January 07, 2015

Muhammad Mikhail : Ahli keluarga baru kami!

Assalamualaikum.
Selamat malam dan semoga ceria dan sihat hendaknya. Kepada mereka yang sedang menderita dan sengsara akibat bencana alam banjir yang berlaku baru-baru ni di negara kita, aku doakan kalian tabah dan kuat menghadapi dugaan dariNya. Korang tahu tak Allah sayangkan korang? Sbbtu Allah uji korang! Korang manusia hebat sebab boleh melalui bencana alam yang digambarkan sebagai malapetaka yang belum pernah terjadi lagi kat Malaysia ni...
Kalaulah aku yang melaluinya, ntahlahhhhh!
SENYAP SUNYI TANPA ENTRI TERBARU?
Maaflah, bukannya aku g luar negara pun.Cuma aku sibuk sedikit dengan pelbagai hal. Baru-baru ini (29/12/2014) keluarga kami menerima ahli keluarga baru. Adik aku enot selamat melahirkan bayi lelaki yang sangatlah comel dan diberi nama Muhammad Mikhail(maaf tak dpt letak pic walaupun hati meronta-ronta nak tunjuk kat korang betapa comelnya baby mika atas sebab menghormati ibu bapanya)
Enot cakap beranak sakit! Hahaha....
Kalau tak sakit bukan beranak namanya!
Dia bertarung nyawa lebih kurang 12 jam dalam labour room sebab darah dah keluar dulu dari air ketuban. Dan paling merisaukan yang enot ni ada masalah semput. Thats why lama betul kami tunggu dia keluarkan baby mika! Alhamdulillah, berjaya juga enot beranak secara normal dan merasa nikmat dan adventurenya erti menjadi seorang ibu!
Lepas enot dan baby mika balik ke rumah, sangat ramailah sedara mara dan rakan taulan yang datang nak melawat adik aku dan baby. Aku dan ibu? Berperang di dapurlah apa lagi! Segala macam jenis masakan kami hidangkan kepada tetamu. Marathon abissss!
So, aku sangatlah bz sampai nak tgk hp pon tak sempat. Tapi alhamdulillah, ada juga new customer yang percayakan aku dan tanya pasal Shaklee. Ada yang siap dah bankin duit lagi baru whatsapp aku nak beli barang! Murah rezeki aku bulan ni walaupun tak kerap buat sharing mcm yang kebiasaan aku buat di FB atau Instagram!( promosi bulan ni pon best nanti aku update kat entri selepas ni ok?)
Sebelum itu,
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG DATANG MELAWAT YA, DAH MACAM HARI RAYA RUMAH KAMI!
Seronok tau tetamu datang rumah ni, mcm ada je rezeki untuk kami sekeluarga!
So aku sangat bersyukur pada yang sudi datang ke rumah kami dan akan kami layan sebaiknya insyaallah!
*Nantikan update promosi Shaklee bulan Januari 2015 kakak kawasan yang hebat ok!

No comments:

Post a Comment