November 28, 2014

MIGRAIN : BETUL-BETUL SAKIT KEPALA

"Aduh, sakit kepalaku!"
Hmmmmmm, itu adalah rungutan biasa kan? Sakit kepala adalah penyakit paling common kan melanda diri kita betul x tambahan pulak bila STRESS je mulalah sakit kepala!
APA ITU MIGRAIN?
Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain mungkin tidak mampu menjalankan tugas seharian, tidak boleh makan, minum dan hanya mampu berehat sahaja ketika sakit menyerang. Pesakit migrain sering mengadu sakit berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala. Jika kronik, migrain boleh menyebabkan rasa pening, muntah, cirit birit dan juga sensitif terhadap cahaya dan bunyi.
Apakah punca MIGRAIN?
Migrain berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi).
Punca utama berlakunya migrain ialah:
1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate(MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan migraine kerana ada di antara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.
2) Hormon
Bagi perempuan, turun naik hormon estrogen sebelum, semasa dan selepas haid boleh menyebabkan serangan migrain.
3) Cara hidup
Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migrain.
Bagaimanakah cara mengurangkan kesakitan migrain:
♤Mengawal pemakanan harian
♤Mengurangkan stress dengan bersenam
♤Mengamalkan cara hidup teratur
♤Berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine.
Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migrain.

♤Pengambilan ubat-ubatan seperti panadol ataupun ponstant hanya mampu mengurangkan kesakitan migrain untuk jangka masa pendek sahaja. Migraine akan kembali menyerang tanpa amalan gaya hidup yang sihat. Tambahan pula, ubat-ubatan penahan sakit mempunyai kandungan dadah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita untuk jangka masa panjang. Pengambilan ubat-ubatan dengan kandungan dadah yang berlarutan boleh menyebabkan masalah-masalah lain khususnya kepada wanita seperti kesukaran untk mendapatkan zuriat ataupun risiko memperolehi bayi yang tidak sihat/cacat.
Cadangan supplements Shaklee untuk atasi masakah migrain:
1) OSTEMATRIX
Terdiri dari kalsium,magnesium dan vitamin D.
Kalsium yang dapat meringankan stress, memperbaiki jantung berdebar, memperbaiki depresi, mood swing dan sakit kepala.
Magnesium dapat membantu sistem saraf, pengecutan otot dan saraf, menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap Migrain. Ostematrix juga bagus untuk membantu kita untuk tidur lebih lena.
2) B-COMPLEX
Mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain. Pengambilan vitamin ini juga dapat mengurangkan gejala stress, strok dan depressi.
Vitamin ini juga sangat terkenal dengan jolokan "painkiller"
-sasa takmo stress.hehe
 

1 comment: