November 29, 2014

BETUL-BETUL BERTOKSIN : KENAPA BADAN PERLU DETOX

Selamat hari sabtu.
Sabtu dan ahad adalah hari bercuti aku dan hari mencuci segala kerinduan dengan keluarga.
Bila dah dpt cuci sedikit kerinduan ini barulah aku rasa bertenaga semula.
Tu cuci rindu.
Macammana nak cuci anggota dalaman badan pulak?
Cuci anggota dalaman badan biasanya simple orang sebut DETOX.
Detox ni dulu aku pon tak tahu.
Ramai yang buat detox sebab mahu kurus dan mahu sihat.
Tapi, aku tetap tak faham.
Then, bila aku start buat Shaklee, baru aku tahu apa kebendenyaaaa detox tuh!
Hahaha....
Detox ni mcm kt bersihkan tubuh badan kita dari toksin berlebihan yang kita dapati dari makanan dan persekitaran.
Cara nak detox? Kena cari medium yan membantu untuk keluarkan toksin tu samada minum air masak dengan banyak atau?
TELAN SUPLEMEN LAH!
APA MAKSUD DETOX?
Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kitla dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.
Ada beberapa jenis suplemen Shaklee yang membantu korang untuk detox antaranya adalah:
●Vivix - Detox darah
●Alfalfa, Herblax & peppermint - Detox usus
●Dtx Complex - Detox hati
Detox penting bagi mereka yang nak kurus, yang mahu kulit cantik, yang mahu tambahkan tenaga setelah penat bekerja, dan mahu anggota tubuh badan kita rasa sihat!
Nak makan suplemen apa pon sebenarnya kena mulakan dengan detox.
Sebabtu kadang2, bila korang ambil suplemen tapi tak menunjukkan kesan positif adalah sebab korang tak detox, dan toksin terlampau banyak dalam badan dan tidak dikeluarkan terlebih dahulu!
So, lets detox first!

 

November 28, 2014

BETUL-BETUL TIDUR LENA : Jom telan Ostematrix!

WIN!
Suplemen pertama yang aku cuba.
Suplemen yang buat aku terbuka hati untuk berniaga selepas mencubanya!
Suplemen yang merubah hidup aku sampai aku merasa income tambahan setiap bulan.
SEMUANYA BERMULA DENGAN OSTEMATRIX!
Aku ni mmg liattttt sgt nak minum susu. Mungkin sebab tu tulang aku ni rasa nak patah je masa lepas beranakkan ratu.
Dengan keadaan aku yang terpaksa travel setiap minggu (kerja kat KL tapi anak and husband kat kulai, JB) buatkan aku perlu menggunakan 100% badan aku tanpa rehat yang secukupnya!
Selalu mc tu biasalah, dan rasa cam malas sgt nak pegi keje. Sampailah akhirnya aku ternampak iklan kawan aku (yang akhirnya jadi leader aku dlm bisnes ni) yang menjual Shaklee dan promote pasal penawar sakit badan!
Consume dan semakin bertenaga, aku teruskan pulak melebarkan legasi kawan aku dengan menjadi salah seorang pengedar sah!
-sasa sayang ostematrix!

 

MIGRAIN : BETUL-BETUL SAKIT KEPALA

"Aduh, sakit kepalaku!"
Hmmmmmm, itu adalah rungutan biasa kan? Sakit kepala adalah penyakit paling common kan melanda diri kita betul x tambahan pulak bila STRESS je mulalah sakit kepala!
APA ITU MIGRAIN?
Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain mungkin tidak mampu menjalankan tugas seharian, tidak boleh makan, minum dan hanya mampu berehat sahaja ketika sakit menyerang. Pesakit migrain sering mengadu sakit berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala. Jika kronik, migrain boleh menyebabkan rasa pening, muntah, cirit birit dan juga sensitif terhadap cahaya dan bunyi.
Apakah punca MIGRAIN?
Migrain berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi).
Punca utama berlakunya migrain ialah:
1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate(MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan migraine kerana ada di antara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.
2) Hormon
Bagi perempuan, turun naik hormon estrogen sebelum, semasa dan selepas haid boleh menyebabkan serangan migrain.
3) Cara hidup
Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migrain.
Bagaimanakah cara mengurangkan kesakitan migrain:
♤Mengawal pemakanan harian
♤Mengurangkan stress dengan bersenam
♤Mengamalkan cara hidup teratur
♤Berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine.
Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migrain.

♤Pengambilan ubat-ubatan seperti panadol ataupun ponstant hanya mampu mengurangkan kesakitan migrain untuk jangka masa pendek sahaja. Migraine akan kembali menyerang tanpa amalan gaya hidup yang sihat. Tambahan pula, ubat-ubatan penahan sakit mempunyai kandungan dadah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita untuk jangka masa panjang. Pengambilan ubat-ubatan dengan kandungan dadah yang berlarutan boleh menyebabkan masalah-masalah lain khususnya kepada wanita seperti kesukaran untk mendapatkan zuriat ataupun risiko memperolehi bayi yang tidak sihat/cacat.
Cadangan supplements Shaklee untuk atasi masakah migrain:
1) OSTEMATRIX
Terdiri dari kalsium,magnesium dan vitamin D.
Kalsium yang dapat meringankan stress, memperbaiki jantung berdebar, memperbaiki depresi, mood swing dan sakit kepala.
Magnesium dapat membantu sistem saraf, pengecutan otot dan saraf, menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap Migrain. Ostematrix juga bagus untuk membantu kita untuk tidur lebih lena.
2) B-COMPLEX
Mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain. Pengambilan vitamin ini juga dapat mengurangkan gejala stress, strok dan depressi.
Vitamin ini juga sangat terkenal dengan jolokan "painkiller"
-sasa takmo stress.hehe
 

November 27, 2014

BETUL-BETUL BERHUBUNG! : CARA CONTACT

Cara nak hubungi diriku!
1- Melalui whatsapp/call terus ke 013-394 0574
2- Add di Facebook Innasha Aini & boleh PM di sana
3- Follow Instagram #sesamaseriussihat atau #innashaaini dan DM di sana.
 

