February 11, 2015

#ceritaoftheday - ANAK IBU YANG INDEPENDENT

Korang pernah rasa berjauhan dari anak tak?
Wahai hati ibu, aku tahu even surirumah atau ibu yg hanya bekerja dari rumah akan cepat sahaja merasa rindu pada anaknya walaupun anak itu sedang tidur! Kadang, baru seminit tak tatap wajah anak pun kita dah rasa rindu kan? sebab itu anak-anak tidak pernah lepas dari ciuman dan pelukan kita!

Bayangkan pula perasaan aku yang terpaksa meninggalkan anak di Johor dan dijaga oleh pengasuh atas sebab tuntutan kerjaku di KL! sebenarnya aku nak hadapi benda ni. Anak kan, sapa tak sayang anak. Ingat aku suka-suka nak tinggalkan pada orang ke? Kalau boleh nak sangat aku jaga anak dari tangan aku sendiri! Tapi apakan daya, aku duduk di KL ini juga terpaksa menyewa bilik yang kecil sahaja, takde kereta dan public transportation sahajalah keretaku, dan memang husband tak benarkan aku membawa Ratu ke KL sebab upah pengasuh di sini sahaja dah berapa mahal ditambah lagi kalau sakit pening anak sapa pulak nak hantar kami ke klinik! So, terpaksalah kami buat keputusan untuk hantar Ratu kepada kawan ibu aku yang memang pandai menjaga kanak-kanak. Husband aku kan bawak lori, kerja masuk Singapore so dia juga mcm aku, hanya jumpa anak pada sabtu dan ahad je.

Aku kadang risau sangat kalau anak aku buat perangai kat rumah orang (walaupun dia dari kecil memang jarang menangis dan sakit) tapi yelah aku tanak la orang cakap anak aku susah dijaga dan degil.
Alhamdulillah, sejak pengasuh Cik Wati yang menjaga Ratu, anak aku pandai menyesuaikan diri. Cik wati tak pernah kompelin apa-apa. Anak aku bersih di jaga, dan paling penting anak aku semakin bijak dan pandai bergaul dengan kawan-kawan lain!

AKU PULAK YANG SEDIH!
Yela, mana tak sedih. setiap kali aku nak antar anak aku balik semula ke rumah pengasuh (biasanya hari ahad petang la) dia seperti sudah faham yang aku akan kembali bekerja. Aku memang takkan lama-lama berada dalam rumah cik wati sebab aku takut Ratu akan start nangis. So, lepas angkat barang-barang dia je aku akan terus beri tgn aku untuk dia salam, kiss dia banyak- banyak dan lambai dia sampailah aku tak nampak muka dia lagi. Cik wati pula memang akan get ready dan tunggu Ratu sampai sebab aku memang suka mesej cik wati terlebih dahulu sebelum hantar sebab takut dia bz or ada kerja lain nak diuruskan.

Ekspresi muka ratu? Dia akan senyap je tapi matanya tak lepas dari tgk aku dengan muka yang sedih. Allah!!!!!!

Biasanya sebelum hantar aku memang akan pesan awal-awal pada dia yang aku nak pergi kerja;

'baby, ibu nak g keje tau. Nanti baby duduk ngan ibu wati ya. Jangan nakal-nakal dan jadi budak baik. Baby kan goodgirl ibu'

Dia akan angguk tapi mulutnya akan petah bercakap 'tayahhhhhh ibuuuu' (tak payah ibu)

Aku kena ulang-ulang cakap benda yang sama supaya dia faham dan tahu yang ibu dia bekerja untuk dia. 

Lama-lama dia boleh faham.
Aku tahu anak aku bijak.
Dia pun dah pandai bawak diri dia.

Aku tak sabar nak berhenti kerja di KL dan cari kerja di JB so aku boleh jaga anak aku sendiri. DOAKANLAH UNTUK KAMI SEKELUARGA YA!

*Latest pic. Gambar ni pun anak pengasuh yang hantar. hmmmmm sekejap je dah besar anak ibu...

#tbt masa ni dia baru lahir. Fresh from my belly!!!Rasa mcm baru semalam lahirkan anak cinta ibu ni...
I LOVE U, NUR IRIS RANIA

No comments:

Post a Comment