December 19, 2014

Pentingnya air yang bersih! Berulang alik dari KL-JB membawa water pitcher Shaklee!

Salam Jumaat.
Arini kerja santai-santai je sebab hari ini hari Jumaat. Hari Jumaat biasanya tak banyak call so mata cam ngantuk je.So lunch 2 jam lebih arini boleh pegi singgah Sogo jap.hehe...xde nak membeli apa pon, just nak g makan n window shopping. Malas lah duduk ofis ni lelama, terasa panas je punggung kakak kawasan! Lelagi banyak sangat cas negatif kat sini, better hirup udara sale kat Sogo tuh! hahaha...
Dah mc dari dari Isnin sampai Rabu aritu (and baru sampai kl ari rabu malam), dan semalam aku baru start kerja balik, arini seperti biasa lepas waktu bekerja aku akan balik kulai balik semula sebagai rutin mingguan! Dari xde buat apa kat bilik sewa aku yang maha mahal dan panas itu, baik aku balik jb dan jaga anak aku.
MENGANGKUTLAH!!!
Dengan bawak perut, sambil bawak beg sandang yang sangat setia naik tren dari ofis sampailah ke TBS aku takkan lupa nak bawak sekali jag air hebat yang disayangi kulur kilir!
Husband aku selalu pesan, jangan nak bawak banyak barang nanti sakit badan. Tapi aku ni degil. Ditambah lak ngan naluri keperempuanan aku yang memang menggelabah kalau tertinggal satu barang pon (terutamanya pengetip ketiak) so aku kalau boleh satu bilik nak bawak ulang alik ke rumah kulai!
PENTING
Jag air ni memang sangatlah penting untuk aku. Aku ni mmg susah nak minum air yang dimasak dalam cerek, or air yang dijerang semula (kecuali kena minum air panas la) sebab aku dah terbiasa minum air mineral mahal dan bertapis. Aku tak suka kalau time aku minum air cerek tu, nanti terbau air yang tak sedap dan rasanya pon payau. Dan paling aku terasa sekarang, air mineral dah jadi semakin mahal!!! Lebih-lebih lagi, nak kena pegi kedai dan mengangkut berbotol-botol air mineral... Lagi aku tak larat!
Aku rela bawak jag air hikmat ni sebab dia tak berat pun, dan paling best sebab air yang ditapis dari jag ni lebih sedap dan sejuk jeeeee!!! INI BETUL OK, SEBAB TU AKU SANGGUP BAWAK SANA SINI!
Aku ni pemalas nak masak air, lagipun kat rumah aku tu cuma ada pemanas air dan kalau nak tunggu air tu sejuk punyalah lama! Anak aku boleh menangis-nangis menunggukan aku nak buat susu dia. So ada jag ni memang banyak bantu aku dptkan air yang lebih bersih dan sihat!
JANGAN RISAU, TAK ROSAK PON!
Aku dah beli lama dah, so far ok dan tak rosak pon jag ni. Senang nak guna, plus tak payah nak guna elektrik. Aku dah pakai lama, tapi so far masih lagi cantik dan penapis tu aku xperlu tukar lagi sebab belum sampai waktunya. Kalau nak tukar pon, alahai senangnnya!!! Boleh tukar sendiri je.
-happy me, xpelah bawak kesana sini pon. Janji, aku sihat, anak sihat, suami sihat dan keluarga aku sihat!

2 comments:

  1. Gigih mak yong angkut sana-sini ye...tp mmg best pun water pitcher ni

    ReplyDelete
  2. bgsnyaaa..tp mmg best kan jug ni..ringan dan sgt mobile..boleh usung sana sini..and air nya pon sodappp..hehe

    ReplyDelete