BETUL-BETUL BERBALOI : SET KURUS BAJET HERBLAX & LECITHIN

INI PALING LARIS!
Yes, yang ini benaran!
Set kurus paling JIMAT, MURAH, PERMINTAAN TINGGI, ORANG MESTI REPEAT BELI, BERKESAN & SEMULAJADI!
Kombinasi herblax dan lecithin nih walaupun murah, tapi sangatlah lengkap bagi mereka yang bobot dan banyak lemak.
Sesuai juga untuk mereka yang banyak toksin dalam badan, yang berperut buncit, yang susah nak membuang, yang banyak jerawat, yang jenis melantak segala macam jenis makanan, yang rasa badan dorang berat semacam dan yang rasa nak kurus!!!
FUNGSI HERBLAX & LECITHIN UNTUK SLIM
Herblax membantu untuk membersihkan usus dan menyingkirkan toksin dalam badan dan membersihkan lemak yang telah dipecahkan oleh Lecithin.
Lecithin berfungsi sebagai pengemulsi lemak dan membakar lemak dengan efektif serta memberikan tenaga kepada tubuh badan kita untuk kekal aktif.
So, jom kurus dan jimatkan wang anda!
-sasa maintain sebab set bajet je ols.
 

TERIMA KASIH, KELUARGA SHAKLEE SAYA!

Assalamualaikum dan selamat hari Khamis nan mulia...
Baru lepas breakfast kueteow tapau dari warong makcik nasi lemak ganja yang biasa kat tren pandan jaya.
Biasanya, aku memang suka sarap nasi lemak dia sebab mmg sodapppppp.
Arini rasa sebu perut so kasi tukar sama kueteow lak. Pon tak abis sbb rasa perut stil meragam.
Dah sarap, rehatkan perut jap then aku terus telan sebiji Vitalea, 2 biji vitamin C, dan sebiji B-Complex untuk bilas balik dari makanan begoreng yg tidak sihat itu.
Atleast, jap lagi mesti perut aku akan selesa balik.
Aku nervous sebenarnya sebab kurang lagi 3 hari, nak closing bisnes utk bulan ni.
Hmmmm, 'mummy' (leader aku Aswin →http://www.superohsemsupplements.com) awal-awal dah whatsapp bagi semangat dan pesan kalau boleh jangan sampai point lebih berkurang dari bulan lepas.
Bagi tips, bagi cadangan dan bg support yang sangat banyak untuk aku jangan give up buat bisnes. Aku ni pulak, tak tahu nak cakap apa.Xreply lagi whatsapp 'mummy' aku tu. Aku rasa bersalah. Sebab aku terfikir, kenapa masa memula aku buat bisnes ni bukan main hebat dan kebabooom abis sales aku. Apa yang kurang ya? Orang dah boring ke baca post kat fb aku yang mengganggu newsfeed dorang? Aku menyemakkan wall dorang ke ngan iklan aku sampai rasa menyampah dorang nak tgk iklan Shaklee aku lagi?
Aku tak follow up ke ngan customer aku?
Aku takde bagi good service ke?
Konsultansi aku ke tak cukup bagus?
Aku rasa aku dah bagi yang terbaik, aku ikut semua yang diajar dan aku belajar setiap hati.
Tapi,
AKU TETAP RASA MESTI ADA YANG KURANG!
Ya...
Memang. Aku tak perfect so byk benda lagi aku kena perbaiki.
Hubungan aku dengan Allah.
Hubungan aku dengan keluarga, suami dan anak.
Hubungan dengan ibu.Dengan ayah.Allah! Lama betul tak call ayah! :(
Kadang, aku rasa berjauhan dengan keluarga lelagi suami dan anak buat diri aku ni tidak diredhai.Maksud aku, bisnes turun naik sebab tanggungjawab hakiki tak dipenuhi.
InsyaAllah, aku cuba perbaiki.
Cuba tingkatkan usaha.
Cuba berubah dengan positif.
Jauhi orang yg negatif.
Terima kasih pada semua keluarga Shaklee yang banyak bantu aku.
Dari nak buat bisnes sampailah ke buat blog pon mereka ajarkan.
Nikmat Allah apa yang aku dustakan nih!
'Sahaja aku berniaga kerana Allah Taala'
Doakan aku kuat, sabar dan berjaya.
-sasa xkan mengalah!

November 26, 2014

LELAKI HEBAT, DAMBAAN WANITA : CADANGAN UNTUK 'TENAGA HEBAT' LELAKI

LELAKI, kami tahu anda bekerja kuat.
Kami tahu anda banyak tanggungjawab.
Kami faham kamu penat.
Kami tahu kamu juga stress.
Paling kami faham, walaupun anda penat anda tetap mahukan tenaga yang HEBAT UNTUK ISTERI ANDA!
Gyeahhhhhh!!!!
Aku dah kawin kot, so aku faham mcmana kalau suami aku balik kerja dalam keadaan muka yang penat.
Kesian...
Lelaki-lelaki yang lain pon aku tahu mesti bekerja kuat untuk keluarga bukan? So, para isteri yang sayangkan suami mereka tu berikanlah yang terbaik untuk suami anda.
Yang tersenyumnya nanti, korang jugakkkkk!!!
Lelaki yang mahu sihat dan kekalkan tenaga anda, meh kt baca sikit apa yang Shaklee tawarkan melalui produk kesihatan yang mmg selamat, semulajadi dan berkesan ini!!!
Vitamin Kesuburan & kekuatan tenaga lelaki:
♥Vitamin E & Selenium - Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.
♥Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.
*tambah omegaguard ok sempena promosi bulan ni, so extra kuat sikit suami badang anda!
-sasa sayang suami sasa.haha!
 

