January 20, 2015

CERITA OF THE DAY - Sila berikan tempat duduk anda kepada mereka yang lebih memerlukan



BERSIHKAN HATI, MURNIKAN JIWA.
#sesamaseriussihat otak, hati dan berperasaanlah!

Sign popular yang bertaburan dicermin-cermin LRT dan bas;

“ SILA BERIKAN TEMPAT DUDUK ANDA KEPADA MEREKA YANG LEBIH MEMERLUKAN”

FIRST, siapalah aku untuk menegur!!!

Kepada pengguna pengangkutan awam (xkesahlah bas or tren) please be considerate…
Cerita yang aku nak sampaikan ni bukan nak memburukkan pengguna pengangkutan awam, tapi lebih kepada ingatan dan cadangan je. Nak terima atau tidak, terpulang. Aku juga pengguna tegar yang semestinya perlukan tren dan bas untuk ke mana-mana di area KL ni. Hari-hari pun aku gunakan perkhidmatan awam untuk ke tempat kerja. Dah naik tren, lepas tu naik bas pulak then barulah sampai ke ofis nun jauh di Jalan Ipoh, KL. Almaklumlah, aku tidak pandai memandu dan kereta pun dekat JB kan…Lagipun, duduk dekat KL ni aku rasa kalau takde kereta pun boleh hidup sebab bersepah-sepah bas dan kemudahan tren dan lrt yang panjang mcm ular. Hendak kemana-mana pon boleh!

Aku cerita ni bukanlah sebab aku rasa dianiaya ke apa (ya, korang mungkin rasa aku melepaskan perasaan sebab aku wanita mengandung), tapi hanya sebagai pemerhati gelagat manusia yang pelbagai dan macam-macam jenis manusia aku temui sepanjang masa aku menggunakan perkhidmatan awam ini.

PENGALAMAN SENDIRI SEBAGAI WANITA MENGANDUNG

Biasanya setiap pagi aku akan naik STAR LRT dari stesen Pandan Jaya, so biasalah sapa yang tahu waktu pagi adalah ‘peek hour’ di mana time tu ramailah manusia keluar nak pegi kerja. Tren akan bergerak dari Ampang dan biasanya sampai je kat stesen Pandan Jaya, gerabak tren memang akan ‘full’ dengan orang. Aku nak taknak memang akan naik je la walaupun aku tahu memang chances aku untuk dapat duduk adalah nipis.hahaha… Iye, kalau nak tunggu tren takde orang semata-mata nak duduk bagai alamatnya memang pukul 11 pagi lah baru sampai ofis.

Aku faham, ramai yang rasa perut aku ni buncit dari memikirkan bahawa aku ni mengandung so biasanya memang aku takkan pernah merasa dapat duduk diwaktu pagi dalam lrt tu. Hmmm, sebenarnya kalau nak diluah memang aku nak duduk sangat sbb tempoh perjalanan dari stesen Pandan Jaya ke Titiwangsa akan ambil masa lebih kurang 20-25 minit. Lama dan bersesak dengan orang memang buat aku tak selesa. Lebih-lebih lagi keadaan aku yang sarat dan tren yang kerap brek mengejut, AKU MEMANG NAK DUDUK DAN REHATKAN KAKI AKU. Wanita mengandung, anda mungkin faham perasaanku bukan? 

Ok tu takpelah, tapi aku nak cerita jugak gelagat orang ramai yang dapat duduk ni.Aku imun dah dengan manusia yang perasan ada perempuan mengandung kat depan dia, dan dia akan buat-buat tidur macam tak Nampak apa-apa? Hmmmm, pernah pulak ada satu hari tu aku dan 2 orang lagi kakak yang sama-sama mengandung berdiri berderet bersama tapi hampa sangat perasaan kami sebab tak dapat duduk. Aku sempat jelling kaki kakak sebelah aku yang mengandung itu. Allah, dah bengkak kaki dia. Tunggu masa nak beranak je tu. Tren pulak kalau tak brek mengejut setiap 2 minit memang tak sah!!!! Geram aku.Aku ni sampai terpaksa minta izin salah sorang manusia yang duduk itu untuk tolong beri kakak yang tadi itu duduk. Alahaiiiiiii….takkan benda ni pun tak Nampak kan?

PENGALAMAN LAIN

Time balik kerja, aku berdiri sebelah seorang wanita Myanmar rasanya sambil dia mengendong bayinya dalam kain batik. Kesian, berpeluh-peluh dan merah muka dia. Mungkin berjalan jauh sebelum dapat naik tren. Pun aku tgk takde siapa pun yang offer tempat duduk mereka kepada wanita itu. Aku pulak yang nak nangis time tu. Yang dapat duduk tu pula kebanyakannya masih lagi muda dan kuat. Kenapa? Korang kuat dan muda tapi butakah mata korang? Nak beli carotomax tak ngan aku? Hmmmmm….

Sebagai manusia biasa, aku pun faham keadaan korang. Sapa cepat dia dapat ye tak? Tapi, kita hidup bermasyarakat. Kita bukan hidup berseorang di dunia ni sampai kita kena pentingkan diri kita tanpa memikirkan atau melihat kesusahan orang lain. Yes, tak salah pentingkan diri sendiri tapi tgklah keadaan kan. Orang lain kadang memang perlukan belas kasihan korang. Ada juga yang cuba ingin berbuat baik tapi bagi aku ianya tidak kena. Contoh biasa yang aku alami, orang yang duduk tu memang akan cuba offer untuk berikan tempat duduk mereka. Tapi, kalau dia hanya tanya tanpa bangun untuk terus bagi tempat duduk dia kepada dia, korang rasa korang akan kata ‘YA, SAYA NAK DUDUK’
Semestinya korang akan cakap ‘eh, takpela saya ok je berdiri’ tapi dalam hati tu rasa macam alahaiiiii kenapalah aku tanak duduk. Hello, aku pun ada perikemanusiaan ok!

Dan orang itu pun terus tutup mata and tido seperti tiada apa berlaku…

So, aku percaya gerenti korang mmg tanak duduk kalau orang offer kita seperti acuh tak acuh je kan? Apalah salahnya kalau satu hari if kita dapat duduk tak kiralah dalam bas or tren, then kita ternampak orang tua ke, wanita mengandung ke, orang yang dukung anak ke, KITA TERUS BANGUN DAN PAKSA MEREKA DUDUK!

KAN SENANG!

Nak buat baik pun kita mesti fikirkan cara yang terbaik, betul tak?

Jangan ambil hati, ini Cuma luahan dari hati aku.Aku takdelah cakap setiap kali nak naik tren tu kena dapat duduk, tapi aku cuma nak highlight kepada mereka yang masih tak faham apa itu hidup bermasyarakat.

KADANG,AKU RASA WARGA ASING LEBIH SOPAN DAN FAHAM.
Hehehe….sekian

*pinjam pic dari google.  
 

1 comment:

  1. Dulu masa study memang pengangkutan wajib adalah train, selain menapak jalan kaki. Kalau dapat duduk tu memang rasa heaven sebab memang penat gilaaa. But then, selalu gak peratikan kot-kot ada yang lebih memerlukan. Kalau zaman naik bas yg ada penjual tiket dulu tu, memang selalu la dengar penjual tiket tu sound org2 lelaki suruh kasi org perempuan/ibu mengandung/org tua/budak kecik duduk... btw, sabar ye sa. istighfar banyak2..

    ReplyDelete