January 25, 2015

SOALAN LAZIM : Berapa lama baru boleh nampak kesan kurus?

Dah pukul 1am sekarang ni tapi mata tak mengantuk, walaupun penat. Teringat pulak arini ada 3-4 orang new customer yang whatsapp aku bertanyakan pasal set Shaklee untuk kurus. Bagi aku, aku lebih selesa gelar 'set kurangkan berat badan' dari 'set kurus' sbb kadang ada yg consume Shaklee ni memang dah sedia kurus cumanya nak kurangkan berat badan lagi untuk shape up badan jadi cantik. Ok tu xpela...Yang menjadi persoalannya sekarang...

SOALAN LAZIM YANG BIASA CUSTOMER TANYA

Aku kadang mcm lali dengan customer yang suka tny soalan cepu emas ni ;
"BERAPA LAMA NAK NAMPAK KESAN YA KALAU AMBIL SUPLEMEN YANG SIS CADANGKAN NI?"

Hmmmmm.....sis dah agak dik tu mesti soalan wajib korang nak tanya!

Eh jap, aku tak marah. Tapi aku dah boleh agak mesti akan ada yang tanya soalan gini. Standard la kan, kt ambil produk untuk kurus so kita mesti mengharapkan yang kt akan nampak kurus. Lagi power n best kalau kesannya boleh dilihat seawal seminggu ke, 2 minggu ke dah boleh turun berkilo-kilos. Tapi, suka aku nak ingatkan sebelum korang bertanya tu korang kaji dulu Shaklee ini adalah produk yang bagaimana! Janganlah tgk orang makan Shaklee jadi kurus, kita pun nak makan Shaklee la sebab mungkin akan jadi kurus jugak. Tapi end up bila tak kurus kita stop makan dan salahkan Shaklee sebab tak berjaya nak buat kita jadi kurus!

Berbalik pada soalan berapa lama boleh nampak kesan kurus tu, aku sendiri kadang tak boleh nak bagi korang jawapan yang tepat sebab aku juga bukanlah sangat kurus dan badan aku tak cantik mana pun. So kalau ikut fakta, aku akan advise korang MINUM AIR BANYAK-BANYAK sebab air masak adalah ejen penting yang membantu dlm proses detoxifikasi tubuh. Selain itu, aku akan minta orang bersenam sedikit, ambil makanan yang kurang berminyak dan berlemak, kurangkan ais dalam minuman dan lebihkan makan buah-buahan.

END UP? Xde yang reply whatsapp aku.
Senyap sepi.
Sunyi......

JAWAPAN BIASA SANGAT KAN YANG AKU BAGI TU?
Tapi, itulah hakikatnya ols!
Mana ada orang kalau nak kurus, makan sebiji pil kurus arini esok dah boleh kurus tanpa menjaga pemakanan?

Ada yang pulak tu siap bagitahu aku lagi yang dia tak suka minum air banyak, dan taknak bersenam. Dia nak suplemen yang boleh bagi dia kurus tanpa dia perlu minum air banyak dan dia tak perlu berdiet.
Jawapan aku?

TIADA.

HELLO!!! Kalau nak badan tu cantik, nak ada shape dan nak badan tu rasa ringan je memang lah kena minum air banyak, kena jaga makan, elakkan makan jajan dan exercise la sekali sekala! Tulah manusia sekarang, ramai benar yang semakin pemalas dan mengharapkan suplemen dan ubat kurus membantu mereka kurus tanpa perlu berdiet atau menjaga badan secara natural!

KAITANNYA ANTARA KURUS DAN SUPLEMEN SHAKLEE?

Shaklee mengeluarkan suplemen kesiatan ya dan bukan ubat. Ubat untuk merawat, manakala Suplemen adalah untuk mencegah. Janganlah salah faham kalau kami pengedar shaklee keluarkan set-set untuk kurus, korang pun set kat minda tu yang kalau makan suplemen kurus shaklee, mesti akan kurus!
Suplemen Shaklee menjanjikan kesan yang positif dengan pengambilan suplemen secara konsisten dan water intake yang mencukupi serta penjagaan pemakanan yang baik. Serius aku cakap, kalau korang konsisten memang korang akan nampak hasil yang positif pada badan korang sendiri. Paling ketara, suplemen Shaklee membantu korang menambah tenaga di mana badan jadi lebih sihat dan ringan!