SIHATKAN PERUT ANDA DARI MASALAH GASTRIK!

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia!
Selamat hari rabu.
Selamatkan diri dari masalah gastrik!
-Kerap sakit perut tak?
-Rasa banyak angin dalam badan?
-Tak boleh lambat makan langsung, kalau lambat makan je mesti perut buat hal?
-Perut rasa sebu je?
Hmmmm...sesuatu sgt lah tu ngan perut korang!
Jangan biarkan diri korang itu seperti ikan buntal yang tercungap-cungap menahan kesakitan!
SIMPTOM GASTRIK
 * Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan. 
 * Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut. 
 * Terasa loya. 
 * Berat badan turun. 
 * Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam. 
 * Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah). 
 * Kerap sendawa. 
CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE BOLEH MEMBANTU DALAM MELEGAKAN MASALAH GASTRIK ANDA.
●Peppermint Ginger Plus - berfungsi untuk membuang angin dari badan dan mengandungi herba asli pudina, jintan hitam, jintan manis untuk melegakan perut.
●Energizing Soy Protein (ESP) Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan.
"Sihatkan perut, legakan angin dibadan, dan Cantikkan diri!"
-Sasa berperut cantik!
 

PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE

Membeli produk Shaklee amat mudah. Kami menawarkan beberapa pilihan pembelian seperti berikut:


KAEDAH PEMILIHAN PERTAMA – Pembelian Secara Online

Langkah 1 : Deposit bayaran ke akaun bank kami. (Sila call/sms/whatsapp kami di 013-394 0574 untuk nombor akaun bank-bank tersebut).

Langkah 2 : SMS/Whatsapp maklumat di bawah ke 013-394 0574:

1.         Nama Penuh

2.         Alamat Penuh

3.         No. Telefon

4.         Nama Produk yang dibeli dan kuantiti

5.         Jumlah Bayaran

6.         Tarikh Bayaran & Nama Bank & Resit Bayaran/Rekod Transaksi Bayaran

SMS/Whatsapp anda akan dibalas SEGERA

PENGHANTARAN:

Penghantaran menggunakan perkhidmatan Pos Laju Malaysia Berhad (klik sini untuk mengetahui status penghantaran secara online). Anda boleh semak status penghantaran dengan memasukkan nombor parcel pos laju yang akan kami berikan sejurus dipos. Terima kasih kerana berurusniaga dengan kami.


KAEDAH PEMBELIAN KE DUA

Walk in ke cawangan-cawangan Shaklee di seluruh Malaysia. Anda boleh membeli di mana-mana cawangan klee dengan menggunakan ID saya: 1090031 untuk mendapatkan keistimewaan harga ahli.

November 25, 2014

Xpandai tu belajar, paham?

Petang ini.
Belajar nak mantopkan blog sendiri dari leader-leader hebat. Benda baru lagi! Seronoknya sebab buat Shaklee, ari2 belajar benda baru!
Banyak benda aku tak tahu wei, nak letak widget pon aku tekial-kial.
Almaklumlah pakai hp, celah mana la aku nak tgk tu sume...
Blog aku selekeh kan? Aku click url blog orang lain, aku rasa diri aku ini seperti semut melintas yang sedang menunggu untuk dipenyek oleh bas rapid KL!
Huwaaaaaaaaa!!!!
Blogwalking? Hmmmm apatu? kena g jalan2 cari blog orang ke? Mana nak cari? macamana nak komen? nak komen apa?
Cabaran betol!
Tapi...
Malam ini, akan kugodeh sampai berjaya!
Sampai cantik blog aku.
Takkan ada istilah mengalah!
-sasa is budak blog hingusan

BETUL-BETUL LAH! : KENAPA AKU BERNIAGA DAN MEMILIH SHAKLEE?

Assalamualaikum.
Selamat pagi selasa dan semoga ceria semuanya!
Sesambil aku dalam tren nak sampaikan ke titiwangsa plus dapat duduk pulak arini (dapat duduk sebab mmg ada kosong bukan sbb orang tgk aku n bagi aku duduk), boleh lah aku godeh-godeh blog kejap.

Malam tadi, sebenarnya aku menangis tgk satu video yang di post oleh master beeha dalam secret group kami pasal seorang anak yang masuk Indon idol junior dan telah kehilangan ibu bapanya.
Dia menyanyi dengan penuh perasaan khas buat ibu sampai judges semua menangis dengan serius! Allah! Kuat betul budak tu!
One of the juri tanya dia samada dia sekolah atau tidak, dia cakap dia tak sekolah xpe tapi biar adik dia pegi sekolah sbb dia dah janji ngan ibu dia nak jaga adik dia....
Hmmmm sampai juri tanya mcmana dia boleh kuat smp macam tu skali?
Dia jawab, semuanya sebab doa ibu dan bapa dia. Dia mahu walaupun ibu dan bapa dia dah xde, dia mahu buktikan yang dia boleh berusaha dan berjaya (actually dia cakap indon pekat bangat so aku tak bpe faham dan translate mana yang aku paham je)

So, thanks kak bee sbb post video tu! aku menangis mcm baby!

Lepastu....
Aku terfikir, kenapa aku buat Shaklee ni?
Sebenarnya memula time aku join buat Shaklee ni adalah sebab kehebatan dan keberkesanan produk Shaklee yang aku ambil (time tu ambil omega, alfalfa, lecithin dan oste) membuatkan aku rasa teruja nak jual sesuatu yang bagus!
Sebab sebelom aku start nak beniaga ke aku mesti nak try produk tu dulu lelagi ini adalah produk kesihatan kan?

