Showing posts with label b complex. Show all posts
Showing posts with label b complex. Show all posts

January 23, 2015

SET HAMIL SHAKLEE UNTUK IBU HEBAT!



KEPENTINGAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL




ENERGIZING SOY PROTEIN

  • Membina dan memperbaharui sel-sel tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh
  • Penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.
  • Memberikan ibu tenaga terutamanya bagi mereka yang mengalami morning sickness/loya atau muntah yang agak teruk.
  • Memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
  • Membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu berjalan lancer.
  • Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

VITALEA IRON FORMULA

  • Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anak
  • Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS

  • Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7.5 biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minimum tubuh kita iaitu 500mg. Ia sangat unik kerana diperkaya dengan teknologi ‘Sustained release’, iaitu pelepasan khasiat vitamin C secara berterusan untuk kesan yang optimum serta tidak mempunyai pewarna dan pengawet tambahan.

OMEGAGUARD

  • Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. 
  •  Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
  • Membantu memecahkan lemak di dalam tubuh, serta membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

OSTEMATRIX

  • Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu
  • Kalsium penting untuk pembekuan darah dengan sempurna.
  • Membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung
  • Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

B-COMPLEX

  • Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid, Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.
  • Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.




January 20, 2015

SET IBU BERPANTANG DENGAN SHAKLEE : Moden akan tetapi hasil sebaik tradisional!



Untuk permulaan, aku tak sabar mahu berpantang!!!

YES, Aku sudah dalam mood nak tunggu melahirkan anak yang kedua je ni. Pejam celik, dah almost 33 weeks dah baby dalam perut aku ni. Rasa nervous dan seram sejuk bila fikirkan pengalaman berada dalam labour room…Oh labour room, tak dapat aku bayangkan kenikmatan yayak dan shishi secara baring!huhuhu…

Yang sedia maklum, masa aku beranak anak pertama dahulu aku mmg tak dikenalkan langsung dengan Shaklee. So start ambil suplemen Shaklee pun masa anak aku dah 6 bulan cmtu. Masa tu susu badan pun takde dan badan makin lama makin lembik je. Rasa mcm takde tenaga nak berulang-alik dan rasa semakin gemuk lepas beranak.
Alhamdulillah, lepas makan suplemen Shaklee je, banyak yang berubah sampai hebatnya Shaklee ni boleh buat aku terjebak dalam perniagaan yang mudah ni!

PENTINGNYA BERPANTANG SELEPAS MELAHIRKAN ANAK!

Ini sangat penting ok? Selepas melahirkan anak, memang kita perlu kembalikan tenaga seperti normal kembali. Tak kira lah kita melahirkan anak secara normal atau ceaser (pembedahan) kita mesti nak jaga badan kita. Yela, kita orang perempuan takkan nak ada satu anak je ye tak? Nanti mana tahu Allah bagi rezeki lebih, tahun depan korang nak beranak lagi dan lagi!hihi…so,sangat penting untuk berpantang dari segi menjaga pemakanan, berurut, memulihkan luka dengan cepat dan mengembalikan tenaga dan paling penting untuk mengelakkan stress selepas bersalin.

Apa yang Shaklee tawarkan?

Terdapat beberapa cadangan suplemen Shaklee yang boleh diambil sebagai makanan tambahan selepas bersalin. Masa berpantang, ada pelbagai jenis makanan yang korang tak boleh ambil sebab takut gatallah, mianglah, tak boleh nak minum air banyaklah sebab nanti mak kata luka lambat baik!So, kena follow lah apa orang tua cakap ye tak?
So, APA ALTERNATIFNYA? MAKAN SUPLEMEN SHAKLEE LAH! Ini lah yang aku selalu gembar-gemburkan ‘BERPANTANG CARA MODEN TAPI HASIL YANG SAMA SEPERTI TRADISIONAL!’

Sebenarnya, terpulang pada budget dan kehendak korang dalam pemilihan suplemen (Cuma jangan salah pilih dan pastikan dapat consultation yang betul dari pengedar sah Shaklee)
Biasanya aku akan suggest suplemen yang paling mampu milik serta mudah diambil.
Yang paling penting mestilah memenuhi semua khasiat yang diperlukan oleh ibu dan baik untuk anak sebab nanti ibu mesti nak susukan anak betul tak? So, ibu dapat khasiat anak pun turut sama mendapat vitamin yang diperlukan melalui susu ibu!

ANTARA SUPLEMEN CADANGAN MAMPU MILIK BAGI IBU BERPANTANG

Vitalea Iron Formula
- membekalkan keperluan vitamin dan mineral ibu yg tidak dapat semasa berpantang
- mengandungi zat besi utk membina semula sel darah merah yg hilang ketika proses bersalin

Sustained release Vita-C Plus
- penting utk penyembuhan luka dan pembinaan tisu koyak selepas bersalin
- Bagus utk imunisasi badan

Zinc complex
- membantu atasi masalah rambut gugur selepas bersalin
- membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran

B complex
- memberi tenaga ketika dalam berpantang
- Memelihara sistem saraf daripada stress dan tekanan



SUPLEMEN TAMBAHAN LAIN

ESP Shaklee
– Menambah susu ibu dan sebagai ejen untuk memberikan tenaga

LECITHIN
– Membakar lemak dalam badan disamping itu membantu pengeluaran susu ibu lebih-lebih lagi masalah susu ibu tersumbat.


