November 24, 2014

THE BEGINNING : KERJA SEBAGAI CALL CENTRE OFFICER

Assalamualaikum.
Selamat sejahtera.
Dan selamat bernovember dengan promosi Omegaguard Shaklee!hahaha nyempat!

Baru sempat arini aku nak update blog sebab isnin je biasalah kerja hakiki memang la bizi. Yang sedia maklum, aku kerja kat bahagian customer care. Specialnya pasal customer care ni sebab kena angkat call. Kerja angkat call, reti?
Care customer melalui telepon. So, ari isnin adalah hari paling banyak call! Huh!
Ingatkan arini permulaan cuti sekolah takdelah banyak call tapi apakan dayaaaaaaa....Semua belom gaji kot nak bawak anak g becuti!

So, ramai cuti arini (Biasanya muka aku je cuti senin haha...)
Ada yang block leave, ada yang cuti g check telinga sebab hampir pekak (yela kami kan kerja jawab call!) dan ada yang cuti sempena anak cuti sekolah (Nak bawak jalan g zoo kot?)hehehheeeee...
Ada jugak officemate aku yang mc sebab demam tak kebah since last week rabu kot. Sian ain, sampai naik merah satu badan. Panas dalam gaknya tu.

Btw, selamat bercuti kepada yang bercuti
dan yang mc please take a good rest ya!
We love u, and jgn risau kami di sini baik2 je! Nama pon kerja call centre kan so isu orang tgk kt tak byk kerja tu biasalah kan? Nampak mcm kt takde kerja je padahal kalaulah boleh aku suroh dorang duduk n angkat call kat dalam bilik ni mmg aku tepok kan tangan!
Wei, jangan pandang kami customer care takde keje! Mungkin korang nampak kami sedang buat kuku kat sini, or takpun nampak kami tgh tgk running man, takpon kami nampak cm tidur dalam iman!

Tapi......!
Korang tak tahu yang kami tak boleh begerak ke mana-mana.
Kami tak boleh sesuka hati pegi toilet mcm korang (pegi toilet pon kira berapa kali ok!)
Kami tak boleh jauhkan earphone ni dari telinga kami!
Kami sambil minum air pon boleh angkat call customer.
Kami xboleh rehat lelama mcm korang sbb dipantau sehabisnya.

Ala....kalau list pon tak guna gak. Tetap orang yang tak duduk dan kerja seperti kami ni rasa kami xde kerja.

Xde orang kesahpon.
huh! Sedih!
Ok xpe.Ni baru permulaan tok kesah realiti si kakak kawasan.Kerja hakiki dia.Kerja part time dia.Dan semestinya tiada rehat langsung!

Ok bai nanti kt sambung lagi! Aku nak makan kepsi!

No comments:

Post a Comment