January 20, 2015

SET IBU BERPANTANG DENGAN SHAKLEE : Moden akan tetapi hasil sebaik tradisional!



Untuk permulaan, aku tak sabar mahu berpantang!!!

YES, Aku sudah dalam mood nak tunggu melahirkan anak yang kedua je ni. Pejam celik, dah almost 33 weeks dah baby dalam perut aku ni. Rasa nervous dan seram sejuk bila fikirkan pengalaman berada dalam labour room…Oh labour room, tak dapat aku bayangkan kenikmatan yayak dan shishi secara baring!huhuhu…

Yang sedia maklum, masa aku beranak anak pertama dahulu aku mmg tak dikenalkan langsung dengan Shaklee. So start ambil suplemen Shaklee pun masa anak aku dah 6 bulan cmtu. Masa tu susu badan pun takde dan badan makin lama makin lembik je. Rasa mcm takde tenaga nak berulang-alik dan rasa semakin gemuk lepas beranak.
Alhamdulillah, lepas makan suplemen Shaklee je, banyak yang berubah sampai hebatnya Shaklee ni boleh buat aku terjebak dalam perniagaan yang mudah ni!

PENTINGNYA BERPANTANG SELEPAS MELAHIRKAN ANAK!

Ini sangat penting ok? Selepas melahirkan anak, memang kita perlu kembalikan tenaga seperti normal kembali. Tak kira lah kita melahirkan anak secara normal atau ceaser (pembedahan) kita mesti nak jaga badan kita. Yela, kita orang perempuan takkan nak ada satu anak je ye tak? Nanti mana tahu Allah bagi rezeki lebih, tahun depan korang nak beranak lagi dan lagi!hihi…so,sangat penting untuk berpantang dari segi menjaga pemakanan, berurut, memulihkan luka dengan cepat dan mengembalikan tenaga dan paling penting untuk mengelakkan stress selepas bersalin.

Apa yang Shaklee tawarkan?

Terdapat beberapa cadangan suplemen Shaklee yang boleh diambil sebagai makanan tambahan selepas bersalin. Masa berpantang, ada pelbagai jenis makanan yang korang tak boleh ambil sebab takut gatallah, mianglah, tak boleh nak minum air banyaklah sebab nanti mak kata luka lambat baik!So, kena follow lah apa orang tua cakap ye tak?
So, APA ALTERNATIFNYA? MAKAN SUPLEMEN SHAKLEE LAH! Ini lah yang aku selalu gembar-gemburkan ‘BERPANTANG CARA MODEN TAPI HASIL YANG SAMA SEPERTI TRADISIONAL!’

Sebenarnya, terpulang pada budget dan kehendak korang dalam pemilihan suplemen (Cuma jangan salah pilih dan pastikan dapat consultation yang betul dari pengedar sah Shaklee)
Biasanya aku akan suggest suplemen yang paling mampu milik serta mudah diambil.
Yang paling penting mestilah memenuhi semua khasiat yang diperlukan oleh ibu dan baik untuk anak sebab nanti ibu mesti nak susukan anak betul tak? So, ibu dapat khasiat anak pun turut sama mendapat vitamin yang diperlukan melalui susu ibu!

ANTARA SUPLEMEN CADANGAN MAMPU MILIK BAGI IBU BERPANTANG

Vitalea Iron Formula
- membekalkan keperluan vitamin dan mineral ibu yg tidak dapat semasa berpantang
- mengandungi zat besi utk membina semula sel darah merah yg hilang ketika proses bersalin

Sustained release Vita-C Plus
- penting utk penyembuhan luka dan pembinaan tisu koyak selepas bersalin
- Bagus utk imunisasi badan

Zinc complex
- membantu atasi masalah rambut gugur selepas bersalin
- membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran

B complex
- memberi tenaga ketika dalam berpantang
- Memelihara sistem saraf daripada stress dan tekanan



SUPLEMEN TAMBAHAN LAIN

ESP Shaklee
– Menambah susu ibu dan sebagai ejen untuk memberikan tenaga

LECITHIN
– Membakar lemak dalam badan disamping itu membantu pengeluaran susu ibu lebih-lebih lagi masalah susu ibu tersumbat.


No comments:

Post a Comment