Aku join Shaklee, and slow2 aku promote dekat kgkawan. Tapi masa tu aku xde pikir apa la just untuk suka-suka.
Bisnes makin ok dan dalam 2 bln je aku dah ada pangkat "Supervisor"! Alhamdulillah berkat pertolongan mummy aku si Aswin (org yang kenalkan aku ngan Shaklee)

Dalam tempoh masa aku join jadi ahli, aku belajar cara marketing, cara nak cari customer, cara nak berayat dengan customer, cara yang benar untuk berbisnes online dan mcm2 lagi lah cara untuk maju dan buat orang kenal yang aku adalah pengedar Sah Shaklee!
Memang seronok, dan aku rasa mcm ketagih nak upload segala macam info pasal penyakit dan banyak blog aku bukak semata-mata nak belajar pasal bisnes yang aku pilih ini!
Mencabar? Memang mencabar...
Masa terhad amat mencabarku tapi leader selalu pesan bila kt nak buat sesuatu yang serius sebenarnya xboleh ada ALASAN!!!
Yes, betul tu! Aku belajar untuk tidak merungut dan beralasan walaupun seringkali aku nak give up!

Masa tu, aku xde pon nak minta ibu atau suami aku doakan aku untuk buat bisnes ni.Semua doa aku sendiri.
Padahal bila aku pikir balik, doa adalah permintaan.Sesuatu yang harus diminta. Macam komen kat group semalam kak bee cakap kt kena minta suami doakan kita, ibu doakan kt supaya kt rasa bersemangat nak buat bisnes.

Dan setelah setahun aku buat bisnes ni, barulah aku tahu bisnes ni bukan sekadar bisnes saja. Tipulah aku cakap kalau berniaga ni manjang ada duit!!!! Mana ada wei, kurang usaha kuranglah duit!

Dalam tempoh aku berniaga Shaklee ni (almost a year), banyak benda aku belajar.
-Banyak sangat ilmu baru aku dapat.
-Aku dapat kawan baru.
-Strangers become family.
-Yang tak kenal pon jadi rapat dan jadi ahli bawah kita even tak pernah bersua muka.
-Ada masalah je kt rasa mcm ada tempat untuk mengadu (especially pada leader aku la aswin selalu jadi mangsa)
-PALING HAPPY, BERNIAGA SHAKLEE BUAT AKU RASA BAHAGIA DAN HAPPY SEBAB DAPAT BANTU ORANG LAIN JADI LEBIH SIHAT DAN CERIA!

Macammanapon, bermula hari ini aku nak berubah.Sebab aku rasa ups and down bisnes aku ni mesti kerana sebab aku tak cukup amalan rohani dan berdoa.
Aku sebenarnya cuba dan usaha sehabis baik untuk bisnes ini tapi rasa mcm ada yang kurang je.
Betullah orang cakap, kena cukupkan soulfood dalam diri kita ni baru kt maju ke depan.
Jangan asik dok ketatkan perut sendiri ngan makanan je.Tapi hati lapar....

So, secara menyeluruh dari cerita kenapa aku buat Shaklee ni sebenarnya banyak sedarkan aku untuk jadi lebih positif, jadi orang yang kental dan berusaha dan hilangkan sikap negatif!
Macam-macam woooo aku belajar!
Terima kasih kengkawan Shaklee yang banyak bantu aku.
Terima kasih kerana Shaklee buat aku rasa kurang bosan dengan life aku ni.
Terima kasih kerana akhirnya aku ada sesuatu untuk dibuat dan dikongsikan kepada orang lain.

Terpulang pada orang lain samada dah nauk menyampah ngan post Shaklee aku ke tidak, janji aku semakin lama semakin happy dan bersemangat nak berkongsi dan beritahu kepada sume yang aku hanya nak bantu mereka!

Gyeahhhhh!!!!

November 24, 2014

THE BEGINNING : KERJA SEBAGAI CALL CENTRE OFFICER

Assalamualaikum.
Selamat sejahtera.
Dan selamat bernovember dengan promosi Omegaguard Shaklee!hahaha nyempat!

Baru sempat arini aku nak update blog sebab isnin je biasalah kerja hakiki memang la bizi. Yang sedia maklum, aku kerja kat bahagian customer care. Specialnya pasal customer care ni sebab kena angkat call. Kerja angkat call, reti?
Care customer melalui telepon. So, ari isnin adalah hari paling banyak call! Huh!
Ingatkan arini permulaan cuti sekolah takdelah banyak call tapi apakan dayaaaaaaa....Semua belom gaji kot nak bawak anak g becuti!

So, ramai cuti arini (Biasanya muka aku je cuti senin haha...)
Ada yang block leave, ada yang cuti g check telinga sebab hampir pekak (yela kami kan kerja jawab call!) dan ada yang cuti sempena anak cuti sekolah (Nak bawak jalan g zoo kot?)hehehheeeee...
Ada jugak officemate aku yang mc sebab demam tak kebah since last week rabu kot. Sian ain, sampai naik merah satu badan. Panas dalam gaknya tu.

Btw, selamat bercuti kepada yang bercuti
dan yang mc please take a good rest ya!
We love u, and jgn risau kami di sini baik2 je! Nama pon kerja call centre kan so isu orang tgk kt tak byk kerja tu biasalah kan? Nampak mcm kt takde kerja je padahal kalaulah boleh aku suroh dorang duduk n angkat call kat dalam bilik ni mmg aku tepok kan tangan!
Wei, jangan pandang kami customer care takde keje! Mungkin korang nampak kami sedang buat kuku kat sini, or takpun nampak kami tgh tgk running man, takpon kami nampak cm tidur dalam iman!

