BERSIHKAN HATI, MURNIKAN JIWA.
#sesamaseriussihat otak, hati dan
berperasaanlah!
Sign
popular yang bertaburan dicermin-cermin LRT dan bas;
“ SILA BERIKAN TEMPAT DUDUK ANDA
KEPADA MEREKA YANG LEBIH MEMERLUKAN”
FIRST, siapalah aku untuk menegur!!!
Kepada pengguna
pengangkutan awam (xkesahlah bas or tren) please be considerate…
Cerita yang
aku nak sampaikan ni bukan nak memburukkan pengguna pengangkutan awam, tapi
lebih kepada ingatan dan cadangan je. Nak terima atau tidak, terpulang. Aku
juga pengguna tegar yang semestinya perlukan tren dan bas untuk ke mana-mana di
area KL ni. Hari-hari pun aku gunakan perkhidmatan awam untuk ke tempat kerja.
Dah naik tren, lepas tu naik bas pulak then barulah sampai ke ofis nun jauh di
Jalan Ipoh, KL. Almaklumlah, aku tidak pandai memandu dan kereta pun dekat JB
kan…Lagipun, duduk dekat KL ni aku rasa kalau takde kereta pun boleh hidup
sebab bersepah-sepah bas dan kemudahan tren dan lrt yang panjang mcm ular.
Hendak kemana-mana pon boleh!
Aku
cerita ni bukanlah sebab aku rasa dianiaya ke apa (ya, korang mungkin rasa aku melepaskan perasaan sebab aku wanita
mengandung), tapi hanya sebagai pemerhati gelagat manusia yang pelbagai dan
macam-macam jenis manusia aku temui sepanjang masa aku menggunakan perkhidmatan
awam ini.
PENGALAMAN SENDIRI SEBAGAI WANITA
MENGANDUNG
Biasanya
setiap pagi aku akan naik STAR LRT dari stesen Pandan Jaya, so biasalah sapa
yang tahu waktu pagi adalah ‘peek hour’ di mana time tu ramailah manusia keluar
nak pegi kerja. Tren akan bergerak dari Ampang dan biasanya sampai je kat
stesen Pandan Jaya, gerabak tren memang akan ‘full’ dengan orang. Aku nak
taknak memang akan naik je la walaupun aku tahu memang chances aku untuk dapat
duduk adalah nipis.hahaha… Iye, kalau nak tunggu tren takde orang semata-mata
nak duduk bagai alamatnya memang pukul 11 pagi lah baru sampai ofis.
Aku
faham, ramai yang rasa perut aku ni buncit dari memikirkan bahawa aku ni
mengandung so biasanya memang aku takkan pernah merasa dapat duduk diwaktu pagi
dalam lrt tu. Hmmm, sebenarnya kalau nak diluah memang aku nak duduk sangat sbb
tempoh perjalanan dari stesen Pandan Jaya ke Titiwangsa akan ambil masa lebih
kurang 20-25 minit. Lama dan bersesak dengan orang memang buat aku tak selesa.
Lebih-lebih lagi keadaan aku yang sarat dan tren yang kerap brek mengejut, AKU
MEMANG NAK DUDUK DAN REHATKAN KAKI AKU. Wanita mengandung, anda mungkin faham
perasaanku bukan?
Ok tu
takpelah, tapi aku nak cerita jugak gelagat orang ramai yang dapat duduk ni.Aku
imun dah dengan manusia yang perasan ada perempuan mengandung kat depan dia,
dan dia akan buat-buat tidur macam tak Nampak apa-apa? Hmmmm, pernah pulak ada
satu hari tu aku dan 2 orang lagi kakak yang sama-sama mengandung berdiri
berderet bersama tapi hampa sangat perasaan kami sebab tak dapat duduk. Aku
sempat jelling kaki kakak sebelah aku yang mengandung itu. Allah, dah bengkak
kaki dia. Tunggu masa nak beranak je tu. Tren pulak kalau tak brek mengejut
setiap 2 minit memang tak sah!!!! Geram aku.Aku ni sampai terpaksa minta izin
salah sorang manusia yang duduk itu untuk tolong beri kakak yang tadi itu
duduk. Alahaiiiiiii….takkan benda ni pun tak Nampak kan?
PENGALAMAN LAIN
Time
balik kerja, aku berdiri sebelah seorang wanita Myanmar rasanya sambil dia
mengendong bayinya dalam kain batik. Kesian, berpeluh-peluh dan merah muka dia.
Mungkin berjalan jauh sebelum dapat naik tren. Pun aku tgk takde siapa pun yang
offer tempat duduk mereka kepada wanita itu. Aku pulak yang nak nangis time tu.
Yang dapat duduk tu pula kebanyakannya masih lagi muda dan kuat. Kenapa? Korang
kuat dan muda tapi butakah mata korang? Nak beli carotomax tak ngan aku? Hmmmmm….
Sebagai
manusia biasa, aku pun faham keadaan korang. Sapa cepat dia dapat ye tak? Tapi,
kita hidup bermasyarakat. Kita bukan hidup berseorang di dunia ni sampai kita
kena pentingkan diri kita tanpa memikirkan atau melihat kesusahan orang lain.
Yes, tak salah pentingkan diri sendiri tapi tgklah keadaan kan. Orang lain
kadang memang perlukan belas kasihan korang. Ada juga yang cuba ingin berbuat
baik tapi bagi aku ianya tidak kena. Contoh biasa yang aku alami, orang yang
duduk tu memang akan cuba offer untuk berikan tempat duduk mereka. Tapi, kalau
dia hanya tanya tanpa bangun untuk terus bagi tempat duduk dia kepada dia,
korang rasa korang akan kata ‘YA, SAYA NAK DUDUK’
Semestinya
korang akan cakap ‘eh, takpela saya ok je berdiri’ tapi dalam hati tu rasa
macam alahaiiiii kenapalah aku tanak duduk. Hello, aku pun ada perikemanusiaan
ok!
Dan
orang itu pun terus tutup mata and tido seperti tiada apa berlaku…
So,
aku percaya gerenti korang mmg tanak duduk kalau orang offer kita seperti acuh
tak acuh je kan? Apalah salahnya kalau satu hari if kita dapat duduk tak
kiralah dalam bas or tren, then kita ternampak orang tua ke, wanita mengandung
ke, orang yang dukung anak ke, KITA TERUS BANGUN DAN PAKSA MEREKA DUDUK!
KAN
SENANG!
Nak
buat baik pun kita mesti fikirkan cara yang terbaik, betul tak?
Jangan
ambil hati, ini Cuma luahan dari hati aku.Aku takdelah cakap setiap kali nak
naik tren tu kena dapat duduk, tapi aku cuma nak highlight kepada mereka yang
masih tak faham apa itu hidup bermasyarakat.
KADANG,AKU
RASA WARGA ASING LEBIH SOPAN DAN FAHAM.
Hehehe….sekian
*pinjam pic dari google.
Dulu masa study memang pengangkutan wajib adalah train, selain menapak jalan kaki. Kalau dapat duduk tu memang rasa heaven sebab memang penat gilaaa. But then, selalu gak peratikan kot-kot ada yang lebih memerlukan. Kalau zaman naik bas yg ada penjual tiket dulu tu, memang selalu la dengar penjual tiket tu sound org2 lelaki suruh kasi org perempuan/ibu mengandung/org tua/budak kecik duduk... btw, sabar ye sa. istighfar banyak2..
ReplyDelete