Kadang, kita sendiri tak perasan perubahan yang kita alami. Aku juga consume suplemen Shaklee. Aku tak merungut even aku tak turun berpuluh kilo macam orang lain.Tapi yang pastinya perubahan yang aku alami adalah aku jadi lebih bertenaga dan badan rasa ringan je! Takde sakit badan sangat seperti sebelum aku consume produk Shaklee, dan perut aku juga tidak buncit! Yes, itu yang aku harapkan! Alhamdulillah, sampai aku pregnant anak kedua ni pun berat badan aku tidak naik mendadak, hb reading cantik dan urine reading pon ok. Bagi aku, kesihatan aku amat penting dari aku kurus tapi sakit memanjang!

Aku kadang tak faham kenapa yang korang nak kurus sangat?

-Berisiisbetter

January 23, 2015

SET HAMIL SHAKLEE UNTUK IBU HEBAT!



KEPENTINGAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL




ENERGIZING SOY PROTEIN

  • Membina dan memperbaharui sel-sel tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh
  • Penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.
  • Memberikan ibu tenaga terutamanya bagi mereka yang mengalami morning sickness/loya atau muntah yang agak teruk.
  • Memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
  • Membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu berjalan lancer.
  • Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

VITALEA IRON FORMULA

  • Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anak
  • Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS

  • Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7.5 biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minimum tubuh kita iaitu 500mg. Ia sangat unik kerana diperkaya dengan teknologi ‘Sustained release’, iaitu pelepasan khasiat vitamin C secara berterusan untuk kesan yang optimum serta tidak mempunyai pewarna dan pengawet tambahan.

OMEGAGUARD

  • Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. 
  •  Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
  • Membantu memecahkan lemak di dalam tubuh, serta membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

OSTEMATRIX

  • Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu
  • Kalsium penting untuk pembekuan darah dengan sempurna.
  • Membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung
  • Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

B-COMPLEX

  • Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid, Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.
  • Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.




January 22, 2015

BANYAK GARISAN HODOH DISEKITAR TUBUH BADAN? - Set Selulit Shaklee



APA ITU SELULIT/STRETCH MARKS?

Selulit adalah gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit. Sel-sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit dan menyebabkan tekstur kulit anda menjadi seperti menggerutu. Selulit biasanya berlaku pada usia antara 25 hingga 35 tahun dan ia akan menjadi lebih banyak apabila umur semakin meningkat.

Selulit boleh dikurangkan dengan pemakanan yang sihat dan aktiviti bersenam. Lazimnya, golongan wanita lebih ramai yang mengalami masalah sesulit berbanding lelaki. Ini kerana sel lemak pada kulit lelaki agak jauh daripada lapisan atas kulit.




APAKAH FAKTOR PENYEBAB SELULIT

  • ·         Faktor hormon

Terjadinya perubahan hormon seperti estrogen yang merupakan salah satu penyebab timbulnya selulit. Terbentuk selulit ketika berlaku perubahan hormon pada wanita dalam masa akil baligh, hamil, dan menopaus. Hal-hal lain yang menyebabkan perubahan hormon seperti mengambil pil kb juga boleh menyebabkan selulit.

  • ·         Faktor genetik
  • ·         Diet yang tidak sihat
  • ·         Gaya Hidup

Gaya hidup dan stress yang tinggi akan menyebabkan peningkatan dalam tahap catecholamines, yang juga telah dikaitkan dengan evolusi selulit.
  • Faktor fizikal
Terjadi apabila adanya perubahan pada lapisan lemak di bawah kulit. Olahraga dan diet sihat tidak selalu berhasil untuk menghilangkan selulit, hidup tidak sihat dan kurang sumber nutrisi boleh memburukkan lagi keadaan selulit.