Tapi......!
Korang tak tahu yang kami tak boleh begerak ke mana-mana.
Kami tak boleh sesuka hati pegi toilet mcm korang (pegi toilet pon kira berapa kali ok!)
Kami tak boleh jauhkan earphone ni dari telinga kami!
Kami sambil minum air pon boleh angkat call customer.
Kami xboleh rehat lelama mcm korang sbb dipantau sehabisnya.

Ala....kalau list pon tak guna gak. Tetap orang yang tak duduk dan kerja seperti kami ni rasa kami xde kerja.

Xde orang kesahpon.
huh! Sedih!
Ok xpe.Ni baru permulaan tok kesah realiti si kakak kawasan.Kerja hakiki dia.Kerja part time dia.Dan semestinya tiada rehat langsung!

Ok bai nanti kt sambung lagi! Aku nak makan kepsi!

BETUL-BETUL SERIUS : PROMOSI OMEGAGUARD LAGI 7 HARI!

Assalamualaikum dan selamat sejahtara serta happy bernovember dengan OMEGA!
hihihi....

Bulan november dah nak labuhkan tirai, dan yang sedia maklum bulan ini adalah bulan promosi untuk produk Omegaguard dari Shaklee.

Sempena bulan omega ni, apa kata kt isi tubuh badan kt dengan omega dan tingkatkan taraf kesihatan supaya kekal cergas dan cerdas setiap hari! Aku? Aku mmg suka dan sygkan omega sbb omega mmg bantu aku untuk rasa lebih bertenaga dan kekal aktif!
Xlupa jugak untuk anak dara aku si ratu muimui tu, mmg aku suapkan dengan omega supaya jadi budak bijak!

●Jom kurus dengan Omega
●Jom cantik dengan Omega
●Jom bertenaga dengan Omega
●Jom pandaikan anak dengan Omega
●Jom kuatkan ingatan dengan Omega
●Jom hindari darah tinggi dan kencing manis dengan Omega
●Jom Subur dengan Omega
●Jom hamil dengan consume Omega!

Roger-roger denganku Sasa 013.394.0574 ok!

November 21, 2014

Cerita pasal cas negatif dan positif dihari jumaat!

Salam jumaat.
Hari yang baik.
Penghulu segala hari.
Nak buat apa pon, kalau buat hari jumaat mesti dapat pahala extra...
Semoga semuanya semakin sihat dan diberkati Allah SWT!
Hari ni, pagi-pagi lagi aku dah dapat aura positif dan aura negatif.Dua-dua sekaligus dapat!
Macam biasa, rutin harian naik tren g keje dan berhimpit mcm biasa (xdpt duduk itu biasa la sebab tren sampai je stesen aku orang dari ampang mesti dah memenuhi keseluruhan gerabak.
So takpela kan xdpt duduk tu.
Sampai je stesen titiwangsa, rutin berjalan macam biasa ke jalan ipoh untuk naik bas lak.Tgh turun tangga nak ke jalan besar, dapat sikit aura positif.
Pagi2 ada booth papermate team bagi pen percuma!
Wah, boleh buat tulis2 point Shaklee kat buku hebat aku tuh! Nampak tak bergunanya even sebatang pen! Dan aku mmg pencinta pen! Pena pena pena slang jozan! hahahaa
Well, thanks!
Sampai je dekat bus stop, tunggu almost 5 min bas pon sampai.
Naik bas, ada kakak dpn aku tu gunakan touch n go tok byr tambang bas (ni cite pasal naik bas rapid kl tau).Kalau metro bas memang aku xkan naik langsung sebab aku dah gelarkan bas tu sebagai 'bas ketiak'!!! Mana taknya, dalam tu penuh ngan warga yang bukan warga Malaysia, yang rasanya mmg cuaca kat negara dorang sentiasa sejuk smp dah kebiasaan tak mandi kalau keluar rumah!cis!
Ok sambung cite pasal cas negatif.
Aku lak mcm biasalah awal-awal mmg dah sediakan RM1 duit kertas yg mmg berlambak dalam handbag (wanita bas la katakan!)
Nak dijadikan cite, kakak tu tgh touch je kad dia, aku tgk driver tgh pandang muka aku. So mcm biasa la aku pikir duit tu dia suro la masuk dalam box yang mmg sedia ada kat sebelah driver. Lepas kakak tu blah, aku pon minta la tiket aku kat driver bas tu (merangkap pakcik tua)
Tetiba dia tanya aku, " Eh, mana duitnya?"
Aku pon pelik la! Aku ingat dia pandang dan bg isyarat kat aku supaya aku masukkan duit tu dalam box tp rupanya dia nak aku tunjuk duit tu ke dia dulu!!!
Laaaaaa.... pertama kali aku naik bas, driver mintak penumpang tunjuk duit n bagi kat dia! So, apa guna box tu? Pakcik nak makan duit ke?
Adoiiii.....aku pon malas la nak pikir buruk tp aku defend diri aku dan bgtahu aku dah masukkan rm1 tu dalam box.Dia mati-mati cakap dia xnampak dan syak aku menipu dan tak bayar tambang bas!
Allah!
Sakit pulak ati aku.
Kalau lah ikutkan perangai dan panas baran aku ni, nak je aku kompangkan pakcik tu! Tapi aku malas nak gaduh sebab dia warga tua.Mungkin dah nak kena pakai cermin mata agaknya!
Aku maafkan pakcik tu, sambil aku keluarkan lagi rm1 dan tunjuk pada dia dan cakap
" Xpela pakcik, saya malas nak gaduh ngan pakcik pagi-pagi ni. Saya takkan naik bas kalau sy takde duit.Xpela pakcik, ni rm1 ni saya tunjuk kat pakcik.Saya dah bayar ya.Yang dalam box tu saya halalkan!"
Hmmmmm....Lepas tu aku terus duduk tpt yang kosong dan dengar lagu (aku time tu mmg pakai earphone) Malas nak dengo pakcik tu membebel apa.
Janji, dia ambil juga duit yang aku tunjuk tadi!
Pagi-pagi bikin spoil mood aku.
Nasib lah kondisi aku membataskan aku dari menjadi kurang ajar dengan orang tua even sebenarnya aku geram sangat.
Tapi xsalah la kan sekali sekala mengalah!
Aku kembali positif, dan sampai ofis terus reward diri dengan nasi lemak!
Hahaha...
But, tak lupa bilas ngan vitalea dan vitamin c!
-Sasa wanita public transport

