December 18, 2014

Apa yang buat aku makan suplemen kesihatan Shaklee? Sharing dari hati...

Selamat malam.
Sebelum tidur dan sambil blogwalking support kawan-kawan seangkatan Shaklee yang lain, hati aku terdetik nak share pasal sebab musabab aku nak start makan suplemen.
KENYATAAN HAKIKI
Sebenarnya setahun lalu iaitu sebelum aku join jadi ahli Shaklee dan consume makan Shaklee, iaitu bersamaan 27 tahun la umur aku masa tu, aku nak tegaskan di sini bahawa aku memang tak makan apa-apa suplemen!
Aku tak pandai makan jamu, aku tak pandai makan vitamin c, aku tak pandai nak minum air-air kesihatan lagikan nak suntik-suntik botox ni dan kalau korang nak tahu kulit aku memanglah tak cantik! Setakat putih tapi jerawat penuh satu muka, dengan bekas parut yang banyak dan sememangnya aku terpaksa bermake up tebal untuk tutup cela kat muka aku ni sebab lagi skali aku nak bagitahu yang aku sememangnya ada masalah jerawat yang serius dan parut susah sangat nak hilang sebab kulit aku putih! Putih pon salah ye takkkkk!!!!
So? Aku malu.
Bila aku dah kawin, aku malu ngan suami aku. Dia memang lah takde pernah berbunyi pon pasal kulit aku yang tak cantik ni, tapi aku sendiri rasa yang dia pandang aku semacam je. Aku pernah pikir samada jijikkah suami aku bila cium aku.
huhuhu sampai cmtu skali ok!
MENGANDUNG ANAK PERTAMA
Bila aku pregnant, masalah kulit aku makin menjadi-jadi. Aku stress sangat dan masa tu pulak aku memang tak tahu langsung pasal Shaklee (nampak tak sebenarnya ramai je tak tahu pasal Shaklee ni lagi).
Kulit aku gatal dan tumbuh ruam dan bintat yang banyak dimuka. Nak kata jerawat, bintat-bintat yang ada kat muka aku semua takde mata so kalau aku usik sikit je memang akan lambat surut dan parut hitam pon muncul! Hmmmmm kena make up lagi!!!
Orang kata ibu mengandung berseri-seri, tapi aku tak rasa langsung aku cantik. Buruk lagi ada lah!
Dan aku pon semakin gemok...
Bila aku gemok, stress pon semakin bertambah! Dah la aku ni setiap minggu kena berulang alik dari kl-jb (yang baca previous entri aku tahu la yang aku ni berstatus PJJ bersama suami) so memang lah jerawat seronok nak tumbuh melata kat dahi dan sampai ke leher masalah kulit aku ni...hmmmm sedih kalau ingat!
SELEPAS MELAHIRKAN RATU MY ANAK
Lepas beranak je, masalah lain pulak muncul. Air susu aku hanya keluar selama seminggu je. Ya Allah, masa tu jgn cakap lah betapa aku sedih mengenangkan yang anak aku takkan dapat menyusu badan dariku. Aku cuba mcm-mcm jenis breast pump, aku minum air banyak tapi susu aku seakan kedekut mahu keluar. Akhirnya lepas seminggu susu aku pon stop dengan sendirinya. Alahai, time tu aku pon bodoh juga sebab takde langsung effort nak google pasal teknik penyusuan susu ibu (now dah pandai dah! ramai kgkawan Shaklee aku pro-pro belaka!)
So anak aku pon dalam usia seminggu dah terpaksa merasa susu formula. Jangan cakap berapa banyak kali aku terpaksa tukar susu sampai hari ke 8 aku berpantang, aku dan suami keluar ke Mydin sendiri untuk cari susu yang sesuai. Dari mahal sampailah yang paling murah, anak aku yayak tetap keras. Oh Allah, kalau diingat balik boleh menangis bila bayangkan muka anak yang masih bayi, bertarung dengan sembelit! Aku yang tua ni pon tak tahan sembelit lagi lah baby!
Hari ke 20 berpantang, ada lagi dugaan aku.
BUASIR.
Hmmmmmm, sakit buasir lebih hebat dari sakit jahitan beranak ya!
So, aku taknak lagi rasakan nikmat buasir yang tersangatlahhhhh hebat kesakitannya!
SEKARANG
Ok aku cite pepanjang ni bukan apa, aku just nak compare pengalaman aku sebelum consume produk kesihatan which is Shaklee la produk pertama yang aku cuba.
Thanks to mummy (leader Shaklee) aku yang rajin post kat FB dia pasal Shaklee.So aku tahu apa itu Shaklee dari FB dia. Aku risik-risik tanya dia pasal suplemen untuk kurus dan hilangkan sakit badan sbb aku ni memang 100% gunakan tubuh badan aku tanpa rehat yang cukup.
Masa tu, aku start beli Ostematrix, alfalfa dan lecithin.
Alhamdulillah!!!
Aku rasa kesan yang positif seawal sebulan pengambilan suplemen Shaklee ni lelagi penangan Ostematrix (feveret sbb aku tak minum susu!)
Paling aku suka, jerawat kat muka aku makin berkurang dan badan aku mula maintain tak bertambah gemuk.
Aku amalkan apa yang mummy aku pesan, kena minum air masak banyak-banyak!
hehehe memula nak muntah juga lelama biasa dah!
Yang buat aku join Shaklee ni lepas aku dah consume 3 produk tu, aku tgk mummy aku post pasal keahlian Shaklee dengan belian sewaktu promosi. Masa tu tak silap aku promosi Omegaguard. So aku pon join jadi ahli, dan dpt omegaguard dengan harga paling rendah dan mampu beli!
Allah, lepas makan Omega aku jadi semakin bertenaga dan sejak itu lah aku suka promote Shaklee kat family. Bila dah promote gitu, orang tgk kita pon makin cantik so apa lagi aku pon start lah bisnes ni sampailah sekarang!
LATEST
Bagi yang tak tahu (ramai je tak tahu)
aku skrg mengandung anak kedua.
Aku tak pernah stop amalkan Omegaguard, Vitamin C, Ostematrix dan Vitalea iron formula.
Alhamdulillah, sejak 2 menjak ni air susu aku dah mula keluar balik & aku dah rajin nak pump start dari skrg sbb aku baca blog master beeha dia kata sebulan sebelom deliver baby kt dah boleh pump susu kt supaya first day beranak susu akan keluar dengan senang dan anak dapat menyusu dengan kenyang!
Misi aku kali ni, nak susukan anak aku sampai dia 2 tahun!
Paling best, aku takde masalah sembelit masa pregnant, aku takde masalah buasir, aku tak bertambah gemuk dan aku paling happy skali sebab aku rasa lebih baik dan cantik dari sebelum ini.
hahahaha...
Sekian, cerita aku malam ni.
So, makanlah suplemen atleast sejenis.
Baru korang tahu perbezaannya.
-sasa is feeling better!

3 comments:

  1. Terbaik Sasa!
    Aku igt lagi bila ko nak join Shaklee, aku macam tertanya, eh betol ke ni? hehe.
    Ostematrix vitamin yang pertama ko order then Alfalfa & Lecithin.
    Terbaik kan?

    Keep it up Sasa. Semoga kita berjaya dunia dan akhirat:)

    ReplyDelete
  2. Ini betul dari hati! Suka baca nukilan sasa tau! :)

    ReplyDelete