  • Sering duduk

Ia juga boleh menimbulkan selulit apabila kita duduk dalam posisi yang salah, kurang bergerak sehingga sendi - sendi dari tulang tubuh menjadi kaku contohnya apabila terlalu lama duduk didepan komputer

  • Faktor penyakit
Obesiti & Diabetis
Sering mengambil makanan manis, masin dan alkohol.


SUPLEMEN SHAKLEE YANG MEMBANTU UNTUK MENGHILANGKAN SELULIT





January 21, 2015

60 tips untuk hidup luar biasa hebat dari Robin Sharma

Sesama serius tambah ilmu jom!

Tadi petang time dalam tren dok scrolldown newsfeed fb, ternampak lah ada orang share pasal tips untuk hidup jadi luar biasa hebat!

Menarik sangat dan serius memang betul apa yang diperkatakan oleh Robin Sharma nih!

Enjoice!

January 20, 2015

CERITA OF THE DAY - Sila berikan tempat duduk anda kepada mereka yang lebih memerlukan



BERSIHKAN HATI, MURNIKAN JIWA.
#sesamaseriussihat otak, hati dan berperasaanlah!

Sign popular yang bertaburan dicermin-cermin LRT dan bas;

“ SILA BERIKAN TEMPAT DUDUK ANDA KEPADA MEREKA YANG LEBIH MEMERLUKAN”

FIRST, siapalah aku untuk menegur!!!

Kepada pengguna pengangkutan awam (xkesahlah bas or tren) please be considerate…
Cerita yang aku nak sampaikan ni bukan nak memburukkan pengguna pengangkutan awam, tapi lebih kepada ingatan dan cadangan je. Nak terima atau tidak, terpulang. Aku juga pengguna tegar yang semestinya perlukan tren dan bas untuk ke mana-mana di area KL ni. Hari-hari pun aku gunakan perkhidmatan awam untuk ke tempat kerja. Dah naik tren, lepas tu naik bas pulak then barulah sampai ke ofis nun jauh di Jalan Ipoh, KL. Almaklumlah, aku tidak pandai memandu dan kereta pun dekat JB kan…Lagipun, duduk dekat KL ni aku rasa kalau takde kereta pun boleh hidup sebab bersepah-sepah bas dan kemudahan tren dan lrt yang panjang mcm ular. Hendak kemana-mana pon boleh!

Aku cerita ni bukanlah sebab aku rasa dianiaya ke apa (ya, korang mungkin rasa aku melepaskan perasaan sebab aku wanita mengandung), tapi hanya sebagai pemerhati gelagat manusia yang pelbagai dan macam-macam jenis manusia aku temui sepanjang masa aku menggunakan perkhidmatan awam ini.

PENGALAMAN SENDIRI SEBAGAI WANITA MENGANDUNG

Biasanya setiap pagi aku akan naik STAR LRT dari stesen Pandan Jaya, so biasalah sapa yang tahu waktu pagi adalah ‘peek hour’ di mana time tu ramailah manusia keluar nak pegi kerja. Tren akan bergerak dari Ampang dan biasanya sampai je kat stesen Pandan Jaya, gerabak tren memang akan ‘full’ dengan orang. Aku nak taknak memang akan naik je la walaupun aku tahu memang chances aku untuk dapat duduk adalah nipis.hahaha… Iye, kalau nak tunggu tren takde orang semata-mata nak duduk bagai alamatnya memang pukul 11 pagi lah baru sampai ofis.

Aku faham, ramai yang rasa perut aku ni buncit dari memikirkan bahawa aku ni mengandung so biasanya memang aku takkan pernah merasa dapat duduk diwaktu pagi dalam lrt tu. Hmmm, sebenarnya kalau nak diluah memang aku nak duduk sangat sbb tempoh perjalanan dari stesen Pandan Jaya ke Titiwangsa akan ambil masa lebih kurang 20-25 minit. Lama dan bersesak dengan orang memang buat aku tak selesa. Lebih-lebih lagi keadaan aku yang sarat dan tren yang kerap brek mengejut, AKU MEMANG NAK DUDUK DAN REHATKAN KAKI AKU. Wanita mengandung, anda mungkin faham perasaanku bukan? 