November 20, 2014

BETUL-BETUL HADIAH : GET CLEAN WATER PITCHER HADIAH PERKAHWINAN TERBAIK!

Assalamualaikum dan selamat malam sebelum tidur!

Berkobar-kobar kakak kawasan nak menaip pasal hadiah kawen.
Hehehehe....

Mana taknya, time kawen adalah time korang boleh bukak NSK smart store sebelah rumah! Mana taknya, hadiah yang paling glemer dijadikan gift untuk diberikan kepada pengantin adalah rice cooker, toaster, seterika baju, blender (almost electric item la) dan terselit sikit baju baby dan botol baby! hahaha....

Kemonlah! Korang yang dah kawen mesti bosan dengan hadiah macamtu, so apa kata cari gift lain dari yang lain pulak!
Pengantin suka, kt pon rasa happy!

Yang rasa nak bg kelainan pada hadiah kawen tok kgkawan/sedara mara tu, aku sangatlah recommend korang beli Get Clean Water Pitcher dari Shaklee!

Kalaulah pengantin dapat hadiah ni, mesti dorang happy sangat!

Kenapa aku recommend tok korang beli water pitcher sebagai hadiah nih?

- Tak payah pakai elektrik
- Jimat
- Tahan lama
- Sangat valuable
- Mewah
- Pemasangan mudah
- Mampu milik
- cantik!

Yes, cantik dan banyak kegunaan.
Sesambil tu, dapat pahala korang berikan sesuatu yang bermanfaat untuk kesihatan orang lain!

Kalau nak order/tahu lebih detail korang whatsapp aku terus k 013.394.0574
#sesamaseriussihat

Selamat malam dan selamat bagi gift!

BETUL-BETUL KEAHLIAN SHAKLEE : JOM MENDAFTAR DI BAWAH SAYA!

Hi korang.
Seperti biasa, aku macam seorang beginner blogger murahan rasa masih was-was samada post aku ni ada orang nampak ke tidak!
Paling ketara, bila aku search kat google blog aku, langsung haprak apa pon tak keluar. Bendealah lain lak yang munculs.
So, aku ini ibarat kanak-kanak yang hanya mengharapkan ibunya bertepuk tangan hasil dari contengan nya di dindings rumah!
Hahahaha.....
Ok, xpelah.Ada ke tidak, bak kata leader aku ianya ambil masa untuk blog kt dapat di search di google. Kena rajin update, kena rajin kemaskini blog dan sentiasa upgrade dan share dekat kgkawan yang korang ada blog!
Sesambil tu, belajar nak mantopkan penulisan akan tetapi less mengarut.
Gitewwww....
So today, kt nak cakap pasal bestnya join jadi ahli Shaklee!
Apa yang aku dapat selama aku join jadi member Shaklee adalah, aku semakin ramai kawan, aku semakin berani nak ketengahkan bakat beniaga aku dan banyak info aku dapat untuk mantapkan taraf kesihatan!
Summore, paling best bila kt dpt create bonding dengan strangers. Orang yang kt tak kenal, kita peluk2, kt kongsi ilmu, kt gather buat bisnes sesama, kt share masalah kat group whatsapp dan sesambil tu niat nak bantu orang jadi lebih sihat tu semakin mendalam dan bertambah serius!
Yes!
Pada yang nak mendaftar, aku sangat galakkan ok! Bukan atas sebab nak buat bisnes je, tapi sebab pertamanya adalah untuk kesihatan diri korang sendiri, dan juga ahli keluarga.
Selain itu, ada peluang lain yang korang boleh dapat bila mendaftar menjadi ahli dan pastinya korang tahu korang takkan rasa rugi...
Kebaikan mendaftar sebagai ahli: - Mendapat barangan dengan harga paling rendah
- Dapat kumpul point
- Dapat bonus setiap bulan apabila point minimum mencukupi
- Bonus berganda untuk barangan promosi
- Yang berminat untuk berniaga, berpeluang untuk menambah pendapatan
- Dapat meluaskan perniagaan online/offline
- Konsultansi percuma seumur hidup
- Berpeluang menerima anugerah kecemerlangan
- Berpeluang menerima pelbagai bonus lain dari Shaklee!
- Berpeluang bertemu dengan mereka yang telah berjaya dan dptkan ilmu yang berguna untuk kembangkan perniagaan.
#sesamaseriussihat
013.394.0574

BETUL-BETUL AWET MUDA : KESAN HEBAT PENGGUNAAN VIVIX SHAKLEE

HEBAT BETUL PENANGAN DENGAN DETOX VIVIX SHAKLEE!

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Lately, kat group leader Shaklee kakak dok sharing pasal kebaikan dan amazingnya detox dengan vivix!

Mereka hantar banyak gambar testimoni pada mereka2 yang dah berjaya jelita dan semakin sihat dengan detox vivix selama 9-14 hari!
AMAZING!

