December 01, 2014

Akak sayang, sebab tu akak ambil berat...

Dalam dilema.
Jadi anak sulung tidak mudah.
Lebih-lebih lagi ada adik-adik, yang dah buat haluan sendiri or dah pandai buat keputusan dan hala tuju sendiri tanpa fikirkan adakah keputusan yang dibuat itu betul atau tidak. Jadi, apa sahaja yang kita sebagai anak sulung usulkan atau nasihat kebanyakannya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Yela, konon adik-adik sudah besar.
Dalam dilema.
Kesian ibu. Semua masalah ibu perlu tanggung. Dari hal adik-adik lelaki yang sekelumit kuman sampai sebesar-besar dosa, semua ibu perlu tanggung.
Adik-adik, hanya merungut dan salahkan ibu sekiranya ibu tidak mahu menolong atau mengambil tahu. Pernah fikirkah kalian tentang apa yang kalian buat?
Anak sulung? Cuba untuk menasihati, cuba untuk mencari penyelesaian tapi....
SERING DISALAH ANGGAP.
Dalam dilema.
Seringkali juga ibu mengadu dan minta pendapat serta jalan yang terbaik untuk adik-adik.
KESIAN IBU.
Adik-adik seperti tidak faham, dan rasa bebelan serta kemarahan ibu adalah beban dan tekanan.
Sebagai anak sulung, meminjamkan telinga dan membantu dari segi wang bulanan semestinya tidak cukup. Raut muka ibu, jelas masalahnya yang memang sarat dihati...
Dalam dilema.
Akak juga ada keluarga. Lebih-lebih lagi akak adalah anak perempuan dan akak ada suami dik. Tak semua benda akak boleh bantu, dan tak semua benda akak boleh hadapi. Masalah yang adik-adik bawa kepada ibu sangat besar, jadi ianya juga masalah akak. Tapi, kekangan masa dan jarak buat akak tak boleh nak bantu untuk semua masalah ibu.
Dalam dilema.
Tidak juga salahkan adik-adik.
Mungkin kerana faktor keluarga kita yang tidak sempurna dan tidak berapa kaya, tapi....
TIDAK PERNAH AKAK LIHAT KEHENDAK ADIK-ADIK TIDAK DIPEROLEH.
TIDAK PERNAH AKAK MEMBESAR DENGAN TIDAK MEMBAWA NOMBOR SATU BALIK KE RUMAH!
Jadi, apa yang adik-adikku berasa sungguh tertekan?
Kenapa akak lihat adik-adik selalu membuat ibu menangis?
Kenapa melawan cakap ibu?
Kenapa ibu selalu sedih?
Kenapa? Akak juga melalui saat dan ketikanya menjadi kanak-kanak dan remaja seperti kalian.
Akak juga berasa tekanan. Tapi, tidak pula aku jadikan alasan untuk minta ibu tanggung semua masalah akak.
Kenapa kalian pula sampai hati buat ibu sedih?
Sebagai kakak, akak berharap adik-adik lelaki ku dapatlah kiranya membantu ibu, dan buat ibu rasa bahagia.
Adik, ibu kita hanya yang nak terbaik untuk kita dik. Sebab tu dia marah, sebab tu dia membebel. Jangan kerana sebab adik dah abis sekolah, dah besar dan dah ada haluan hidup sendiri, adik ketepikan nasihat ibu.
Jangan dik.
Jangan sesekali sebut 'Ah' pun didepan ibu.
Apatah lagi buat ibu menangis.
Akak juga tidak sesempurna kakak yang lain, kadang akak tahu akk memang bersuara lantang dan keras percakapan bila marahkan adik.
Tapi, sebab akak sayang.
Ada adik yang lain, sampai sanggup buang akak disebabkan akak cuba menasihati...
Sampai sanggup ingin membunuh akak sendiri...
Adik-adik,
Akak bukan minta kalian taburkan ibu dengan wang ringgit, bukan akak minta kalian belikan ibu rantai emas, tapi akak minta kalian FAHAMILAH IBU KITA, KESIANKANLAH IBU KITA, HORMATILAH IBU KITA, selagi ibu masih ada...
Selamatkanlah ibu ku Ya Allah.
Kau berikanlah dia kekuatan yang tiada batasan Ya Allah.
-i love my family

No comments:

Post a Comment