December 05, 2014

Hakikat yang benar seorang Call Centre Officer

Salam Jumaat.
Hari ini, boleh zikir semudah Ya Allah ya!
Baca 1000 kali or more and more untuk dimudahkan segala urusan harian! InsyaAllah!

Kerja macam biasa. Yang masih tak tahu, aku adalah seorang pengangkat telefon dari customer (lebih mudah nya Pegawai Khidmat Pelanggan "Call centre Officer) untuk salah sebuah syarikat insurans di Malaysia ini!(malas la nak sebut syarikat apa kang kena warning letter pulak!)

So, rutin harian aku adalah terima call dari pelanggan yang nak check insurans polisi dorang dan ajen yang nak check polisi untuk customer dorang tak kiralah samada insurans hayat atau motor insurans. So, bahasa kena jaga, tutur kata kena lembut dan nak greet orang pon ada caranya.Bukan main hentam je angkat call "hello hello hello cik nak apa????"
Aku sebenarnya suka dengan kerja aku sekarang, cumanya kadang-kadang rasa nak muntah sikit sbb hari-hari boleh dikatakan aku jawab benda yang sama dengan masalah yang sama dan kadang-kadang dengan orang yang sama je call!

Realiti seorang Call Centre Officer (more to insurance la kot)

-kadang orang yang call, tak prepare langsung no polisi ke or lupa tujuan sebenar dia call. Bila ditanya, mulalah tergagap-gagap dan terhegeh-hegeh baru nak cari maklumat dan info dalam handbag! Yang ini betul-betul buat aku angin sebab nak kena menunggu lama untuk dorang check. Paling tak boleh blah, ada yang request suro kami pulak call mereka balik sebab kredit nak abis katanya..... hahaha adoiiii!!!

-Ada yang pulak, call dan terus mengamuk pasal masalah dorang n salahkan kami-kami yang terima call ni seperti kamilah pemunya syarikat ini! Apani????

-Ada pulak yang call dan rasa kami ni adalah pusat kaunseling dan tempat meluahkan perasaan. Bila kami cuba membantu, jawapannya adalah "saya bukan nak minta bantuan apa-apa, saya nak mengadu je dan awak dengar"
SO IT WAS LIKE, HAHHHH?

-Yang ni paling aku hangin, bila customer or ajen call mereka rasa merekalah yang paling pandai! Bila kami nak bercakap, dia pon sibuk nak bercakap! Bila kami terangkan, sibuk bagitau yang kami salah! Bila kami nak cakap lagi, dia lagi banyakkkkkkk cakap! Wah!!!!! SO , APA MOTIF U CALL KAMI HAH?

-Yang call dengan nada berlagak? Wah, sangat ramai! Seolah-olah mereka nak ingatkan yang kami ni sedang bercakap dengan dewa dewi dari gunung ledang. So mesti kena hormat mereka! (Apa kami tak hormat ke?)

-Yang call kata kami PENIPU pon ramai...
Hahaha orang cmnie sedih sgt!

Actually, aku bukan nak burukkan customer yang call kami. Ini hakikat.aku juga customer (biasa memang muka aku je call astro dan celcom)
Aku cuma nak bgtahu nature of work tentang apa yang kami buat. Sebab, ada yang rasa kami jawab call ni adalah benda yang mudah.Yang simple.Mereka yang tiada ditempat kami takkan tahu bagaimana dan apa yang kami lalui.

Memang...
Customer is always right.
Tapi, kita juga pernah menjadi customer kan? Kita memang nak mengamuk tp end up after kt cut the conversation, kt mestu akan rasa sedikit menyesal.Paling tidak pon kt mesti akan mengeluh, " tak pasal-pasal budak call centre tu kena jeritan harimau ngan aku padahal dia tak salah pun"

So, we behave la like a normal human being ok?

Aku tetap hormat semua customer dan ajen yang call, tetap team kami berikan yang terbaik dalam servis kami walaupun sebenarnya ada yang sampai menangis-nangis tak tahan dengan kerja ini.
Dan walaupun kami dimaki setiap hari, dimarahi setiap hari, walaupun mereka yang call itu yang sebenarnya meminta bantuan kami, kami akan tetap akhiri perbualan kami dengan ucapan,

" Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu? Jika tidak terima kasih kerana memanggil kami and have a nice day!"

-stress free dengan B-complex n ostematrix la sasa!

2 comments:

  1. kakak kawasan. bercampur2 perasaan aku baca. hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Sorry tapi akak tergelak baca part diorang suruh call centre call balik sebeb kredit diorang dah habis? HAHAHAHAHAHA!!!

    Okay sorry akak tergelak. Kihkihkih

    ReplyDelete