Customer-customer ni pulak, kebanyakannya tak lokek duit sebab nak cantik dan sihat punya pasal.So bagi mereka tak salah melabur sedikit duit demi kesihatan berpanjangan!
Mereka beli 7 botol vivix sekaligus, dan setiap hari mereka akan minum setengah gelas vivix setiap hari dan kalau korang nak tahu hasil positif nya boleh dilihat secara fizikal dalam tempoh seminggu!

AMAZING LAGI!

Dekat group pulak, aku tgk ramai yang consume dan ambil vivix sharing mengenai healing crisis yang mereka lalui.
Mana taknya, vivix ini tonik ajaib so ada yang consume sesudu je dah boleh rasa effect dia.
Ada juga yang melepek tak boleh bangun sebab toksin terlampau banyak dalam badan, bila consume vivix je asik muntah pada permulaan dab keesokan harinya mereka gtau yang mereka dah jadi manusia lain yang LEBIH CERGAS!

INI TESTIMONI BENAR-BENAR BERLAKU!

Pada yang tahu, vivix merupakan tonik ajaib dari ramuan semulajadi yang mewah dan semestinya berkhasiat serta penting untuk tubuh badan kita.
Terdiri daripada campuran muscadine grape, purple carrot, elderberry dan polygonum cuspidatum vivix sangat hebat untuk:

1- Merendahkan tekanan darah
2- Meningkatkan tahap tenaga
3- Awet muda
4- Mengurangkan kedut dan anti penuaan
5- Meningkatkan pengeluarang sperma
6- Meningkatkan daya seks
7- Merendahkan tahap kolesterol
8- Menguatkan tulang
9- Mengurangkan Arthritis (sendi)
10- Anti-inflamasi
11- Menghalang kejadian tumor
12- Mengurangkan stress dan menstabilkan perasaan
13- Mengawalselia estrogen
14- Mengawalselia insulin
15- Mengurangkan bintik penuaan
16- Membantu masalah glaukoma
17- Mengurangkan rambut gugur dan bermasalah
18- Memperbaiki mutasi sel
19- Menghalang Alzheimer
20- Memperbaiki kualiti tidur
21- Mencegah masalah prostat
22- Memperbaiki tekstur kulit
23- Mengawalselia kelikatan darah
dan banyak lagi!!!

Wah, banyak sangat kelebihan vivix ni kan?
Ramai yang sygkan duit.Ramai yang takut nak invest sedikit duit untuk kesihatan berpanjangan. Tapi, mungkin sekarang korang tak rasa.Tak hadapinya.tak masuk hospital.Tak sakit. Kita tak tahu apa yang akan berlaku kemudian hari kan?

MAHAL?
vivix mahal?
Mahal lagi insurans medical card ols!
MAHAL JUGAK?
Setanding khasiatnya lahhhh!!

For order :
Whatsapp terus kakak ke 013.394.0574
Follow Instagram kakak #sesamaseriussihat

Jom sesama serius sihat dengan Vivix!

November 12, 2014

BETUL-BETUL CANTIK : SUPLEMEN CADANGAN UNTUK KECANTIKAN KULIT DARI SHAKLEE

CANTIKNYA KULIT!
Ada 2,3 orang tanya aku pasal suplemen untuk hilangkan jerawat dan cantikkan kulit.
Actually, ada beberapa cadangan suplemen dari Shaklee yang sangat baik untuk kulit korang. Biasa, aku akan quote price mengikut budget yang korang ada akan tetapi masih lagi tgk condition dan masalah kulit korang.
Antara cadangan suplemen yang paling bagus untuk kulit cantik ikut skala harga adalah:
1- Vivix - Vivix ni suplemen paling raja sekali! Kaya bahan mewah yang baik untuk kesihatan dan special untuk awet muda! Yang mana kalau asik tanya bape lama nak nampak perubahan dan ada budget lebih, belilah vivix! Settle semua masalah, lengkap semua khasiat!
2- Collagen powder - Dari pati sisik ikan merah, collagen powder membekalkan kolagen yang paling terbaik untuk badan kita! Semakin kita tua, kolagen dlm badan akan semakin berkurang dan hilang.Xde kolagen, cepatlah kita nampak tua dari usia sebenar. So, tak boleh nak beli vivix, belilah collagen powder ya!
3- Omegaguard - Minyak ikan paling tulen didunia. Fish oil dan kulit sangat sinonim bukan? Lelagi untuk wanita, please lah jangan skip omega dalam pemakanan harian kalau nak cantik berpanjangan!
4- Vitamin E - Special untuk parut-parut lama dan baru, serta hilangkan jeragat dan kusam kulit!
5- Sustained release Vita-C Plus - Suplemen kolagen paling mampu beli!
Dikayakan dengan teknologi sustained release iaitu pelepasan vitamim secara perlahan-lahan dan berterusan bagi memastikan vitamin C dapat diserap sebaiknya dalam tubuh badan korang! Kena beli sebotol, sebab ini mmg suplemen untuk kulitttt!!!!
6- Zinc Complex - Kalau budget sangat tapi mmg nak kulit cantik, belilah zinc complex bebeh! Zinc terbaik untuk pulihkan luka dengan cepat lelagi tang nak kecutkan jerawat tu. Yes, kalau zinc complex pon tak boleh nak beli utk reward kulit korang tu, aku pon speechless lah....!
Ada kombinasi suplemen lain yang baik untuk diambil skali dengan suplemen di atas macam B Complex or alfalfa untuk detox, tapi semua terpulang pada keadaan korang juga lah.
Yang nak tanya lebih, boleh whatsapp terus ok 013.394.0574
#sesamaseriussihat

November 11, 2014

BETUL-BETUL SUSU IBU : CADANGAN SUPLEMEN SET TAMBAHKAN SUSU BADAN BERKUALITI SHAKLEE

Hari ini, kt cerita pasal nak tambahkan susu ibu ya. Buat ibu-ibu yang merasa kecewa sebab susu badan keluar terlampau sedikit (aku la tu), jangan bimbang, there is always a way!
Kita ikhtiar, jangan stress, dan jangan malas untuk susukan anak.
Kata orang tetua, kalau mulut anak tu selalu bersentuhan ngan ibu insyaAllah susu tu akan automatik keluar.

