biasa tu, bukan maksudnya aku tak kisah apa orang cakap or apa orang nak nilaikan diri aku. Tapi, aku terpaksa tempuhinya sebab hanya aku dan suami dan keluarga yang rapat sahaja faham kenapa aku dan suami perlu membuat pengorbanan sebegini.

INGAT AKU GEMBIRA DUDUK DI KL NI?

Mungkin mudah bagi orang untuk berikan pendapat masing-masing dan mengatakan bahawa kami (especially aku) sebagai ibu ayah tidak pandai menjaga anak sehingga sanggup menyerahkan anak yang berusia setahun setengah kepada orang lain untuk dijaga.
Ingat aku bersenang lenang duduk di sini?
Ingat aku lena tidur walaupun tiada anak dan suami?
Ingat aku ada selera makan?
Ingat aku sentiasa bahagia dengan bershopping diKL?
Ingat aku bergelak ketawa sambil makan aiskrim di sini?

Aku seorang ibu.
Jadi, tidak pernah sesaat aku lupakan anak aku.
Aku rela tak cukup tidur janji anak berada disebelah.
Walaupun kadang bila mandi pun tak sempat nak korek-korek hidung or bersihkan taik mata sebab anak duk sibuk minta dukung, aku rasa bahagia lagi bila anak berada di sisi...

KENAPA BUKAN KAMI SENDIRI SEBAGAI IBU BAPA SENDIRI YANG MEMBESARKAN ANAK?

Banyak faktor yang aku perlu fikirkan. Bukan mudah untuk menukar pekerjaan lain skrg. So aku perlu fikirkan banyak perkara sebelum aku boleh berhenti dan balik semula ke Johor and maybe cari kerja di sana.
Ingat aku tak fikirkan ke semua itu?

Aku pun kadang sampai tak dapat nak berikan full commitment pada kerja. Asik mc, el tu benda yang dah terlampau biasa dah. Sampai ada juga mata-mata yang memandang kau dengan pandangan sinis (seperti suruh aku berhenti kerja je)
Tapi apa yang boleh aku buat, kerja hakiki ini masih lagi punca rezeki utama aku. Aku sedang berusaha untuk mengubahnya.

Orang mungkin boleh cakap, "rezeki ada di mana-mana, bukan di KL je"
Alahai, susah juga kalau asik didampingi oleh manusia-manusia negatif ni.
Aku kadang sampai menangis hampir setiap hari sebelum tidur kerana rindukan anak sambil kadang fikirkan kata-kata negatif orang lain.

SUSAH NAK DESCRIBE PERASAAN AKU TIME NI.

Jadi, bila aku rindukan anak, apa yang mampu aku lakukan saat ni hanyalah menyedekahkan al-fatihah padanya, dan pada suamiku juga.
Sesungguhnya aku amat risau dengan keadaan anak aku sekarang. Ibu cakap doktor dah masukkan ubat dipunggung Ratu sebab badan dia panas dalam.

Kalaulah boleh, aku memang rasa nak balik sekarang.
Nak jaga sendiri anak aku, taknak susahkan pengasuh atau ibu aku.
Ibu banyak tolong kami untuk tgk-tgkkan Ratu sebab jarak rumah yang dekat dengan pengasuh cuma ibu memang seorang yang kuat bekerja jadi dia tak dapat nak jaga Ratu. Takpe ibu, akak faham bu. Ibu tolong akak bawa ratu pegi klinik pun akak dah cukup bersyukur.

Ratu, ibu pegi kerja tau nak.
Ibu tahu sayang budak yang independent dan susah nak sakit. Sekarang pun ibu tahu sayang cuba untuk tidak menangis bila ibu balik ke KL untuk pegi kerja dan lambai ibu dengan muka yang sedih seperti terpaksa relakan ibu balik. Jadi, sayang cepatlah baik ok?


THIS IS THE REASON WHY I'M DOING SHAKLEE BUSINESS!

-sasa seorang ibu





2 comments:

  1. semoga sasa tabah..memang mcm2 orang akan akata sebab dorng x ditempat sasa...rasanya akk pun x setabah sasa..

    ReplyDelete
  2. ermmm sebak baca. strong sasa..
    org tak dapat bayangkan kalau org kat tempat sasa. tak tau macamana nak kuat macam sasa. semoga ratu sentiasa dalam lindungan Allah. Semoga sasa terus kuat dan tabah ye :)

    ReplyDelete