December 02, 2014

BETUL-BETUL KE NI? : B-COMPLEX DAN AIR KENCING BEWARNA KUNING

KUNINGNYA???
Wah, mesti ramai yang terkejut bila korang consume B-Complex tetiba bila sishi je warna air kencing tu tersangatlah kuningnya!
JANGAN RISAU!
Ini terjadi kerana B-compleks merupakan vitamin larut air dengan kehadiran B2 (Riboflavindi mana molekulnya berwarna kuning.)
Pada peringkat awal pengambilan B-Complex, perubahan warna air kencing adalah perkara biasa dan akan kembali seperti biasa dengan syarat pengambilan air masak yang mencukupi. Jika air kencing bewarna kuning gelap, korang harus meningkatkan pengambilan air masak!
FAHAM KE TIDAK?
Jika air kencing bewarna kuning bermakna petanda badan anda kekurangan air.Sila ambil air masak secukupnya. Lebih banyak minum air, lebih positif kesannya!
-sasa sishi dah kaler normal!
 

 

BUKAN SEKADAR ASID FOLIC : KELEBIHAN B-COMPLEX SHAKLEE

Apakah Manfaat Utama Vitamin B Complex Shaklee ?
MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN -B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.  
MEMBANTU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN OTAK -B Complex Shaklee menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
KESIHATAN RAMBUT
-B Complex Shaklee memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. Ini sangat bagus bagi mereka yang ada masalah kekurangan rambut.  
KESIHATAN MATA
-B Complex Shaklee mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.
MENCEGAH ANEMIA
-B Complex Shaklee membantu pembentukan Sel Darah Merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.  
MENGATASI MASALAH SENGGUGUT
-B Complex Shaklee baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

 

November 28, 2014

MIGRAIN : BETUL-BETUL SAKIT KEPALA

"Aduh, sakit kepalaku!"
Hmmmmmm, itu adalah rungutan biasa kan? Sakit kepala adalah penyakit paling common kan melanda diri kita betul x tambahan pulak bila STRESS je mulalah sakit kepala!
APA ITU MIGRAIN?
Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain mungkin tidak mampu menjalankan tugas seharian, tidak boleh makan, minum dan hanya mampu berehat sahaja ketika sakit menyerang. Pesakit migrain sering mengadu sakit berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala. Jika kronik, migrain boleh menyebabkan rasa pening, muntah, cirit birit dan juga sensitif terhadap cahaya dan bunyi.
Apakah punca MIGRAIN?
Migrain berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi).
Punca utama berlakunya migrain ialah:
1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate(MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan migraine kerana ada di antara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.
2) Hormon
Bagi perempuan, turun naik hormon estrogen sebelum, semasa dan selepas haid boleh menyebabkan serangan migrain.
3) Cara hidup
Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migrain.
Bagaimanakah cara mengurangkan kesakitan migrain:
♤Mengawal pemakanan harian
♤Mengurangkan stress dengan bersenam
♤Mengamalkan cara hidup teratur
♤Berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine.
Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migrain.

♤Pengambilan ubat-ubatan seperti panadol ataupun ponstant hanya mampu mengurangkan kesakitan migrain untuk jangka masa pendek sahaja. Migraine akan kembali menyerang tanpa amalan gaya hidup yang sihat. Tambahan pula, ubat-ubatan penahan sakit mempunyai kandungan dadah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita untuk jangka masa panjang. Pengambilan ubat-ubatan dengan kandungan dadah yang berlarutan boleh menyebabkan masalah-masalah lain khususnya kepada wanita seperti kesukaran untk mendapatkan zuriat ataupun risiko memperolehi bayi yang tidak sihat/cacat.
Cadangan supplements Shaklee untuk atasi masakah migrain:
1) OSTEMATRIX
Terdiri dari kalsium,magnesium dan vitamin D.
Kalsium yang dapat meringankan stress, memperbaiki jantung berdebar, memperbaiki depresi, mood swing dan sakit kepala.
Magnesium dapat membantu sistem saraf, pengecutan otot dan saraf, menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap Migrain. Ostematrix juga bagus untuk membantu kita untuk tidur lebih lena.
2) B-COMPLEX
Mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain. Pengambilan vitamin ini juga dapat mengurangkan gejala stress, strok dan depressi.
Vitamin ini juga sangat terkenal dengan jolokan "painkiller"
-sasa takmo stress.hehe