Yang mana ibu-ibu yang berjaya susukan anak, or susu keluar melimpah ruah tu aku minta korang share lah benda yang positif pada ibu-ibu lain untuk pengetahuan am cara pengeluaran susu yang betul. Jangan pula kondem ibu-ibu yang takde susu ini sebagai pemalas, sebab malas nak susukan anak.Tak baik tau.
Allah bagi nikmat dapat susukan anak tu kena bersyukur dan sharelah ilmu dengan yang lain ya.

JOM BACA SIKIT KELEBIHAN SUPLEMEN SHAKLEE YANG DAPAT MEMBANTU DALAM PENGHASILAN SUSU IBU YANG BERKUALITI.

Susu ibu adalah anugerah terindah!

Semahal mana pun jenama susu formula masih tidak mampu menandingi khasiat susu ibu. Sebab itu para ibu kini berlumba-lumba untuk menyusukan anak kerana sedar susu ibu adalah yang paling terbaik buat anak.  Namun, tidak semua ibu dapat menyusu anak semudah yang dijangka. Ramai yang mempunyai masalah low milk production.

Buat ibu yang tercari-cari supplement untuk membantu meningkatkan pengeluaran susu (milk booster) anda boleh mencuba set milk booster dari Shaklee.

1) Alfalfa - herba yang terkenal dengan kemampuan meningkatkan penghasilan susu ibu (milk booster). Alfalfa tablet boleh dimakan begitu sahaja atau dipecahkan menjadi serbuk untuk dijadikan minuman herba.

2) ESP adalah sumber protein terbaik untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu. Susu akan menjadi lebih pekat dan bayi akan merasa lebih cepat kenyang. Apa yang perlu anda tahu, badan anda memerlukan 3 elemen penting untuk menghasilkan susu badan iaitu lemak, air dan protein. Jadi, ESP perlu ada dalam menu harian anda. Keperluan protein buat ibu menyusu ialah sebanyak 1.1 grams bagi setial 1 kg berat badan bagi memastikan penghasilan susu badan tidak terjejas. Protein yang disalurkan kepada bayi melalui susu ibu akan turut membantu tumbesaran bayi.

3) Vitalea- multivitamin premium beserta iron yg sangat penting utk pmbentukan darah & sel. mgandungi lebih 23 vitamin dan 7 galian utama banyak menbantu badan rasa bertenaga,tidak lesu dan penting utk tumbesaran anak.

Sebarang pertanyaan or order:
Whatsapp terus 013.394.0574
Follow Instagram #sesamaseriussihat
Like FB Page Sesama Serius Sihat

Happy brestfeed alls!

November 06, 2014

BETUL-BETUL SUBUR : SET KESUBURAN LELAKI YANG POWER IAITU VITAMIN E COMPLEX DAN ZINC COMPLEX

SET KESUBURAN LELAKI PALING LARIS!!!
Ok, arini nak sangat-sangat update pasal kehebatan suplemen untuk subur ni.
Actually, lelaki perempuan pon boleh ambil suplemen untuk subur ni dan tak semestinya yang dah berkahwin je boleh ambil! Yang bujang lah kena start ambil suplemen, kena pastikan yang korang jaga kesihatan dari muda! Xde lah nanti kawen cepat pancit!!!
Sempena promosi Omegaguard ni jom dapatkan set tenaga kelakian dengan harga berbaloi! Omegaguard kalau ditambah dalam set ni mmg takkan rugilah!!!
-No more viagra.
-No more unsecure supplement!
Vitamin Kesuburan:
♥Vitamin E & Selenium - Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.
♥Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.
Untuk order:
Whatsapp 013.394.0574 for more details.
Have a nice subur day all!!!

November 03, 2014

BETUL-BETUL BAIK : SUPLEMEN UNTUK KANAK-KANAK DARI SHAKLEE IAITU OMEGAGUARD & MEALSHAKES

Assalamualaikum dan Selamat kembali ke blog kakak kawasan yang betul-betul semuanya betul belaka!
Hehehehee....

Untuk yang sedia maklum, Setiap bulan Shaklee akan buat promosi Beli 6 Percuma 1.
Biasanya produk Suplemen Shaklee yang akan menjadi pilihan promosi dan semestinya harga pon lebih jauh murah dan berbaloi beli.

Bulan ini, Promosi November OMEGAGUARD SHAKLEE!
BELI 6 PERCUMA 1!!!!

Paling laris dalam set kanak-kanak, terutamanya untuk perkembangan otak dan tumbesaran anak anda...
So, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan set kanak-kanak ini dengan harga mampu milik!

Jom kita tambah ilmu sikit kenapa suplemen Shaklee boleh bantu dalam pembesaran sihat anak anda!

Mealshake
* Meningkatkan sistem imun anak.
Sesuai utk anak2 yg sering tidak sihat.
* Meningkatkan selera makan anak.
* Membantu mengurangkan masalah eczema
* Kulit tidak mudah lekat parut. Jika berparut akan cepat hilang.
* Membantu mengatasi masalah sembelit anak.
* Membantu mencantikkan tekstur kulit.
* Menjadikan anak lebih sihat,bertenaga dan aktif sepanjang hari.

OmegaGuard
* Penting bagi perkembangan dan fungsi otak anak
* Meningkatkan sistem imunisasi
* Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.

Untuk order:
Whatsapp 24 jam terus ke 013-394 0574
(Sasa)