November 21, 2014

Cerita pasal cas negatif dan positif dihari jumaat!

Salam jumaat.
Hari yang baik.
Penghulu segala hari.
Nak buat apa pon, kalau buat hari jumaat mesti dapat pahala extra...
Semoga semuanya semakin sihat dan diberkati Allah SWT!
Hari ni, pagi-pagi lagi aku dah dapat aura positif dan aura negatif.Dua-dua sekaligus dapat!
Macam biasa, rutin harian naik tren g keje dan berhimpit mcm biasa (xdpt duduk itu biasa la sebab tren sampai je stesen aku orang dari ampang mesti dah memenuhi keseluruhan gerabak.
So takpela kan xdpt duduk tu.
Sampai je stesen titiwangsa, rutin berjalan macam biasa ke jalan ipoh untuk naik bas lak.Tgh turun tangga nak ke jalan besar, dapat sikit aura positif.
Pagi2 ada booth papermate team bagi pen percuma!
Wah, boleh buat tulis2 point Shaklee kat buku hebat aku tuh! Nampak tak bergunanya even sebatang pen! Dan aku mmg pencinta pen! Pena pena pena slang jozan! hahahaa
Well, thanks!
Sampai je dekat bus stop, tunggu almost 5 min bas pon sampai.
Naik bas, ada kakak dpn aku tu gunakan touch n go tok byr tambang bas (ni cite pasal naik bas rapid kl tau).Kalau metro bas memang aku xkan naik langsung sebab aku dah gelarkan bas tu sebagai 'bas ketiak'!!! Mana taknya, dalam tu penuh ngan warga yang bukan warga Malaysia, yang rasanya mmg cuaca kat negara dorang sentiasa sejuk smp dah kebiasaan tak mandi kalau keluar rumah!cis!
Ok sambung cite pasal cas negatif.
Aku lak mcm biasalah awal-awal mmg dah sediakan RM1 duit kertas yg mmg berlambak dalam handbag (wanita bas la katakan!)
Nak dijadikan cite, kakak tu tgh touch je kad dia, aku tgk driver tgh pandang muka aku. So mcm biasa la aku pikir duit tu dia suro la masuk dalam box yang mmg sedia ada kat sebelah driver. Lepas kakak tu blah, aku pon minta la tiket aku kat driver bas tu (merangkap pakcik tua)
Tetiba dia tanya aku, " Eh, mana duitnya?"
Aku pon pelik la! Aku ingat dia pandang dan bg isyarat kat aku supaya aku masukkan duit tu dalam box tp rupanya dia nak aku tunjuk duit tu ke dia dulu!!!
Laaaaaa.... pertama kali aku naik bas, driver mintak penumpang tunjuk duit n bagi kat dia! So, apa guna box tu? Pakcik nak makan duit ke?
Adoiiii.....aku pon malas la nak pikir buruk tp aku defend diri aku dan bgtahu aku dah masukkan rm1 tu dalam box.Dia mati-mati cakap dia xnampak dan syak aku menipu dan tak bayar tambang bas!
Allah!
Sakit pulak ati aku.
Kalau lah ikutkan perangai dan panas baran aku ni, nak je aku kompangkan pakcik tu! Tapi aku malas nak gaduh sebab dia warga tua.Mungkin dah nak kena pakai cermin mata agaknya!
Aku maafkan pakcik tu, sambil aku keluarkan lagi rm1 dan tunjuk pada dia dan cakap
" Xpela pakcik, saya malas nak gaduh ngan pakcik pagi-pagi ni. Saya takkan naik bas kalau sy takde duit.Xpela pakcik, ni rm1 ni saya tunjuk kat pakcik.Saya dah bayar ya.Yang dalam box tu saya halalkan!"
Hmmmmm....Lepas tu aku terus duduk tpt yang kosong dan dengar lagu (aku time tu mmg pakai earphone) Malas nak dengo pakcik tu membebel apa.
Janji, dia ambil juga duit yang aku tunjuk tadi!
Pagi-pagi bikin spoil mood aku.
Nasib lah kondisi aku membataskan aku dari menjadi kurang ajar dengan orang tua even sebenarnya aku geram sangat.
Tapi xsalah la kan sekali sekala mengalah!
Aku kembali positif, dan sampai ofis terus reward diri dengan nasi lemak!
Hahaha...
But, tak lupa bilas ngan vitalea dan vitamin c!
-Sasa wanita public transport

No comments:

Post a Comment