Showing posts with label Set gastrik. Show all posts
Showing posts with label Set gastrik. Show all posts

December 10, 2014

SET GASTRIK SHAKLEE : Selesakan perut, cegah gastrik!

Permulaannya, I HATE NIKMAT SAKIT PERUT!!!

APA ITU GASTRIK?

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

PUNCA LAIN PENYEBAB GASTRIK

Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen

  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:


1. Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.

2. Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

*Sumber dari google

BAGAIMANA SUPLEMEN SHAKLEE BOLEH MEMBANTU MENCEGAH DAN MENGAWAL MASALAH GASTRIK?

Suplemen cadangan yang elok untuk diamalkan sekiranya kita mengalami masalah gastrik adalah;



ESP SHAKLEE : Protein yang membina sel baru menggantikan sel yang telah rosak dan terhakis oleh asi hidroklorik



OSTEMATRIX : Bersifat alkali, yang membantu meneutralkan asid



PEPPERMINT GINGER PLUS : Bantu melegakan ketidakselesaan perut.


November 26, 2014

SIHATKAN PERUT ANDA DARI MASALAH GASTRIK!

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia!
Selamat hari rabu.
Selamatkan diri dari masalah gastrik!
-Kerap sakit perut tak?
-Rasa banyak angin dalam badan?
-Tak boleh lambat makan langsung, kalau lambat makan je mesti perut buat hal?
-Perut rasa sebu je?
Hmmmm...sesuatu sgt lah tu ngan perut korang!
Jangan biarkan diri korang itu seperti ikan buntal yang tercungap-cungap menahan kesakitan!
SIMPTOM GASTRIK
 * Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan. 
 * Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut. 
 * Terasa loya. 
 * Berat badan turun. 
 * Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam. 
 * Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah). 
 * Kerap sendawa. 
CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE BOLEH MEMBANTU DALAM MELEGAKAN MASALAH GASTRIK ANDA.
●Peppermint Ginger Plus - berfungsi untuk membuang angin dari badan dan mengandungi herba asli pudina, jintan hitam, jintan manis untuk melegakan perut.
●Energizing Soy Protein (ESP) Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan.
"Sihatkan perut, legakan angin dibadan, dan Cantikkan diri!"
-Sasa berperut cantik!