Ok tu takpelah, tapi aku nak cerita jugak gelagat orang ramai yang dapat duduk ni.Aku imun dah dengan manusia yang perasan ada perempuan mengandung kat depan dia, dan dia akan buat-buat tidur macam tak Nampak apa-apa? Hmmmm, pernah pulak ada satu hari tu aku dan 2 orang lagi kakak yang sama-sama mengandung berdiri berderet bersama tapi hampa sangat perasaan kami sebab tak dapat duduk. Aku sempat jelling kaki kakak sebelah aku yang mengandung itu. Allah, dah bengkak kaki dia. Tunggu masa nak beranak je tu. Tren pulak kalau tak brek mengejut setiap 2 minit memang tak sah!!!! Geram aku.Aku ni sampai terpaksa minta izin salah sorang manusia yang duduk itu untuk tolong beri kakak yang tadi itu duduk. Alahaiiiiiii….takkan benda ni pun tak Nampak kan?

PENGALAMAN LAIN

Time balik kerja, aku berdiri sebelah seorang wanita Myanmar rasanya sambil dia mengendong bayinya dalam kain batik. Kesian, berpeluh-peluh dan merah muka dia. Mungkin berjalan jauh sebelum dapat naik tren. Pun aku tgk takde siapa pun yang offer tempat duduk mereka kepada wanita itu. Aku pulak yang nak nangis time tu. Yang dapat duduk tu pula kebanyakannya masih lagi muda dan kuat. Kenapa? Korang kuat dan muda tapi butakah mata korang? Nak beli carotomax tak ngan aku? Hmmmmm….

Sebagai manusia biasa, aku pun faham keadaan korang. Sapa cepat dia dapat ye tak? Tapi, kita hidup bermasyarakat. Kita bukan hidup berseorang di dunia ni sampai kita kena pentingkan diri kita tanpa memikirkan atau melihat kesusahan orang lain. Yes, tak salah pentingkan diri sendiri tapi tgklah keadaan kan. Orang lain kadang memang perlukan belas kasihan korang. Ada juga yang cuba ingin berbuat baik tapi bagi aku ianya tidak kena. Contoh biasa yang aku alami, orang yang duduk tu memang akan cuba offer untuk berikan tempat duduk mereka. Tapi, kalau dia hanya tanya tanpa bangun untuk terus bagi tempat duduk dia kepada dia, korang rasa korang akan kata ‘YA, SAYA NAK DUDUK’
Semestinya korang akan cakap ‘eh, takpela saya ok je berdiri’ tapi dalam hati tu rasa macam alahaiiiii kenapalah aku tanak duduk. Hello, aku pun ada perikemanusiaan ok!

Dan orang itu pun terus tutup mata and tido seperti tiada apa berlaku…

So, aku percaya gerenti korang mmg tanak duduk kalau orang offer kita seperti acuh tak acuh je kan? Apalah salahnya kalau satu hari if kita dapat duduk tak kiralah dalam bas or tren, then kita ternampak orang tua ke, wanita mengandung ke, orang yang dukung anak ke, KITA TERUS BANGUN DAN PAKSA MEREKA DUDUK!

KAN SENANG!

Nak buat baik pun kita mesti fikirkan cara yang terbaik, betul tak?

Jangan ambil hati, ini Cuma luahan dari hati aku.Aku takdelah cakap setiap kali nak naik tren tu kena dapat duduk, tapi aku cuma nak highlight kepada mereka yang masih tak faham apa itu hidup bermasyarakat.

KADANG,AKU RASA WARGA ASING LEBIH SOPAN DAN FAHAM.
Hehehe….sekian

*pinjam pic dari google.